Kerajaan perpaduan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kerajaan perpaduan atau 'Kerajaan Tanpa Pembangkang' dicetuskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas gagalnya usaha undi tidak percaya terhadap Datuk Seri (Tun) Abdullah Badawi di Parlimen.

Idea kerajaan perpaduan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat ini mencetuskan ketidaktentuan di kalangan Pakatan Rakyat. Idea ini belum dibincangkan secara panjang lebar dan pertemuan belumpun diadakan. Dalam beberapa hal, perjuangan dan sumbangan PAS diketepikan dan dipinggirkan di Pulau Pinang, Perak, dan Selangor . Pas hanya berkuasa di Kedah dan Kelantan. Di Perak pula, sungguhpun Menteri Besar Perak dari Adun PAS tetapi dilihat tidak cukup berpengaruh. Begitu juga pandangan PAS menerusi Dr Hassan Ali di Selangor sering dipertikaikan oleh DAP. Sebenarnya perjuangan PAS dan DAP bagaikan bumi dengan langit.

Sejarah PAS dalam Barisan Nasional[sunting | sunting sumber]

PAS mempunyai pengalaman menyertai Barisan Nasional semasa Perdana Menteri Malaysia,Tun Abdul Razak pada 1972 dan ditendang keluar pada 1978 oleh Tun Hussein Onn kerana PAS memecat Datuk Muhammad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan. Datuk Muhammad Nasir dilantik oleh Barisan Nasional untuk menerajui Kelantan dengan mengenepikan Pesuruhjaya PAS Negeri iaitu Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Akibat tidak dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz telah merencanakan politiknya sehingga tercetusnya pergaduhan besar-besaran di Kota Bharu. Kesan pemecatan itu diakui sendiri oleh Datuk Dr Haron Din dalam mStar 5 Jun 2011[1] yang menyebutkan bahawa "Kepimpinan bermesyuarat tergempar dan membawa satu usul ataupun cadangan untuk memecat Menteri Besar Kelantan ketika itu... cadangan itu ditentang oleh sebahagian pemimpin iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden dan saya sendiri. "Kami bergaduh dalam mesyuarat itu dan akhirnya jawatankuasa menerima pemecatan Menteri Besar Kelantan itu. Sebut terima saja keputusan itu bangun Ustaz Ali Taib mengisytiharkan melepaskan kesemua jawatannya,". Bagaimanapun beliau berkata, Muhammad enggan melepaskan jawatan ketika itu sehingga membawa kepada berlakunya huru-hara di negeri Kelantan dan diisytihar darurat. Jelas beliau, peristiwa itu menyebabkan PAS kehilangan kerajaan di Kelantan, dua tahun selepas darurat ditarik balik dan pilihan raya umum diadakan PAS gagal untuk mendapatkan kembali Kelantan selain tewas teruk dengan hanya menang di dua kerusi saja."2

Kesan dari krisis itu, Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah Datuk Seri Mohd Asri Haji Muda telah gagal mempertahankan jawatannya sebagai Presiden PAS dan menubuhkan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim). Setelah gagal memperolehi sebarang kejayaan menerusi Hamim, beliau akhirnya menyertai UMNO pada tahun 1988. Selain itu, Datuk Muhammad Nasir telah dipecat dari PAS dan menubuhkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA)

Perintah Darurat di Kelantan ditamatkan selepas 2 tahun dan Pilihanraya diadakan pada Mac 1978. UMNO telah menggunakan isu pemberian konsesi balak kepada Timbermine Sdn. Bhd. dan akhirnya PAS hanya mampu mempertahankan 2 kerusi sahaja. Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan gabungan dengan Berjasa.

Reaksi UMNO / Barisan Nasional[sunting | sunting sumber]

Pihak kerajaan Barisan Nasional / UMNO menyambut baik usaha ini kerana dapat menyatupadukan orang Melayu yang dikatakan berpecah selepas pilihan raya 2008. Media massa juga menyiarkan idea ini secara besar-besaran.

Sekiranya PAS boleh berbincang dan bersatu dengan DAP, mengapa tidak PAS berbincang dan bersatu-padu dengan UMNO - parti orang Melayu yang berugama Islam.

Reaksi pembangkang[sunting | sunting sumber]

Pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng terkejut dengan idea ini dan mahu penjelasan sebenar berhubung 'pembelotan' ini. Jika PAS cuba mengugut DAP dengan bekerjasam dengan UMNO, yang rugi adalah PAS sendi. 'Kepimpinan ulama' yang cuba diperjuangkan oleh segelintir pemimpin PAS bertentangan dengan kepimpinan profesional.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat 'serik' bekerjasama dengan BN / UMNO . Beliau mendesak Nasharuddin Md Isa meletak jawatan sebagai Naib Presiden PAS dan ahli parlimen Bachok. Bagaimanapun kenyataan keras ini ditarik balik.

Pendirian Pakatan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 2009,Pakatan Rakyat mengambil keputusan menolak idea kerajaan perpaduan selepas Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat sejam di Parlimen / Dewan Rakyat.

Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata:"Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO-Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat. Kenyataan media ditandatangani oleh Anwar Ibrahim; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang

Pakatan Rakyat bersikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan BN bagi membincangkan isu-isu melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi.[2]

Mesyuarat Agung Khas PAS[sunting | sunting sumber]

Datuk Seri Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam blognya blogtokguru.com menyeru PAS mengadakan Mesyuarat Agung Khas PAS bagi menghadapi PRU13 dan memutuskan keperluan kerajaan perpaduan PAS - UMNO. Ada pihak yang mahu muzakarah diadakan antara UMNO dengan PAS. Istilah muzakarah ditukar kepada muqobalah. Jika UMNO, MCA dan MIC boleh berubah dan mengadakan EGM , mengapa tidak PAS. Mesyuarat tergempar itu nanti boleh dipanggil muktamar khas. Nik Abdul Aziz dalam blognya www.blogtokguru.com juga dilaporkan mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin yang bermasalah iaitu Mustafa, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali.[3]

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan bin Ali sering dikaitkan dengan isu kerajaan perpaduan. Dr Abdul Aziz Bari dari UIAM 'menyalahkan' Abdul Hadi Awang di atas kekalahan PAS di Bagan Pinang. Abdul Hadi juga tidak bersuara apabila tercetus kontroversi Hassan Ali berhubung jualan alkohol dan cara siasatan Selcat.[4]

Pada 28 Oktober 2009, Mesyuarat khas JK PAS Pusat diadakan di tingkat 5, Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Mesyuarat dipengerusikan oleh Datuk Abdul Hadi Awang. Turut hadir ialah tuan guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nasharudin Mat Isa ,Datuk Mustafa Ali , Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahudin Ayub, Mahfuz Omar , Datuk Mustafa Ali dan Nasrudin Hassan Tantawi.[5]

Antara keputusan mesyuarat ialah :

  1. Isu kerajaan perpaduan ditutup sepenuhnya.
  2. Seminar khas akan diadakan pada 7 Disember 2009, di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur. Penceramah khas ialah Profesor Dr Abdul Aziz Bari kerana pandangannya lebih berwibawa dalam menentukan hala tuju perjuangan PAS.
  3. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik untuk menyiasat semua dakwaan terhadap PAS Selangor. Pesuruhjaya PAS Selangor ialah Dr Hassan bin Ali. [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1], mStar - Muktamar Tahunan PAS: Haron Din Ingatkan Tragedi PAS Kelantan Jatuh ", 5 Jun 2011
  2. ^ Pakatan Rakyat tolak kerajaan perpaduan
  3. ^ [2]Mesyuarat Khas PAS Rabu Ini Bincang Isu Parti]
  4. ^ Muktamar khas PAS pecat Hadi?
  5. ^ Wartawan penuh menunggu mesyuarat khas JK PAS Pusat
  6. ^ PAS adakan seminar ganti muktamar khas