Kereta kebal Type 80

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kereta kebal Type 80 Norinco (North Industries Corporation) China Type 80 merupakan kereta kebal utama yang dihasilkan oleh China.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal utama Type 69 merupakan pembangunan lanjut bagi kereta kebal utama Type 59, sementara Type 80 memiliki sejumlah ciri-ciri baru termasuk rangka badan yang baru sepenuhnya. Pemandu duduk di sebelah hadapan kiri denga amunisi sedia diguna di sebelah kanan, turet tiga orang terletak di tengah dengan komander dan jurumeriam di kiri dan pemuat di kanan. Pak kuasa terletak di belakang.

Meriam kereta kebal 105mm berpilin menembak amunisi NATO piwaian dan boleh didongak dari -4° hingga +18° di bawah kawalan kuasa penuh dengan turet berputar 360° penuh, kawalan insani disediakan bagi kegunaan kecermasan. Satu mesingan 7.62mm dipasang sepaksi dengan persenjataan utama dan mesingan 12.7mm dipasang pada turet bagi pertahanan anti-pesawat.

Sistem kawalan tembakan berkomputer dipasang dan ini termasuk penentu jarak laser bagi jurumeriam. Satu versi memiliki penentu jarak laser dipasang pada penglihatan jurumeriam sementara yang lain memiliki penentu jarak dipasang pada meriam 105mm dengan cara yang sama dengan sesetengah versi kereta kebal utama Norinco Type 69.

Bagi randukan dalam, snorkel boleh dipasang pada kenderaan dan system pengesan/perendam kebakaran merupakan piwaian. Sekiranya diperlukan, satu lapisan perisai komposit boleh dipasang pada kepingan glacis bagi meningkatkan keselamatan di medan tempur.

Variasi[sunting | sunting sumber]

Type 80-11 memiliki beberapa pengubahsuaian dan ditawarkan dengan pelbagai jenis system kawalan tembakan berkomputer. Type 85-11 dan Type 85-IIA memiliki rangka serupa dengan kereta kebal utama Type 80 tetapi dipasang dengan turet baru yang dipetri berbanding pembinaan besi tuang. Pilihan tambahan bagi perisai komposit yang boleh dipasang pada turet dan badan.

Status[sunting | sunting sumber]

Pengeluaran dipercayai tamat. Dalam perkhidmatan dengan China dan Myanmar.

Pengilang[sunting | sunting sumber]

Kilang Negara China.

Rujukan[sunting | sunting sumber]