Kereta api Addis Ababa–Djibouti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Laluan Addis Ababa–Djibouti
Peta kereta api Addis Ababa–Djibouti
Peta kereta api Addis Ababa–Djibouti
Umum
Nama asalLigne d'Addis-Abeba à Djibouti
SistemRel berat
StatusPercubaan
Lokasi Habsyah
 Djibouti
TerminalSebeta, Habsyah
Pelabuhan Doraleh, Djibouti
Stesen45
Bil. kereta api38
Operasi
Dibuka
  • 5 Oktober 2016 (Ethiopia)
  • 10 Januari 2017 (Djibouti)
Teknikal
Panjang aliran756 km (470 bt)
Tolok landasan1,435 milimeter (4 ka 8.5 in) tolok piawai
PengelektrikanWayar atas 25kV AC
Kelajuan operasi160 km/j (99 mph)
Peta laluan

Sebeta
Addis Ababa-Lebu
Addis Ababa-Kality
Bishoftu
Mojo
Adama
Welenchiti
Metehara
Awash
Asebot
Mieso
Mulu
Afdem
Bike
Erer
Dirē Dawa
Shinle
Harewa
Adi Gala
Aysha
Dewele
Habsyah
Djibouti
Sempadan
Guelile
Ali Sabieh
Holhol
Djibouti - Nagad
Pelabuhan Doraleh

Kereta api Addis Ababa–Djibouti ialah laluan kereta api antarabangsa yang menghubungkan ibu negara Habsyah, Addis Ababa dengan pelabuhan Djibouti yang berada dekat dengan Teluk Aden. Landasan bertolok piawai sepanjang 756 kilometer (470 bt) ini memberi negara dikelilingi daratan Habsyah capaian kepada laut (Laut Merah dan Lautan Hindi terutamanya). Lebih daripada 95% daripada aktiviti perdagangan Habsyah melalui Djibouti, merangkumi 70% daripada aktiviti di pelabuhan Djibouti.[1][nota 1] Laluan ini juga menggantikan landasan kereta api Ethio−Djibouti bertolok meter buatan Perancis yang telah dibina pada 1894 hingga 1917.[nota 2]

Laluan baru ini dibina pada 2011 hingga 2016 oleh Kumpulan Kereta Api China dan Perbadanan Pembinaan Kejuruteraan Awam China. Dana untuk pembinaan projek ini disediakan oleh Bank Exim China, Bank Pembangunan China dan Bank Perindustrian dan Komersial China.[nota 3] Sejumlah AS$4 bilion dilaburkan untuk projek landasan kereta api ini.[5] Khidmat percubaan bermula pada Oktober 2016 dan khidmat biasa dijangka bermula pada 2017.[6] Seksyen landasan di Habsyah dirasmikan pada 5 Oktober 2016 dan keseluruhan landasan diisytiharkan siap sepenuhnya pada 10 Januari 2017, apabila satu majlis telah diadakan di stesen kereta api Nagad untuk merasmikan seksyen landasan di Djibouti.[7]

Laluan kereta api[sunting | sunting sumber]

Kebanyakkan laluan kereta api Addis Ababa–Djibouti melalui secara selari dengan landasan kereta api Ethio–Djibouti yang telah diabaikan. Walau bagaimanapun, landasan bertolok piawai ini dibina secara isemen untuk membenarkan kelajuan kereta api yang lebih tinggi. Stesen-stesen baru juga dibina di luar pusat bandar dan stesen-stesen lama telah dihentikan perkhidmatannya.[8][nota 4] Laluan ini mempunyai dua landasan untuk 115 kilometer (71 bt) pertama dari Sebeta ke Adama dan landasan tunggal dari Adama hingga ke laut.[nota 5]

Rangkaian kereta api ini bermula di Sebeta yang berada di luar Addis Ababa, di mana dua stesen kereta api baru dibina. Memasuki bandar Addis Ababa untuk memberi khidmat kepada stesen utama, laluan ini kemudiannya melalui pinggir Gunung Furi dengan lengkung lebar sebelum membelok ke timur. Di Bishoftu, ia merentasi Lebuh Raya Addis Ababa–Adama untuk pertama kalinya. Laluan ini seterusnya melalui tenggara di sepanjang lebuh raya sehingga sampai ke Adama, di mana ia membelok ke timur laut menuju Dire Dawa. Di Awash, terdapat persimpangan dengan kereta api Mek'ele–Awash yang masih dalam pembinaan. Selepas melepasi Dire Dawa, laluan kereta api ini menuju terus ke Djibouti. Merentasi sempadan di antara Dewele dan Ali Sabieh, ia tiba di terminal penumpang Djibouti di stesen kereta api Nagad, berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Djibouti–Ambouli. Perkhidmatan kereta api barangan bersambung ke Pelabuhan Doraleh dengan menggunakan kuasa diesel.

Stok kereta api[sunting | sunting sumber]

Stok kereta api dibina oleh Norinco menggunakan prasarana Metals and Engineering Corporation di Dire Dawa.[11][12]

Gerabak kereta api penumpang dibina mengikut reka bentuk China Railway model 25G, dihiasi dengan warna kebangsaan Habsyah. Terdapat empat jenis gerabak iaitu koc, katil lipat (couchette), gerabak tidur dan tempat makan.

Lokomotif[sunting | sunting sumber]

Jenis Kuantiti Pembuat Nota Sumber
Lokomotif elektrik HXD1C 35 CSR Zhuzhou [13]
Lokomotif diesel 3 CNR Dalian [14]

Catatan petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ekonomi Habsyah dan Djibouti bergantung kepada satu sama lain kira-kira 70 peratus untuk semua perdagangan melalui pelabuhan Djibouti yang datang dari jiran dikelilingi daratan. (Petikan asal: Ethiopia and Djibouti's economies are reliant on each other with about 70 percent of all trade through Djibouti's port coming from its land-locked neighbour.)[2]
  2. ^ Laluan ini, yang mana pembinaannya bermula beberapa bulan lalu, melalui secara selari dengan landasan Syarikat Kereta Api Empayar Habsyah yang telah dibina antara 1894 dan 1917. (Petikan asal: This line, whose building started several months ago, runs parallel to the abandoned Imperial Railway Company of Ethiopia track built between 1894 and 1917.)[3]
  3. ^ CCECC dan Perbadanan Kejuruteraan Kereta Api China (CREC) telah memenangi tender untuk membina seksyen sepanjang 656 kilometer. Syarikat itu telah mengusahakan pinjaman untuk Habsyah dari Bank EXIM China, Bank Pembangunan China dan Bank Perindustrian dan Komersial China (ICBC), kata Getchaw. (Petikan asal: CCECC and China Railway Engineering Corporation (CREC) have won tenders for other sections of the 656-kilometre build. Those companies have brokered loans for Ethiopia from China's EXIM Bank, Development Bank of China and the Industrial and Commercial Bank of China (ICBC), Getachew said.)[4]
  4. ^ Tetapi beliau berkata jika kereta api lama dihentikan operasinya, ia akan menjadi satu kehilangan besar buat Habsyah dan untuk Dire Dawa, pekan perniagaan di timur laut Habsyah di mana stesen kereta api utama dan bengkel berpusat. Stesen baru dijadualkan akan dibina di luar Dire Dawa, sebuah pekan terkenal kerana suasana Perancisnya. "Dire Dawa akan menderita," kata Josef, yang kini merupakan pengarah pusat kebudayaan Perancis di bandar. Stesen kereta api -- dikenali oleh orang tempatan sebagai "la gare" -- dan bengkel-bengkel masih berdiri, tidak digunakan untuk bertahun lamanya. (Petikan asal: But he said that if the old train ceases to operate, it will be a great loss for Ethiopia and for Dire Dawa, the commercial town in northeastern Ethiopia where the main train station and workshops were headquartered. The new station is slated to be built just outside Dire Dawa, a town renowned for its French atmosphere. "Dire Dawa will suffer," said Josef, who is now the director of the French cultural centre in the city. The train station -- known locally as "la gare" -- and the workshops still stand, unused for years.)[9]
  5. ^ Projek kereta api Sebeta/Addis Ababa-Mieso meliputi 329.15 km panjang. Seksyen Ababa-Adama merupakan landasan berganda dengan panjang 114.73 km manakala Adama-Mieso pula landasan tunggal meliputi 214.145 km panjang. (Petikan asal: The Sebeta/Addis Ababa-Mieso railway project covers a total length of 329.145 km. The Ababa-Adama section is a double track with 114.73 km length while the Adama-Mieso is a single track covering 214.145 km.)[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Meseret, Elias (2016-10-05). "Ethiopia's new coastal rail link runs through restive region". Associated Press.
  2. ^ Maasho, Aaron (17 Disember 2011). "Ethiopia signs Djibouti railway deal with China". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-24. Dicapai pada 2017-01-14.
  3. ^ Blas, Javier (27 November 2013). "Chinese investment triggers new era of east African rail building". ThHe Financial Times.
  4. ^ Maasho, Aaron (17 Disember 2011). "Ethiopia signs Djibouti railway deal with China". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-11-24. Dicapai pada 2017-01-14.
  5. ^ "Chinese-built railway helps propel Ethiopia's industrialization drive". 2 Oktober 2016.
  6. ^ "Ethiopia: Addis Ababa-Djibouti Railway to Start Trial Service". www.2merkato.com. 29 September 2016.
  7. ^ "Djibouti-Ethiopia Railway Officially Inaugurated". Awramba Times. 11 Januari 2017. Dicapai pada 2017-01-11.
  8. ^ "Ethiopia has a lot riding on its new, Chinese-built railroad to the sea". Washington Post. Dicapai pada 2016-10-04.
  9. ^ Vaughan, Jenny (10 Mac 2013). "China's Latest Ethiopian Railway Project Shows Their Growing Global Influence". Agence France Presse. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  10. ^ "China's CREC to complete section of Ethiopia's key railway project". China Daily USA. Xinhua. 19 Mei 2015.
  11. ^ "Ethiopia-Djibouti Railway Line to Start Early 2016". DP World Doraleh. Capital. 4 Oktober 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-31. Dicapai pada 2017-01-14.
  12. ^ "METEC begins assembling railway carriages". Ethiopian News Agency. 16 Februari 2016.
  13. ^ Molinari, Michele (3 Jun 2015). "Ethiopia turns big plans into reality". International Railway Journal. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-24.
  14. ^ "CNR Dalian locomotives exported to Ethiopia". Railway Gazette. 22 Mac 2014.