Kerajaan Negeri Tamil Nadu
| Kerajaan Tamil Nadu | |
|---|---|
| Tamil: தமிழ்நாடு அரசு (Tamiḻnāṭu aracu) bahasa Inggeris: Government of Tamil Nadu | |
| Umum | |
| Pembentukan | 1969 |
| Negeri | Tamil Nadu |
| Negara | India |
| Bidang kuasa | Tamil Nadu |
| Laman sesawang | www |
| Cabang perundangan | |
| Dewan Undangan | |
| Speaker Dewan | M. Appavu |
| Timbalan Speaker Dewan | K. Pitchandi |
| Jumlah Ahli diDewan Undangan Negeri | 234 |
| Tempat persidangan | Kubu St. George |
| Cabang eksekutif | |
| Gabenor | R. N. Ravi |
| Ketua Menteri | M. K. Stalin (DMK) |
| Timbalan Ketua Menteri | Udhayanidhi Stalin (DMK) |
| Ketua Setiausaha | N. Muruganandam IAS |
| Ibu pejabat | Chennai |
| Jabatan | 43 |
| Badan Kehakiman | |
| Mahkamah Tinggi | Mahkamah Tinggi Madras |
| ketua hakim negara | M. M. Shrivastava |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Kerajaan Tamil Nadu ( Tamil: தமிழ்நாடு அரசு,Tamiḻnāṭu aracu, bahasa Inggeris: Government of Tamil Nadu ) ialah badan pentadbiran yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran negeri Tamil Nadu di India . Chennai ialah ibu negeri dan menempatkan badan eksekutif , perundangan dan ketua kehakiman negeri.
Di bawah Perlembagaan India, kuasa eksekutif de jure terletak pada gabenor, walaupun kuasa ini hanya dilaksanakan oleh, atau atas nasihat, ketua menteri,iaitu pihak berkuasa de facto bersama kabinet . Selepas pilihan raya Dewan Undangan Tamil Nadu, gabenor negeri itu biasanya menjemput parti (atau gabungan) yang memperolehi majoriti kerusi untuk membentuk kerajaan. Gabenor melantik ketua menteri, dan majlis menterinya bertanggungjawab secara kolektif kepada dewan undangan..
Pilihan raya dewan undangan diadakan setiap lima tahun untuk memilih dewan yang baharu, kecuali jika terdapat undi tidak percaya yang berjaya terhadap kerajaan atau undian dua pertiga untuk pilihan raya mengejut di dewan, dalam keadahan tersebut pilihan raya boleh diadakan lebih awal. Badan perundangan Tamil Nadu adalah dwikameral sehingga 1986, apabila ia digantikan oleh badan perundangan unikameral . Cabang kehakiman diketuai oleh Mahkamah Tinggi ( Makamah Tinggi Madras ) yang diketuai oleh seorang Ketua Hakim .
Eksekutif
[sunting | sunting sumber]| Tajuk | Nama |
|---|---|
| Gabenor | RN Ravi [1] |
| Ketua menteri | MK Stalin [2] |
| Ketua Hakim Negara | MM Shrivastava . [3] |
Gabenor ialah ketua perlembagaan de jure manakala Ketua Menteri ialah ketua eksekutif de facto . Gabenor dilantik oleh Presiden India . Selepas pilihan raya ke Dewan Undangan Tamil Nadu, gabenor negeri itu biasanya menjemput parti (atau gabungan) yang memperoleh majoriti kerusi untuk membentuk kerajaan. Gabenor melantik ketua menteri, dan majlis menterinya bertanggungjawab secara kolektif kepada dewan undangan negeri. Dengan syarat, beliau mendapat kepercayaan dewan, tempoh jawatan ketua menteri adalah selama lima tahun dan tidak tertakluk kepada had penggal . [4] Chennai ialah ibu negeri dan menempatkan eksekutif negeri, perundangan dan ketua badan kehakiman. [5]
Badan Perundangan
[sunting | sunting sumber]Dewan Undangan Tamil Nadu terdiri daripada 234 ahli yang dipilih melalui pilihan raya demokrasi . Kerusi semasa dewan undangan terletak di Fort St. George di Chennai . Pilihan raya pertama dewan berdasarkan hak mengundi dewasa sejagat telah diadakan pada Januari 1952. [6] Perundangan Tamil Nadu adalah dwikameral sehingga tahun 1986, apabila ia digantikan oleh ekadewan selepas pemansuhan Majlis Perundangan Tamil Nadu . [7] Sebarang rang undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan memerlukan perkenan gabenor sebelum menjadi sesuatu akta.
Badan kehakiman
[sunting | sunting sumber]Mahkamah Tinggi Madras telah ditubuhkan pada 26 Jun 1862 dan merupakan pihak berkuasa kehakiman tertinggi negeri dengan kawalan ke atas semua mahkamah sivil dan jenayah di negeri ini. [8] Ia diketuai oleh seorang Ketua Hakim Negara,[9] Mahkamah berpusat di Chennai dan mempunyai cawangan di Madurai sejak 2004. [10]
Bahagian pentadbiran
[sunting | sunting sumber]
Menuruy bancian 2011, Tamil Nadu ialah negeri ketujuh paling ramai penduduk di India dengan populasi 72.1 juta orang. [11] Negeri ini meliputi kawasan seluas 130,058 km2 (50,216 bt2) dan merupakan negeri kesepuluh terbesar di India dari segi keluasan . Tamil Nadu dibahagikan kepada 38 daerah, setiap satunya diketuai oleh Pegawai Daerah (District Collector) daripada Perkhidmatan Pentadbiran India (IAS) yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Untuk pentadbiran hasil, daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 87 bahagian hasil (revenue divisions) yang terdiri daripada 310 taluk yang ditadbir oleh Tahsildars . [12] Setiap Taluk dibahagikan lagi kepada 1,349 blok hasil yang dipanggil firkas yang merangkumi 17,680 kampung hasil. [12]
Jabatan
[sunting | sunting sumber]Pentadbiran kerajaan negeri berfungsi melalui pelbagai jabatan sekretariat. Setiap jabatan terdiri daripada seorang setiausaha kepada kerajaan, yang merupakan ketua rasmi jabatan dengan Ketua setiausaha mengawasi kawalan ke atas sekretariat dan kakitangan. Jabatan-jabatan mempunyai sub-bahagian selanjutnya yang boleh mentadbir pelbagai usaha dan lembaga. Terdapat 43 jabatan di negeri ini. [13]
Lambang Negeri
[sunting | sunting sumber]Lambang negeri ini direka pada tahun 1949 dan terdiri daripada Tiang Singa Ashoka tanpa asas loceng teratai, dengan bendera India di kedua-dua sisi serta Gopuram atau gapura kuil Hindu di latar belakang. Terdapat dua tulisan dalam bahasa Tamil dipaparkan di sekeliling rim meterai tersebut.Tulisan தமிழ் நாடு அரசு ('Tamil Nadu arasu') yang bermaksud "Kerajaan Tamil Nadu" tertara di atas. Manakala dibahagian bawah tertulis வாய்மையே வெல்லும் ('Vaymaiye Vellum') yang diterjemahkan kepada "Kemenangan Sendirian Kebenaran" dan bermaksud Kebenaran akan menang, diambil daripada ungkapan " Satyameva Jayate " pada lambang India . [14]
| Jenis | Simbol | Imej |
|---|---|---|
| Haiwan | Kambing Gunung Nilgiri ( Nilgiritragus hylocrius ) | |
| burung | Punai tanah biasa ( Chalcophaps indica ) | |
| rama-rama | Rama- Rama Tamil Yeoman ( Cirrochroa thais ) | |
| bunga | Kembang songsang( Gloriosa superba ) | |
| buah-buahan | Nangka ( Artocarpus heterophyllus ) | |
| pokok | Tal ( Borassus flabellifer ) |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "R. N. Ravi is new Governor of Tamil Nadu". The Times of India. 11 September 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2021. Dicapai pada 13 September 2021.
- ^ "MK Stalin sworn in as Chief Minister of Tamil Nadu". The Hindu. 7 May 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 June 2021. Dicapai pada 23 June 2021.
- ^ "Justice Manindra Mohan Shrivastava sworn in as 54th Chief Justice of Madras High Court". The Hindu. 21 July 2025. Dicapai pada 27 July 2025.
- ^ Durga Das Basu (1960). Introduction to the Constitution of India. LexisNexis Butterworths Wadhwa. m/s. 241–245. ISBN 978-81-8038-559-9.
- ^ "Tamil Nadu". Britannica. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2023. Dicapai pada 1 December 2023.
- ^ "1952 Election" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 4 September 2011. Dicapai pada 12 February 2013.
- ^ "The State Legislature–Origin and Evolution". Government of Tamil Nadu. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2023. Dicapai pada 1 February 2023.
- ^ "History of Madras High Court". Madras High Court. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 December 2022. Dicapai pada 1 January 2023.
- ^ "Madras High Court - Profile of Chief Justice". Madras High Court. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 January 2019. Dicapai pada 26 November 2021.
- ^ "History of Madras High Court, Madurai bench". Madras High Court. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2023. Dicapai pada 1 January 2023.
- ^ (Laporan). Diarkibkan daripada yang asal
|archive-url=requires|url=(bantuan) pada 24 June 2016. Missing or empty|title=(bantuan) - ^ a b "Government units, Tamil Nadu". Government of Tamil Nadu. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 December 2022. Dicapai pada 1 January 2023.
- ^ "List of Departments". Government of Tamil Nadu. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2024. Dicapai pada 1 December 2023.
- ^ "Which Tamil Nadu temple is the state emblem?". The Times of India. 7 November 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 November 2018. Dicapai pada 20 January 2018.
- ^ "State Symbols of India". Ministry of Environment, Forests & Climate Change, Government of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 September 2023. Dicapai pada 30 August 2023.
- ^ "Symbols of Tamil Nadu". Government of Tamil Nadu. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2024. Dicapai pada 12 August 2023.






