Kereta Sewa (drama)
Kereta Sewa | |
---|---|
Genre | Drama, komedi |
Ditulis oleh | MF Kencana |
Pengarah | Nazir Jamaluddin |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Memori Cinta" oleh Toy Nizam |
Lagu penutup | "Memori Cinta" oleh Toy Nizam |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Shahila Harun Shah |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 21–22 minit |
Syarikat penerbitan | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 9 April 2019 – 2 Mei 2019 |
Kereta Sewa merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2019 dibintangi oleh Hairi Safwan dan Amyza Aznan bersama barisan pelakon ensembel. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Iris TV3 dari 9 April 2019 hingga 2 Mei 2019 menggantikan Plan Cinta.[2][3]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[4]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Mengisahkan mengenai Ramli yang mempunyai perniagaan kereta sewa. Dia sangat menyayangi kereta yang dimilikinya itu kerana itu lah satu-satunya punca pendapatan Ramli. Ramli perlu berdepan dengan pelbagai ragam pelanggan.
Antara ragam penyewa kereta Ramli adalah seorang gadis cantik yang mahu menyewa kereta Ramli tetapi dia tiada lesen memandu. Ramli terpaksa menjadi pemandu gadis berkenaan dalam membantu gadis itu mengintip bakal tunangnya yang disyaki curang. Tidak cukup dengan itu, Ramli juga dikejutkan oleh rakan sekampungnya, Bell yang datang ke rumah untuk meminjam kereta bagi membawa isterinya, Shery yang hendak bersalin.
Perjalanan menjadi kelam kabut apabila mereka tersangkut dalam kesesakan jalanraya akibat kemalangan. Mereka terpaksa menggunakan jalan alternatif yang jauh. Ramli akhirnya terpaksa menjadi bidan terjun bersama-sama Bell untuk menyambut kelahiran bayi itu. Pelbagai lagi ragam pelanggan Ramli antaranya, pasangan yang ingin kahwin lari dengan meminjam kereta Ramli, rombongan kumpulan marhaban menggunakan kereta Ramli, bayi dijumpai dalam kereta Ramli dan kisah gadis misteri yang menghubungi Ramli untuk menyewa keretanya di tengah malam!
Bukan mudah rupanya menguruskan kereta sewa, macam-macam karenah pelanggan yang Ramli jumpa sejak memulakan perniagaan kereta sewanya itu. Ada juga pelanggan Ramli yang terisi minyak diesel hingga menyebabkan keretanya rosak dan menyebabkan dia lebih berwaspada untuk bagi sewa keretanya. Adakah Ramli dapat menyelesaikan masalah yang dibuat oleh setiap pelanggannya?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Hairi Safwan sebagai Ramli
- Amyza Aznan sebagai Kak Mona
- Along Eyzendy sebagai Aizat
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]Episod 1
- Chacha Maembong sebagai Farah
Episod 2
- Bell Ngasri sebagai Haris
- Wan Sharmila sebagai Zara
Episod 3
- Razak Ahmad sebagai Pak Cik Keropok Lekor
- Hafiz Nolan sebagai Eddy
Episod 4
- Jaja Iliyes sebagai Nini
- Azar Azmi sebagai Kawan Nini
Episod 5
- Kazar Saisi sebagai Pak Cik Nyanyuk
Episod 6
- Nina Iskandar sebagai Shikin
- Delimawati sebagai Kawan Kak Mona
Episod 7
- Keith Foo sebagai Abang Goreng Pisang
Episod 8
- Shiqin Kamal sebagai Kila
Episod 9
- Izzue Islam sebagai Eddie
- Taufiq Hanafi sebagai Dirinya Sendiri
- Oktovia Manrose sebagai Dirinya Sendiri
- Toi Nizam sebagai Pengarah Drama
Episod 10
- Reen Rahim sebagai Wani
Episod 11
- Syazwan Zulkifly sebagai Koneng
Episod 12
- Marissa Yasmin sebagai Milah
- Arash Mohamad sebagai Suami Milah
Episod 13
- Shahronizam Noor sebagai Abang Sidi
- Zalfa Zin sebagai Isteri Kedua Abang Sidi
- Jasmin Hamid sebagai Kak Min (Isteri Pertama Abang Sidi)
- Shasha Raman Isteri Ketiga Abang Sidi
Episod 14
- Syafnida Shuhaimi sebagai Ibu Bayi
Episod 15
- Fezrul Khan sebagai Sapiq
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Salma Syahbuddin (11 April 2019). Hairi Safwan Buka Perniagaan Kereta Sewa? XTRA. Dicapai pada 17 April 2019.
- ^ Drama Kereta Sewa (TV3) My Infotaip (15 April 2019). Dicapai pada 17 April 2019.
- ^ Budiey (9 April 2019). Sinopsis drama Kereta Sewa lakonan Hairi Safwan Sensasi Selebriti. Dicapai pada 17 April 2019.
- ^ Kereta Sewa (2019): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 2 Mei 2019.