Keris Hitam Bersepuh Emas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Keris Hitam Bersepuh Emas ialah siri drama pendekar yang ditayangkan pada dekad 1990-an sehingga bulan Ogos 2002, dan ditaja oleh jenama rokok Perilly's.

Siri drama pendekar ini juga memaparkan kemewahan rokok Perilly's, dengan tajuknya, Keris Hitam Bersepuh Emas, adalah menuruti warna rokok Perilly's. Selepas 12 tahun bersiaran, drama ini sudah dihentikan siarannya, seiring dengan pengharaman rancangan-rancangan tajaan syarikat rokok oleh kerajaan Malaysia.