Kabinet Muhyiddin Yassin
Kerajaan Perikatan Nasional Kabinet Malaysia 2020 | |
---|---|
![]() Kabinet Malaysia ke-21 | |
2020–kini | |
![]() | |
Tarikh dibentuk | 1 Mac 2020 |
Orang dan pertubuhan | |
Ketua negara | Al-Sultan Abdullah |
Ketua kerajaan | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
No. menteri | 32 |
Ahli parti |
|
Status dalam badan perundangan | Kerajaan campuran yang mendapat majoriti diketuai oleh BERSATU |
Parti pembangkang |
|
Ketua pembangkang | Anwar Ibrahim |
Sejarah | |
Istilah perundangan | Parlimen Malaysia ke-14 |
Pendahulu | Kabinet Mahathir ketujuh |
![]() |
Rencana ini sebahagian daripada siri: Politik dan pemerintahan Malaysia |
![]() |
|
Portal Malaysia |
Perdana Menteri Malaysia
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Menteri Dalam Negeri Malaysia Menteri Pelajaran Malaysia
Menteri Perdagangan Antarabangsa Menteri Pertanian Menteri Perdagangan Dalam Negeri Menteri Belia dan Sukan Malaysia Menteri Besar Johor Darul Ta'zim Isu Bertentangan Yayasan Badan Pemikir Keluarga
Buku Keputusan Pilihan Raya ![]() |
Kabinet Malaysia 2020 atau Kabinet Muhyiddin telah dibentuk pada 10 Mac 2020, selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 pada 1 Mac 2020 lalu. Pentadbiran semasa kabinet ini juga dikenali sebagai Kerajaan Perikatan Nasional yang menggabungkan 14 buah parti politik daripada parti komponen Perikatan Nasional, parti komponen Barisan Nasional, parti komponen Gabungan Parti Sarawak dan Parti Bersatu Sabah termasuk seorang Ahli Parlimen Bebas.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Krisis politik Malaysia 2020 dan kebangkitan kuasa[sunting | sunting sumber]
Pada 23 Februari 2020, ahli Dewan Rakyat dari parti politik Barisan Nasional (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat tertutup di sebuah dewan di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. Perkara ini kemudiannya hanya semata-semata majlis makan malam, yang dipanggil "Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen".[1] Ini mencetuskan kontroversi apabila rakyat mula ingin mengetahui tujuan dan makna majlis tersebut sehingga menyebabkan perpecahan dalam gabungan Pakatan Harapan. Acara pada hari itu dikenali sebagai "Langkah Sheraton",[2] dan ia dikenali sebagai "salah satu hari Ahad yang paling lama" dalam politik Malaysia.[3]
Ia kemudiannya disahkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, bahawa beliau, serta ahli parlimen dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), telah menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk memimpin gabungan yang dipanggil Perikatan Nasional, namun persetujuan mereka adalah bersyarat.[4]
Pada keesokan harinya, pemimpin Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dipecat daripada parti itu, seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution tengah hari itu,[5] serta beberapa ahli parti lain mengumumkan keluar parti demi solidariti Azmin dan Zuraida.[6][7] Berikutan itu, Mahathir mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri.[8][9] Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa parti tersebut secara rasmi meninggalkan gabungan Pakatan Harapan.[10][11] Ini menyebabkan gabungan yang sudah rapuh kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, menandakan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan selama hampir 2 tahun.[12]
Walau bagaimanapun, atas permintaan Yang di-Pertuan Agong, Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sementara (interim) sehingga Perdana Menteri baharu dilantik[13].
Pemilihan Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]
Berikutan vakum pemerintahan, Yang di-Pertuan Agong memanggil semua ahli parlimen ke Istana Negara pada 26 dan 27 Februari. Tujuannya untuk memberi kebenaran kepada setiap ahli parlimen memilih Perdana Menteri baharu. PH mahu Mahathir untuk kembali namun kemudian mencalonkan Anwar Ibrahim kepada jawatan[14] berdasarkan janji Mahathir untuk melepaskan tampuk pentadbiran kepada Anwar sebelum menarik balik pencalonan tersebut sekali lagi.[15] Pengembalian semula Mahathir telah mendapat sokongan dari BERSATU sendiri, BN, PAS, Parti Warisan Sabah (WARISAN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan parti politik lain yang diwakili di Parlimen. Walau bagaimanapun, BN, PAS dan GPS menentang Parti Tindakan Demokratik (DAP) di gabungan pemerintah, dengan cara yang sama Mahathir menentang pemulangan "kleptokrat dan pengkhianat" yang sama.
Pada 28 Februari, Istana Negara menyatakan bahawa tiada calon Perdana Menteri, sama ada Mahathir, Anwar, atau Muhyiddin memperoleh majoriti mudah di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan. Oleh itu, Baginda memberi peluang lagi kepada para pemimpin semua parti politik yang diwakili di Parlimen untuk mencadangkan Perdana Menteri yang baharu pada hari berikutnya.
Hasilnya, Baginda telah memutuskan untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri mengikut Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan selepas kepercayaan Baginda bahawa Muhyiddin mempunyai majoriti Dewan Rakyat,[16] kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin di kenyataan istana.
Menurut Setiausaha-Agung PAS Takiyuddin Hassan, Muhyiddin telah disokong 114 ahli parlimen mewakili BERSATU, BN, PAS, PBS dan GPS.[17] Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Tun Openg kemudian mengumumkan bahawa GPS bukanlah sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional yang baru diwujudkan tetapi sebuah parti yang memberi keyakinan kepada Muhyiddin.
Walaupun dakwaan Mahathir bahawa beliau mendapat sokongan daripada 114 orang ahli parlimen untuk kembali ke jawatan Perdana Menteri pada malam sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah, Muhyiddin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan.[18]
Pembentukan Kabinet[sunting | sunting sumber]
Walaupun sekadar melepasi majoriti mudah di dalam Dewan Rakyat, Perikatan Nasional tetap diiktiraf sebagai kerajaan yang sah setelah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dengan mengisytiharkan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin, selaku pemimpin gabungan Perikatan Nasional, berdasarkan pemerhatian dan penghakiman baginda, beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Rakyat, dan harus dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.[19][20]
Pada pagi 9 Mac, Muhyiddin telah menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan senarai jemaah menteri baharu. Beliau akan mengumumkan barisan Kabinet itu pada petang hari yang sama selepas mendapat perkenan baginda.[21]
Penjenamaan Kerajaan Perikatan Nasional[sunting | sunting sumber]
Pada Mei 2020, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Barisan Nasional (BN), Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) menyokong penubuhan Perikatan Nasional melalui kerjasama gabungan parti politik[22][23].
Sebuah Memorandum Persefahaman Perikatan Nasional dirangka bertujuan memperkasa dan memartabatkan keluhuran Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan Raja-Raja Melayu, prinsip-prinsip Rukunegara dan menjamin kebajikan dan kepentingan seluruh warganegara Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa[22].
Pembentukan Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional[sunting | sunting sumber]
Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional telah dibentuk pada 15 Mei 2020 menghimpunkan ahli parlimen penyokong kerajaan. Ia dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim (BN-UMNO), manakala timbalannya Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS)[24].
Pembentukan Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional[sunting | sunting sumber]
Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional telah dibentuk pada 17 Disember 2020 yang dianggotai oleh ketua-ketua parti politik. Ia berperanan sebagai platform untuk membincangkan dasar-dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti-parti dalam kerajaan[25].
Komposisi[sunting | sunting sumber]
Pada 9 Mac 2020, Muhyiddin mengumumkan Kabinet dengan 32 menteri dan 38 timbalan menteri. Kabinet termasuk enam teknokrat yang dilantik sebagai Senator pada 10 Mac 2020 sebelum mengangkat sumpah pada hari yang sama di Istana Melawati, Putrajaya.[26][27] Kedudukan Timbalan Perdana Menteri telah dikosongkan kerana "tiada keperluan untuk melantik sesiapa". Sebaliknya, Menteri-menteri Kanan akan menggantikan Perdana Menteri apabila ketiadaannya sekiranya keperluan itu berlaku.[28]
Jemaah menteri[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan kandungan kabinet pada 10 Mac 2020:[10]
PN (14) BN (11) GPS (4) Bebas (2) PBS (1)
Portfolio | Penjawat | Parti | Kawasan parlimen | Penggal mula | Penggal tamat | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin AP | PN (BERSATU) | Pagoh | 1 Mac 2020 | Penyandang | ||
Menteri Kanan Kluster Kewangan dan Ekonomi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri | Dato' Seri Mohamed Azmin Ali AP | PN (BERSATU) | Gombak | 10 Mac 2020 | |||
Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan Perpaduan, Menteri Pertahanan | Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob AP | BN (UMNO) | Bera | ||||
Menteri Kanan Kluster Infrastruktur, Menteri Kerja Raya | Dato' Sri Fadillah Yusof AP | GPS (PBB) | Petra Jaya | ||||
Menteri Kanan Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia, Menteri Pendidikan | Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin | PN (BERSATU) | Senator | ||||
Menteri Kewangan | Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz | Bebas | Senator | ||||
Menteri di Jabatan Perdana Menteri | Hal Ehwal Ekonomi | Dato' Sri Mustapa Mohamed AP | PN (BERSATU) | Jeli | |||
Tugas-tugas Khas | Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof AP | PN (BERSATU) | Alor Gajah | ||||
Parlimen dan Undang-undang | Dato' Takiyuddin Hassan AP | PN (PAS) | Kota Bharu | ||||
Hal Ehwal Agama | Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri | Bebas | Senator | ||||
Hal Ehwal Sabah dan Sarawak | Datuk Seri Panglima Maximus Johnity Ongkili AP | GBS (PBS) | Kota Marudu | ||||
Menteri Pengangkutan | Dato' Sri Ir. Dr. Wee Ka Siong AP | BN (MCA) | Ayer Hitam | ||||
Menteri Alam Sekitar | Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man AP | PN (PAS) | Kubang Kerian | ||||
Menteri Sumber Manusia | Datuk Seri Saravanan Murugan AP | BN (MIC) | Tapah | ||||
Menteri Wilayah Persekutuan | Tan Sri Annuar Musa AP | BN (UMNO) | Ketereh | ||||
Menteri Wanita dan Keluarga | Datuk Seri Rina Mohd Harun AP | PN (BERSATU) | Titiwangsa | ||||
Menteri Pengajian Tinggi | Dato' Dr. Noraini Ahmad AP | BN (UMNO) | Parit Sulong | ||||
Menteri Tenaga dan Sumber Asli | Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah AP | BN (UMNO) | Lenggong | ||||
Menteri Dalam Negeri | Dato' Seri Hamzah Zainudin AP | PN (BERSATU) | Larut | ||||
Menteri Kesihatan | Dato' Sri Dr. Adham bin Baba AP | BN (UMNO) | Tenggara | ||||
Menteri Pertanian dan Industri Makanan | Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee AP | PN (BERSATU) | Beluran | ||||
Menteri Pembangunan Luar Bandar | Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad AP | PN (BERSATU) | Mersing | ||||
Menteri Luar Negeri | Dato' Seri Hishammuddin Hussein AP | BN (UMNO) | Sembrong | ||||
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | Datuk Alexander Nanta Linggi AP | GPS (PBB) | Kapit | ||||
Menteri Komunikasi dan Multimedia | Dato' Saifuddin Abdullah AP | PN (BERSATU) | Indera Mahkota | ||||
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | Hajah Zuraida Kamaruddin AP | PN (BERSATU) | Ampang | ||||
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi | Haji Khairy Jamaluddin AP | BN (UMNO) | Rembau | ||||
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi | Dato' Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar AP | GPS (PBB) | Santubong | ||||
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi | Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali AP | PN (PAS) | Kuala Nerus | ||||
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian | Dato' Sri Nancy Shukri AP | GPS (PBB) | Batang Sadong | ||||
Menteri Perpaduan Negara | Dato' Halimah Mohamed Sadique AP | BN (UMNO) | Kota Tinggi | ||||
Menteri Belia dan Sukan | Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican AP | BN (UMNO) | Kepala Batas |
Timbalan Menteri[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan Timbalan Menteri pada 10 Mac 2020 dan mulai 29 September 2020:
PN (20) BN (13) GPS (4) Bebas (1)
Portfolio | Penjawat | Parti | Kawasan parlimen | Penggal mula | Penggal tamat | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri | Senator Datuk Lim Ban Hong | BN (MCA) | Senator | 10 Mac 2020 | Penyandang | ||
Timbalan Menteri Pertahanan | Dato' Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz AP | PN (BERSATU) | Tanah Merah | ||||
Timbalan Menteri Kerja Raya | Dato' Eddin Syazlee Shith AP | PN (BERSATU) | Kuala Pilah | 6 Julai 2020 | |||
Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh AP | PN (BERSATU) | Sri Gading | 10 Mac 2020 | 4 Jun 2020[29] | |||
Timbalan Menteri Pendidikan | Dato' Dr. Mah Hang Soon | BN (MCA) | Senator | Penyandang | |||
Muslimin Yahaya AP | PN (BERSATU) | Sungai Besar | |||||
Timbalan Menteri Kewangan | Datuk Abd Rahim Bakri AP | PN (BERSATU) | Kudat | ||||
Mohd Shahar Abdullah AP | BN (UMNO) | Paya Besar | |||||
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri | Hal Ehwal Ekonomi | Arthur Joseph Kurup AP | BN (PBRS) | Pensiangan | |||
Tugas-tugas Khas | Datin Mastura Mohd Yazid AP | BN (UMNO) | Kuala Kangsar | ||||
Parlimen dan Undang-undang | Dato' Shabudin Yahaya AP | PN (BERSATU) | Tasek Gelugor | 6 Julai 2020[30] | |||
Dato' Eddin Syazlee Shith AP | PN (BERSATU) | Kuala Pilah | 10 Mac 2020 | 6 Julai 2020[31] | |||
Hal Ehwal Agama | Ahmad Marzuk Shaary AP | PN (PAS) | Pengkalan Chepa | Penyandang | |||
Hal Ehwal Sabah dan Sarawak | Dato' Hanifah Hajar Taib AP | GPS (PBB) | Mukah | ||||
Timbalan Menteri Pengangkutan | Hasbi Habibollah AP | GPS (PBB) | Limbang | ||||
Timbalan Menteri Alam Sekitar | Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad | BN (UMNO) | Senator | ||||
Timbalan Menteri Sumber Manusia | Awang Hashim AP | PN (PAS) | Pendang | ||||
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan | Dato' Sri Dr. Edmund Santhara Kumar Ramanaidu AP | PN (BERSATU) | Segamat | ||||
Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga | Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff AP | PN (PAS) | Rantau Panjang | ||||
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi | Dato' Dr. Mansor Othman AP | PN (BERSATU) | Nibong Tebal | ||||
Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli | Ali Biju AP | PN (BERSATU) | Saratok | ||||
Timbalan Menteri Dalam Negeri | Dato' Sri Ismail Mohamed Said AP | BN (UMNO) | Kuala Krau | ||||
Jonathan Yasin AP | PN (BERSATU) | Ranau | |||||
Timbalan Menteri Kesihatan | Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali AP | PN (BERSATU) | Bagan Serai | ||||
Datuk Aaron Ago Dagang AP | GPS (PRS) | Kanowit | |||||
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan | Datuk Seri Ahmad Hamzah AP | BN (UMNO) | Jasin | ||||
Dato' Che Abdullah Mat Nawi AP | PN (PAS) | Tumpat | |||||
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar | Dato' Abdul Rahman Mohamad AP | BN (UMNO) | Lipis | ||||
Dato' Henry Sum Agong AP | GPS (PBB) | Lawas | |||||
Timbalan Menteri Luar Negeri | Dato' Kamarudin Jaffar AP | PN (BERSATU) | Bandar Tun Razak | ||||
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna | Dato' Rosol Wahid AP | PN (BERSATU) | Hulu Terengganu | ||||
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia | Datuk Zahidi Zainul Abidin AP | BN (UMNO) | Padang Besar | ||||
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | Dato' Sri Ismail Abd Muttalib AP | BN (UMNO) | Maran | ||||
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi | Ahmad Amzad Hashim AP | PN (PAS) | Kuala Terengganu | ||||
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi | Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin AP | PN (BERSATU) | Masjid Tanah | ||||
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi | Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng AP | BN (MCA) | Tanjung Piai | ||||
Willie Mongin AP | PN (BERSATU) | Puncak Borneo | |||||
Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian | Datuk Dr. Jeffrey Kitingan AP | PN (STAR) | Keningau | 29 September 2020[32] | |||
Timbalan Menteri Perpaduan Negara | Senator Dato' Sri Ti Lian Ker | BN (MCA) | Senator | 5 Mei 2020 | Penyandang | ||
Timbalan Menteri Belia dan Sukan | Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal | PN (BERSATU) | Senator | 10 Mac 2020 |
Penasihat-penasihat dan Duta Khas Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]
- Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Kesihatan Awam) : Tan Sri Dr Jemilah Mahmood[33]
- Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah (Bertaraf Menteri) : YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang AP [34]
- Duta Khas Perdana Menteri ke China (Bertaraf Menteri) : YB Dato' Sri Tiong King Sing AP [35]
- Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur (Bertaraf Menteri) : YB Dato' Sri Richard Riot Jaem AP[36]
Perubahan[sunting | sunting sumber]
Di bawah Kabinet ini, terdapat beberapa portfolio berubah:
- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dinamakan semula sebagai Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
- Kementerian Hal Ehwal Ekonomi telah dikembalikan semula ke Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk asalnya sebagai portfolio hal ehwal ekonomi.
- Satu kementerian tunggal iaitu Kementerian Pendidikan telah dibahagikan kepada dua kementerian berasingan. Kementerian Pengajian Tinggi telah digunakan semula.
- Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli telah disusun semula menjadi tiga kementerian yang berbeza, iaitu Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Alam Sekitar.
- Kementerian Alam Sekitar kemudiannya telah dijenamakan semula dengan memansuhkan portfolio tanah dan menjadikannya sebagai Kementerian Alam Sekitar dan Air.[37]
- Kementerian Perpaduan Negara telah ditubuhkan sebagai hasil perpecahan portfolio perpaduan negara daripada Jabatan Perdana Menteri.
- Kementerian Industri Utama telah menggunakan semula nama lamanya, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Perubahan pemegang jawatan
- Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (BERSATU-Sri Gading) meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, dan tidak menyertai Kerajaan Perikatan Nasional tetapi menyokong penubuhan parti baharu di bawah Tun Mahathir. Kekosongan jawatan diisi oleh Datuk Eddin Syazlee Shith (BERSATU-Kuala Pilah) yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).
- Kekosongan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) diisi oleh Datuk Shabudin Yahaya (BERSATU-Tasek Gelugor).
- Calon Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Dato' Seri Tiong King Sing (PDP-Bintulu) tidak menerima pelantikan ke jawatan tersebut. Kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Senator Dato' Sri Ti Lian Ker (MCA- Senator)
- Jawatan Timbalan Perdana Menteri tiada, manakala empat jawatan Menteri Kanan diperkenalkan.
Parti-parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan Malaysia[sunting | sunting sumber]
Terdapat empat belas buah parti yang membentuk Kerajaan Perikatan Nasional dan menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Logo | Nama | Ideologi | Pemimpin | Kerusi | Keputusan 2018 | Kerusi semasa | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Undi (%) | Kerusi | Komposisi | |||||||
Perikatan Nasional | |||||||||
![]() |
BERSATU | Parti Pribumi Bersatu Malaysia | Ketuanan Melayu | Muhyiddin Yassin | 52
(di bawah PH) |
5.95% | 13 / 222
|
31 / 112
| |
![]() |
PAS | Parti Islam Se-Malaysia | Islam | Abdul Hadi Awang | 157
(di bawah GS) |
16.82% | 18 / 222
|
18 / 112
| |
![]() |
STAR | Parti Solidariti Tanah Airku | Tempatan Sabah | Jeffrey Kitingan | 5 | 0.18% | 1 / 222
|
1 / 112
| |
![]() |
SAPP | Parti Progresif Sabah | Tempatan Sabah | Yong Teck Lee | 2 | 0.05% | 0 / 222
|
0 / 112
| |
Barisan Nasional | |||||||||
![]() |
UMNO | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | Ketuanan Melayu | Ahmad Zahid Hamidi | 120
(di bawah BN) |
20.90% | 54 / 222
|
38 / 112
| |
![]() |
MCA | Persatuan Cina Malaysia | Konservatif | Wee Ka Siong | 39
(di bawah BN) |
5.41% | 1 / 222
|
2 / 112
| |
![]() |
MIC | Kongres India Malaysia | Sosial konservatif | Vigneswaran Sanasee | 9
(di bawah BN) |
1.38% | 2 / 222
|
1 / 112
| |
![]() |
PBRS | Parti Bersatu Rakyat Sabah | Nasionalisme | Joseph Kurup | 1
(di bawah BN) |
0.10% | 1 / 222
|
1 / 112
| |
Gabungan Parti Sarawak | |||||||||
![]() |
PBB | Parti Pesaka Bumiputera Bersatu | Konservatif Nasionalisme | Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg | 14
(di bawah BN) |
1.83% | 13 / 222
|
13 / 112
| |
![]() |
PRS | Parti Rakyat Sarawak | Tengah | James Jemut Masing | 6
(di bawah BN) |
0.49% | 3 / 222
|
2 / 112
| |
![]() |
PDP | Parti Demokratik Progresif | Regionalisme Sarawak | Tiong King Sing | 4
(di bawah BN) |
0.50% | 2 / 222
|
2 / 112
| |
![]() |
SUPP | Parti Rakyat Bersatu Sarawak | Tengah | Sim Kui Hian | 7
(di bawah BN) |
1.01% | 1 / 222
|
1 / 112
| |
Parti Bersatu Sabah | |||||||||
![]() |
PBS | Parti Bersatu Sabah | Demokrasi | Maximus Johnity Ongkili | 5
(di bawah BN) |
0.48% | 1 / 222
|
1 / 112
| |
Keyakinan dan pembekalan | |||||||||
![]() |
BEBAS | Bebas Ahli Parlimen Bebas |
Tiada | Jugah Muyang (P203 Lubok Antu) |
24 | 0.59% | 3 / 222
|
1 / 112
|
Senarai Ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Campuran Persekutuan Perikatan Nasional[sunting | sunting sumber]
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Nota & Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "🎥 LENSA MGTV | KUNCI MULUT!!! Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-23. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ "Our week-long struggle has succeeded, says Azmin". Malaysiakini. 2020-03-01. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ Chung, Nicholas (2020-02-23). "Something may happen tomorrow, says 'betrayed' Anwar". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ "Najib sokong gabungan parti baharu tetapi ada syarat". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-23. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ NSTP, Oleh Wartawan (2020-02-24). "Azmin, Zuraida dipecat". BH Online. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ Arifin, Oleh Latifah (2020-02-24). "11 Ahli Parlimen PKR keluar parti". BH Online. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ Arifin, Latifah (2020-02-24). "11 Ahli Parlimen PKR keluar parti". BH Online. Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ Februari 24, Astro Awani |; Myt, 2020 13:52. "Tun Mahathir letak jawatan Perdana Menteri, Pengerusi Bersatu | Astro Awani". www.astroawani.com. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ Tan, CK (2020-02-25). "Mahathir resignation leaves coalition's campaign promises hanging". Nikkei Asian Review (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ a b "Senarai penuh Kabinet". BH Online. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-03-09.
- ^ Abd Mutalib, Zanariah (2020-02-24). "BERSATU keluar PH". BH Online. Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ "PH hilang majoriti jadi Kerajaan Pusat". BH Online. 2020-02-24. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ Razali, Oleh Safeek Affendy (2020-02-24). "Agong lantik Tun M sebagai PM interim". BH Online. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ Hussain, Hasniza (2020-02-26). "PH sepakat calon Anwar sebagai Perdana Menteri". Sinar Harian. Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ "Anwar steps aside, endorses Dr Mahathir as PM representing PH coalition". Borneo Post Online (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-29. Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ "Malaysian king chooses Muhyiddin Yassin over Mahathir to be prime minister". South China Morning Post. 29 February 2020.
- ^ "Muhyiddin mohon semua pihak hormati keputusan Agong". Sinar Harian. 2020-02-29. Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ "Muhyiddin Yassin sworn in as Malaysia's new prime minister - Xinhua | English.news.cn". www.xinhuanet.com. Dicapai pada 2020-03-01.
- ^ Februari 29, Astro Awani |; Myt, 2020 16:39. "Muhyiddin Yassin dilantik PM ke-8 | Astro Awani". www.astroawani.com. Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ Reporters, F. M. T. (2020-02-24). "PPBM keluar Pakatan Harapan". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-02.
- ^ Muhyiddin umum Kabinet 5 petang ini Harian Metro
- ^ a b Astro Awani (17 Mei 2020). "Enam parti yang bentuk kerajaan sokong tubuh Perikatan Nasional". Astro Awani. Dicapai pada 20 Disember 2020.
- ^ Ar, Zurairi (17 May 2020). "BN, Bersatu, PAS and three others agree to form Perikatan Nasional". Malay Mail. Diarkib daripada yang asal pada 17 May 2020. Dicapai pada 17 May 2020.
- ^ Malaysiakini (16 Mei 2020). "Shahidan Kassim pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN". Malaysiakini. Dicapai pada 20 Disember 2020.
- ^ Kumara Sabapatty (17 Disember 2020). "Majlis Presiden PN dibentuk dengan keanggotaan 13 ketua parti". MalaysiaGazette. Dicapai pada 20 Disember 2020.
- ^ "Mufti Wilayah Menteri Agama, CEO CIMB Menteri Kewangan". BH Online. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-03-09.
- ^ "Six new senators sworn in at Dewan Negara | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-03-10.
- ^ Mat Ruzki, Rafidah; Sulaiman, Noor Atiqah (2020-03-09). "4 Menteri Kanan ganti TPM". BH Online. Dicapai pada 2020-03-09.
- ^ Meletak jawatan pada 4 Jun 2020.
- ^ Perlantikan bagi mengisi kekosongan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-undang)
- ^ Pertukaran portfolio bagi mengisi kekosongan Timbalan Menteri Kerja Raya.
- ^ Jeffrey Kitingan letak jawatan Timbalan Menteri kerajaan Persekutuan
- ^ "Dr Jemilah appointed PM's special advisor on public health". New Straits Times. 31 Mac 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
- ^ "Hadi appointed special envoy to Middle East". The Star. 2 April 2020. Dicapai pada 3 April 2020.
- ^ Beliau telah dicalonkan sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara pada 9 Mac 2020, namun menolaknya, kemudian digantikan oleh Dato' Sri Ti Lian Ker.
- ^ Richard Riot dilantik duta khas PM ke Asia Timur, Dicapai pada 14 Mei 2020
- ^ Pewujudan MEWA akan membolehkan sinergi antara dua aspek pengurusan air yang selama ini terpisah, iaitu sumber air dan perkhidmatan air