Kerakyatan Azerbaijan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lambang Azerbaijan
Lambang Azerbaijan

Undang-undang kebangsaan Azerbaijan menetapkan pihak-pihak mana saja yang berhak menjadi Kerakyatan Azerbaijan.

Peraturan[sunting | sunting sumber]

Peraturan perundangan yang menentukan status kewarganegaraan Azerbaijan ditentukan oleh Undang-Undang Dasar Azerbaijan tahun 1995 dan Undang-Udang Kewarganegaraan Republik Azerbaijan yang disahkan pada 30 September 1998. [1][2][3] Undang-undang kewarganegaraan Azerbaijan utamanya menerapkan prinsip ius sanguinis.[4] Undang-undang tersebut juga menggariskan hak kewarganegaraan bagi pelarian Azerbaijan dari Armenia serta bagi warga etnik Azerbaijan dari seluruh dunia. Azerbaijan tidak mengakui kewarganegaraan ganda.[4]

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Azerbaijan merupakan negara yang menerapkan asas jus sanguinis berbanding jus soli yang bererti bahawa negara memberikan status warga negara berdasarkan garis keturunan bukan berdasarkan tempat kelahiran.[4] Akan tetapi, status kebangsaan Azerbaijan juga ditentukan oleh status kewarganegaraan selain daripada status keturunan. Seseorang yang lahir dari orang tua bukan warga negara Azerbaijan atau orang tua yang tidak mempunyai kewarganegaraaan tidak secara automatik menjadi warga negara Azerbaijan.[4][5]

Undang-undang kebangsaan di Azerbaijan menyebutkan persaratan bagaimana seseorang secara automatik menjadi warga negara Azerbaijan. Syarat tersebut ialah seseorang yang lahir dari sekurang-kurangnya satu orang tua warga negara Azerbaijan; seseorang yang lahir di luar negeri dengan ayah warga negara Azerbaijan dan ibu warga negara asing, dengan syarat sang ibu tidak keberatan; dan seseorang yang lahir di daerah Azerbaijan yang tidak diketahui orang tuanya.[4]

Kewarganegaraan ganda[sunting | sunting sumber]

Azerbaijan tidak mengiktiraf status kewarganegaraan ganda. Seseorang yang dengan sadar memperoleh kewarganegaraan dari negara lain secara automatik melepaskan statusnya sebagai warga negara Azerbaijan.[4]

Terdapat pengecualian iaitu Presiden Azerbaijan boleh memberikan status kewarganegaraan ganda bagi orang-orang yang memilki peranan penting. Orang tersebut tidak akan dilucutkan statusnya sebagai warga negara Azerbaijan jika ia memperoleh atau mempunyai status kewarganegaraan dari negara lain.[4]

Pelepasan status warga negara[sunting | sunting sumber]

Pelepasan status sebagai warga negara Azerbaijan dengan sengaja dibenarkan oleh peraturan perundangan Azerbaijan. Pemulihan status warga negara juga dibenarkan dengan syarat bahawa orang tersebut melepaskan status kerakyatan mereka yang sebelumnya.

Syarat visa[sunting | sunting sumber]

Syarat visa untuk warga negara Azerbaijan.

Per bulan Februari 2016, warga negara Azerbaijan mempunyai akses bebas visa atau visa on arrival ke 62 negara dan wilayah.[6]

Azerbaijan bersetuju sebuah persetujuan fasilitasi visa bersama dengan negara-negara  Kesatuan Eropah (kecuali Denmark, Republik Ireland, dan United Kingdom) untuk mengurangkan jumlah dokumen yang diperlukan dalam menyatakan keperluan ketibaan di perjalanan antara kedua-dua kawasan. Perjanjian tersebut juga diharapkan dapat membenarkan multiple-entry visa serta membatas lama pemprosesan dan bayaran penyerahan atau memadamnya secara keseluruhan bagi warga-warga negara di kedua-dua pihak.[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Puatan luar[sunting | sunting sumber]