Kereta Api Kawasan Ibu Negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kereta Api Kawasan Ibu Negara
كريتا اڤي كاوسن ايبو نڬارا
South Korea subway logo.svg
Umum
Nama asal
  • 수도권 전철 / 首都圈 電鐵
  • Sudogwon jeoncheol
Pemilik
  • Pemerintah Korea Selatan,
  • Pemerintah Metropolitan Seoul, Bandaraya Incheon,
  • Bucheon, Uijeongbu, Yongin
  • dan syarikat swasta lain
Lokasi Kawasan Ibu Negara Seoul dan kawasan sekitarnya
Jenis transit Alihan laju, kereta api komuter
Jumlah laluan/aliran 21
Jumlah stesen 680
Bil. penumpang tahunan 2.619 bilion (2013, laluan 1-9)[1]
1.027 bilion (2012, Korail)[2]
Operasi
Mula beroperasi 15 Ogos 1974; 44 tahun yang lalu (1974-08-15)
Pengendali Seoul Metro, Korail, Perbadanan Transit Incheon dan pengendali kereta api swasta lain
Teknikal
Panjang sistem 1,113.2 kilometer (691.7 mi)
Tolok landasan 1,435 mm (4 kaki 8 12 in) tolok piawai
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Kereta Api Kawasan Ibu Negara
Hangul
Hanja
Perumian Semakan Sudogwon Jeoncheol
McCune–Reischauer Sudokwŏn Chŏnch'ŏl

Kereta Api Kawasan Ibu Negara (Bahasa Korea: 수도권 전철) ialah sistem kereta api bandar yang terdiri daripada 21 laluan kereta api bawah tanah, rel ringan, kereta api komuter dan transit rakyat yang terletak di kawasan barat laut negara Korea Selatan. Sistem ini memberi khidmat di kebanyakan kawasan ibu negara Seoul, metropolis Incheon dan bandar-bandar satelit di wilayah Gyeonggi. Sesetengah laluan serantau di dalam rangkaian ini menjangkau sehingga ke kawasan desa di utara wilayah Chungnam dan barat wilayah Gangwon.[3]

Laluan kereta api pertama dalam rangkaian ini Laluan 1 mula dibina pada 1971 dan dibuka pada 1974, dengan operasi langsung ke kereta api pinggir bandar milik Korail. Hari ini, rangkaian tersebut merupakan salah satu sistem kereta api terbesar di dunia dengan panjang landasan sehingga 331.5 km (206.0 mi) untuk Laluan 1 hingga 9 sahaja, dengan perkhidmatan tanpa wayar dan internet di kesemua kereta api dan pintu tabir platform di kebanyakan stesen disediakan. Ia juga mempunyai maklumat kereta api dalam masa nyata di setiap stesen.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Laluan pertama rangkaian kereta api bawah tanah atau metro mula dibina pada 1971 dengan bantuan iktisad dan teknikal dari Jepun.[4] Bahagian pertama laluan itu dibina dengan menggunakan kaedah pembinaan gali dan timbus. Ia akhirnya dibuka pada 15 Ogos 1974 dengan khidmat operasi langsung bersama laluan–laluan kereta api bandar sekeliling yang dikendalikan oleh Perbadanan Kereta Api Korea (Korail), serupa seperti sistem kereta api bawah tanah di Tokyo.[5] Pada hari ini, kebanyakan laluan rangkaian Kereta Api Kawasan Ibu Negara dikendalikan oleh dua syarikat utama iaitu Korail dan Perbadanan Pengangkutan Seoul (gabungan syarikat Seoul Metro dan Perbadanan Transit Laju Metropolitan Seoul).

Jaringan kereta api ini digambarkan sebagai sistem metro berbilang pengendali terpanjang di dunia mengikut panjang laluan.[6] Sistem ini dinilai sebagai salah satu sistem kereta api terbaik di dunia oleh CNN[7] dan Jalopnik.[8] Ia dikenali dengan kebersihan dan penggunaan yang mudah dengan teknologi maju seperti khidmat 4G LTE, Wi-Fi, DMB dan WiBro yang boleh dicapai di kesemua stesen dan kereta api.[9] Hampir kesemua stesen mempunyai pintu tabir platform; hanya beberapa stesen yang dikendalikan oleh Korail masih lagi dengan platform terbuka, sebelum ia selesai dipasang pada tahun 2017. Satu kedai maya pertama di dunia untuk pengguna telefon pintar telah dibuka di stesen Seolleung pada 2011.[7]

Kereta api dengan laluan-laluan bernombor biasanya beroperasi di landasan sebelah kanan, manakala kereta api dengan laluan-laluan bernama (contohnya AREX) beroperasi di sebelah kiri. Pengecualian untuk kereta api Laluan 1 dan juga Laluan 4 di selatan stesen Namtaeryeong kerana ia dikendalikan oleh syarikat pengendali kereta api kebangsaan Korea Selatan, Korail.[10]

Rangkaian kereta api[sunting | sunting sumber]

Sistem rangkaian Kereta Api Kawasan Ibu Negara disusun mengikut nombor dengan beberapa pengecualian (lihat jadual di bawah) yang dianggap sebagai laluan transit laju bandar yang terletak di kawasan ibu negara Seoul. Laluan–laluan komuter yang dikendalikan oleh Korail menyediakan perkhidmatan komuter seperti metro yang biasanya menjangkau sehingga luar sempadan kawasan ibu negara, di mana ia agak serupa seperti sistem RER di Paris, Perancis. Waktu operasi mungkin berbeza bergantung pada laluan itu dan rata-rata rangkaian kereta api ini beroperasi dari 5.30 pagi hingga 1 pagi pada hari Isnin hingga Jumaat dan tutup lebih awal (12 tengah malam) ketika hujung minggu.

AREX merupakan laluan kereta api penghubung yang menyambungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon (IIA) dan Lapangan Terbang Gimpo dengan Seoul. Ia menawarkan perkhidmatan ekspres ke IIA serta khidmat komuter yang berhenti di semua stesen untuk penduduk yang tinggal di kawasan sekitar laluan ini.

Jadual laluan kereta api[sunting | sunting sumber]

Nama sistem laluan Terminal Panjang (km) Stesen Pemilik Pengendali
Sistem Laluan sebenar
Laluan 1 Laluan 1
(laluan Jongro)
Seoul Cheongnyangni 200.6 98 Bandaraya Khas Seoul
Ibu Pejabat Prasarana Bandaraya Khas Seoul
Perbadanan Pengangkutan Seoul
Laluan Gyeongwon Hoegi Soyosan Pemerintah Republik Korea
Kementerian Tanah, Prasarana dan Pengangkutan
Pihak Berkuasa Rangkaian Rel Korea
Perbadanan Kereta Api Korea
Laluan Gyeongbu Seoul Cheonan
Laluan Gyeongin Guro Incheon
Laluan Kereta Api Laju Gyeongbu Pejabat Daerah Geumcheon Gwangmyeong
Laluan Pangkalan Byeongjeom Byeongjeom Seodongtan
Laluan Janghang Cheonan Sinchang
Laluan 2 Laluan utama (Lingkaran Euljiro) Dewan Bandaraya 60.2 51 Bandaraya Khas Seoul
Ibu Pejabat Prasarana Bandaraya Khas Seoul
Perbadanan Pengangkutan Seoul
Laluan cabang Seongsu Seongsu Kejiranan Sinseol
Laluan cabang Sinjeong Sindorim Kkachisan
Laluan 3 Laluan 3 Jichuk Ogeum 57.4 44
Laluan Ilsan Daehwa Pemerintah Republik Korea
Kementerian Tanah, Prasarana dan Pengangkutan
Pihak Berkuasa Rangkaian Rel Korea
Perbadanan Kereta Api Korea
Laluan 4 Laluan 4 Danggogae Namtaeryeong 71.5 48 Bandaraya Khas Seoul
Ibu Pejabat Prasarana Bandaraya Khas Seoul
Perbadanan Pengangkutan Seoul
Laluan Gwacheon Geumjeong Pemerintah Republik Korea
Kementerian Tanah, Prasarana dan Pengangkutan
Pihak Berkuasa Rangkaian Rel Korea
Perbadanan Kereta Api Korea
Laluan Ansan Oido
Laluan 5 Laluan utama Banghwa Kejiranan Sangil 52.3 51 Bandaraya Khas Seoul
Ibu Pejabat Prasarana Bandaraya Khas Seoul
Perbadanan Pengangkutan Seoul
Laluan cabang Gangdong Macheon
Laluan 6 Eungam Bonghwasan 35.1 38
Laluan 7 Jangam Pejabat Daerah Bupyeong 57.1 51 Bandaraya Khas Seoul
Bandaraya Bucheon
Bandaraya Metropolitan Incheon
Ibu Pejabat Prasarana Bandaraya Khas Seoul
Laluan 8 Amsa Moran 17.7 17 Bandaraya Khas Seoul
Ibu Pejabat Prasarana Bandaraya Khas Seoul
Laluan 9 Gaehwa Kompleks Sukan 31.7 30 Bandaraya Khas Seoul
Ibu Pejabat Prasarana Bandaraya Khas Seoul
Perbadanan Laluan 9 Seoul Metro
Seoul Line 9 Operation
AREX[nota 1] Seoul Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon 58.0 13 Pemerintah Republik Korea
Kementerian Tanah, Prasarana dan Pengangkutan
Pihak Berkuasa Rangkaian Rel Korea
Perbadanan Kereta Api Lapangan Terbang
Laluan Gyeongui–Jungang Laluan Gyeongui Seoul Munsan 128.1 55 Perbadanan Kereta Api Korea
Laluan Yongsan Yongsan Gajwa
Laluan Gyeongwon Hoegi
Laluan Jungang Cheongnyangni Jipyeong
Laluan Gyeongchun Mangu 85.6 24
Laluan Gyeongwon Hoegi
Laluan Mangu Mangu Universiti Kwangwoon
Laluan Gyeongchun Chuncheon
Laluan Gyeonggang Pangyo Yeoju 57.0 11
Laluan Bundang Wangsimni Suwon 52.9 36
Laluan Suin Oido Incheon 19.9 14
Laluan Shinbundang Gangnam Gwanggyo 31.0 12 Pemerintah Republik Korea
Kementerian Tanah, Prasarana dan Pengangkutan
Pihak Berkuasa Rangkaian Rel Korea
Perbadanan Laluan Shinbundang
Perbadanan Kereta Api Gyeonggi
NeoTrans
Laluan 1 Incheon Gyeyang Daerah Perniagaan Antarabangsa 29.4 29 Bandaraya Metropolitan Incheon
Ibu Pejabat Lalu Lintas Bandaraya Metropolitan Incheon
Perbadanan Pengangkutan Incheon
Laluan 2 Incheon Geomdan Oryu Unyeon 29.2 27
Kereta Api Ringan Uijeongbu[nota 2] Balgok Tapseok 10.6 15 Bandaraya Uijeongbu Perbadanan Kereta Api Ringan Uijeongbu
EverLine[nota 3] Giheung Jeondae–Everland 18.4 15 Bandaraya Yongin Perbadanan Alihan Laju Yongin
Laluan Ui[nota 4] Bukhansan Kejiranan Shinseol 11.4 13 Bandaraya Khas Seoul Perbadanan Kereta Api Ringan Ui–Sinseol
Jumlah keseluruhan: 1,117.3 587[nota 5]

Peta laluan[sunting | sunting sumber]

Rangkaian laluan–laluan dalam Kereta Api Kawasan Ibu Negara

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Merupakan singkatan kepada "Airport Railroad Express" (Ekspres Kereta Api Lapangan Terbang). Ia juga dikenali sebagai "인천국제공항철도" (Kereta Api Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon) dalam bahasa Korea.
  2. ^ Juga dikenali sebagai "Transit Aliran Ringan Uijeongbu" atau "Laluan U" sahaja
  3. ^ Lebih dikenali dalam bahasa Korea sebagai "용인 경전철" (Kereta Api Ringan Yongin)
  4. ^ Lebih dikenali dalam bahasa Korea sebagai "서울 경전철 우이신설선" (Laluan Ui–Sinseol Kereta Api Ringan Seoul)
  5. ^ Tidak termasuk stesen–stesen pertukaran pendua

Umum[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Subway Passenger Transportation" (dalam bahasa Korea). Bandaraya Seoul. Dicapai 14 Julai 2014.  (Anda boleh memilih bahasa Inggeris dengan menekan menu yang bertulis "한국어")
  2. ^ "광역철도 이용객 연간 10억 2천만명 돌파" (dalam bahasa Korea). 10 Januari 2013. Dicapai 15 November 2017. 
  3. ^ "2012 Korail Statistics" (PDF). Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 27 Februari 2014. 
  4. ^ "서울 지하철 1호선" (dalam bahasa Korea). Seoul Metropolitan Government. Dicapai 25 Ogos 2015. 
  5. ^ "Seoul's first subway line opened in 1974" (dalam bahasa Inggeris). Korea Times. 13 Februari 2011. Dicapai 25 Julai 2014. 
  6. ^ "The world's longest metro and subway systems". Railway-technology.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 20 Februari 2014. 
  7. ^ a b "What are the world's best metro systems?". CNN (dalam bahasa Inggeris). 9 Januari 2013. Dicapai 29 Julai 2014. 
  8. ^ Raphael Orlove (7 November 2012). "The Best Subway Systems In The World". Jalopnik (dalam bahasa Inggeris). 
  9. ^ "Underground world: Seoul's 'super highway' v London's 'rude tube'". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 3 April 2013. Dicapai 12 Julai 2013. 
  10. ^ Kim Young-ho (16 Mei 2006). "<오후여담>좌측통행" [<Penyimpangan tengah hari> Sebelah kiri jalan raya]. Naver (dalam bahasa Korea). Munhwa Ilbo. Dicapai 21 April 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Laman sesawang rasmi syarikat