Kereta unta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta unta

Kereta unta ialah kenderaan dua roda yang ditarik oleh unta. Kereta unta boleh ditemui di tengah benua kecil India terutama di Agra dan Delhi. Kereta unta ini menggunakan jalan raya biasa dan biasanya mengurangkan kelajuan kenderaan bermotor yang lain.

Para petani menggunakan kereta unta untuk mengangkut gandum atau padi ke kilang atau gudang berdekatan. Bayaran dan sewaan lebih murah kerana tidak memerlukan minyak. Unta adalah sejenis binatang yang tahan lasak dan kurang memerlukan air dan makanan.