Kereta kebal serdahana Mark A Whippet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kereta kebal Whippet)
Medium Mk A Whippet
Whippet Firefly dari Batalion F di Muzium Tentera di Brussel (warna asal)
JenisKereta kebal serdahana
Tempat asalUnited Kingdom United Kingdom
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1918-1930s
Sejarah pengeluaran
PerekaWilliam Tritton
PengeluarWilliam Foster & Co.
Dihasilkan1917-1918
Jumlah dibina200 menjelang 14 March 1919
Spesifikasi
Berat14 t
Panjang6.10 m (20 kaki)
Lebar2.62 m (8 kaki 7 inci)
Tinggi2.75 m (9 kaki)
Krew3

Armor14 mm
Senjata
pertama
4 × 0.303 inch Hotchkiss machine guns
Senjata
kedua
none
Enjin2× Tylor Twin 4 cylinder side-valve JB4 petrol engine
2x 45 hp (67 kW)[1]
Kuasa/berat6.4 hp/tonne
Transmisi4 kelajuan kehadapan dan 1 undur
Sistem ampaianunsprung
Kelajuan13.4 km/h (8.3 mph)[1]

Kereta kebal serdahana Mark A Whippet merupakan kereta kebal British semasa Perang Dunia Pertama. Ia bertujuan bagi melengkapkan kereta kebal Mark I dengan menggunakan bandingan ketangkasan dan kelajuannya bagi menggunakan sebarang bukaan pada barisan musuh.[2] Kemungkinannya yang paling berjaya dikalangan kereta kebal British semasa Perang Dunia Pertama, Whippet bertanggungjawab bagi lebih ramai korban Jerman berbanding sebarang kereta kebal British yang lain semasa perang.[3] Whippets kemudian mengambil bahagian dalam beberapa aksi Tentera British selepas perang, terutamanya di Ireland dan Utara Russia.[3]

Sejarah pembangunan dan pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Kereta kebal Whippet pertama kali dihasilkan pada tahun 1917. Pada 3 Oktober 1916 William Tritton, yang akan dianugerah Wira ("knighted") bagi pembangunan kereta kebal Mark I, mencadangkan Jabatan Bekalan Kereta kebal bahawa kereta kebal lebih pantas dan murah, dilengkapi dengan dua enjin seperti kereta kebal Flying Elephant, patut dibina bagi menggunakan bukaan yang dihasilkan oleh kereta kebal lebih berat tetapi lebih perlahan,[4] idea yang sehingga itu kebanyakannya dilupakan.[5] Ini diterima pada 10 November dan diluluskan oleh Pejabat Perang pada 25 November. Pada masa itu nama bagi projek itu adalah Tritton Chaser. Secara tradisi nama Whippet diberikan pada Sir William sendiri.[6] Pembinaan sebenar bermula pada 21 Disember. Prototaip pertama, dengan turet berputar diambil dari kereta berperisai Austin — yang pertama bagi reka bentuk kereta kebal British, kerana turet asal Little Willie belum lagi berputar — disiapkan pada 3 Februari 1917 dan menyertai (kemungkinannya tanpanya) dalam "hari ujian kereta kebal" terkenal di Oldbury pada 3 March. Pada hari berikutnya, dalam perjumpaan dengan pihak Perancis bagi menyelaras pengeluaran kereta kebal Berikat, Ketua Pemerintah ("Commander-in-Chief") pasukan British Field Marshal Haig memerintah pengeluaran dua ratus kenderaan, yang pertama siap pada 31 Julai. Sungguhpun dia bertindak melampaui bidang kuasanya, seperti selalu,[7] keputusannya disahkan pada Jun 1917. Kereta kebal keluaran pertama meninggalkan kilang pada Oktober dan dua dihantar kepada unit pertama yang menggunakannya, Batalion F Kor Kereta kebal[8] (kemudiannya batalion ke-6), pada 14 Disember 1917. Pada Disember 1917 tempahan ditingkatkan dari 200 kepada 385 tetapi ini kemudiannya dibatalkan dan digantikan dengan reka bentuk lebih maju.[9]

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Kenderaan tempur berperisai ini bertujuan bagi serangan bergerak pantas. Sungguhpun reka bentuk trek kelihatan lebih moden berbanding kereta kebal British Mark I hingga V, ia adalah hasilan langsung dari Little Willie, prototaip pertama kereta kebal dan tanpa spring. Ruang krew merupakan turet empat segi pada bahagian belakang kenderaan, dan dua enjin jenis yang digunakan pada bas dua tingkat masa itu pada ruang hadapan, memancu satu terk setiap satu.


Kenderaan terselamat[sunting | sunting sumber]

Lima Whippets terselamat:

  • A259 Caesar II, Muzium Kereta kebal Bovington. Ini merupakan kereta kebal dari mana Cecil Harold Sewell memenangi Victoria Cross.
  • A347 Firefly, Muzium Diraja Tentera, Brussel. Kereta kebal ini, sebahagian dari Kompeni-B, masih dalam warna dan tanda asal. Ia masih membawa kerosakan pertempuran yang dialaminya pada 17 Ogos 1918.
  • A231. Muzium Ketenteraan Pengkalan Borden, Ontario, Kanada
  • Muzium Ordnance Tentera Amerika Syarikat (nombor census tidak diketahui).
  • Kolej Tentera, Pretoria, Afrika Selatan. Kereta kebal ini pada asalnya dihantar ke Afrika Selatan bagi menumpaskan kekacauan buruh.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b First World War — The Tank: New Developments - Willmott, H.P., Dorling Kindersley, 2003, Page 222
  2. ^ Trewhitt, Philip (1999). Armoured Fighting Vehicles. Dempsey Parr. ISBN 1-84084-328-4. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ a b Jackson, Robert (2007). Tanks and Armored Fighting Vehicles. Parragon Publishing. ISBN 978-1-40548664-4., p. 22.
  4. ^ Chris Ellis and Peter Chamberlain (1972). Medium Tanks Marks A to D. Profile Publications Ltd, Great Bookham, p. 2
  5. ^ Chris Ellis and Peter Chamberlain (1972). Medium Tanks Marks A to D. Profile Publications Ltd, Great Bookham, p. 1
  6. ^ Chris Ellis and Peter Chamberlain (1972). Medium Tanks Marks A to D. Profile Publications Ltd, Great Bookham, p. 3
  7. ^ Chris Ellis and Peter Chamberlain (1972). Medium Tanks Marks A to D. Profile Publications Ltd, Great Bookham, p. 4
  8. ^ as such these tanks received names starting with "F"
  9. ^ Chris Ellis and Peter Chamberlain (1972). Medium Tanks Marks A to D. Profile Publications Ltd, Great Bookham, p. 5

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Jackson, Robert (2007). Tanks and Armored Fighting Vehicles. Parragon Publishing. ISBN 978-1-40548664-4.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:WWIAFVs