Kereta kabel Awashima Kaijō

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Kereta kabel Awashima Kaijō (淡島海上ロープウェイ) terletak di Numazu, Wilayah Shizuoka, Jepun. Ia dijalankan oleh Awashima Marine Park (あわしまマリンパーク) yang merupakan sebuah resort percutian, hotel dan akuarium. Ia menghubungkan Honshū dengan pulau Awashima, menyeberangi sebuah selat / laut kecil. Mula dibuka pada 1964, ia merupakan lif udara yang pertama dan satu-satunya merentasi laut di Jepun.

Kereta kabel ini mempunyai 3 kabel. Panjangnya 330 meter dengan kelajuan 2.6 meter sesaat, memberikan tempoh perjalanan hampir 3 minit. Ada 2 kabin, dan setiap kabin boleh memuatkan 46 orang.