Kerjaya ketenteraan Adolf Hitler

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Adolf Hitler
Adolf Hitler dalam Perang Dunia Pertama.
Kesetiaan Empayar Jerman
Perkhidmatan Reichsheer
Tahun perkhidmatan1914–1918
PangkatGefreiter (Lans Koperal)
UnitRejimen Ke-16 Simpanan Bavaria
PertempuranPerang Dunia I
Anugerah
Hitler memakai uniform tenteranya sewaktu perang pada 4 Jun 1942, pada harijadi Baron Mannerheim

Kerjaya tentera Adolf Hitler boleh dibahagikan kepada dua bahagian yang berbeza dalam kehidupan Adolf Hitler. Sebahagian besarnya, tempoh semasa Perang Dunia I apabila Hitler bertugas sebagai Gefreiter (Lans Koperal) dalam Tentera Darat Bavaria, dan era Perang Dunia II apabila Hitler berkhidmat sebagai Pemerintah Tertinggi Wehrmacht (Angkatan Tentera Jerman) menerusi kedudukannya sebagai Führer Jerman Nazi.

Perang Dunia I[sunting | sunting sumber]

Hitler menerima bahagian terakhir harta pusaka bapanya pada Mei 1913 dan berpindah ke Munich dimana beliau memperolehi wang dari melukis pemandangan seni bina. Beliau mungkin meninggalkan Vienna untuk mengelak pengerahan kedalam Tentera Darat Austria.[1] Hitler kemudian mendakwa beliau tidak mahu berkhidmat dengan Empayar Habsburg kerana "campuran kaum" didalam tentera daratnya. Polis Bavaria menghantarnya pulang ke Salzburg untuk pelantikkan kedalam Tentera Darat Austria tetapi beliau gagal pemeriksaan fizikal pada 5 Februari 1914 dan kembali ke Munich.[1]

Beliau berusia 25 tahun pada Ogos 1914, apabila Austria-Hungary dan Empayar Jerman memasuki Perang Dunia Pertama. Disebabkan warga Austria, beliau telah memohon kebenaran untuk berkhidmat didalam Tentera Darat Bavaria. Kebenaran telah diterima.[2] Hitler hampir tersilap di daftarkan masuk tentera bagi pihak kerajaan. Ini berdasarkan laporan oleh pihak berkuasa Bavaria pada tahun 1924 yang mempersoalkan bagaimana Hitler telah dibenarkan untuk berkhidmat dalam Tentera Darat Bavaria. Mereka tidak dapat menjelaskan mengapa beliau tidak dihantar pulang ke Austria pada tahun 1914 selepas beliau gagal pemeriksaan fizikal untuk Tentera Darat Austria dan membuat kesimpulan bahawa kewarganegaraan Hitler memang tidak dibangkitkan, dengan itu beliau dibenarkan untuk memasuki Tentera Darat Bavaria.[3] Didalam tentera, Hitler berterusan meluahkan idea-idea nasionalis Jerman yang beliau kembangkan sejak kecil.[4]

Semasa peperangan, Hitler bertugas di Perancis dan Belgium didalam Rejimen Ke-16 Simpanan Bavaria. Beliau merupakan askar infantri dalam Kompeni Pertama semasa Pertempuran Ypres Pertama (Oktober 1914), yang diingati di Jerman sebagai Kindermord bei Ypern (Pembunuhan Orang Tidak Bersalah) kerana lebih kurang 40,000 anggota (antara satu pertiga setengah) dari sembilan divisyen infantri yang baru didaftarkan telah terkorban dalam masa 20 hari. Rejimen Hitler memasuki pertempuran dengan 3,600 anggota dan akhirnya tinggal 611 orang sahaja.[5] Komander rejimen turut terkorban dan selepas itu mereka dikenali sebagai Rejimen List sempena menghormatinya. Menjelang Disember kompeni Hitler sendiri yang berjumlah 250 orang telah berkurangan kepada 42 orang. Penulis biografi John Keegan mendakwa bahawa pengalaman ini memaksa Hitler lebih suka menyendiri dan ditarik balik untuk tempoh akhir perang.[6] Selepas pertempuran itu Hitler telah dinaikkan pangkat dari Schütze (Prebet) ke Gefreiter (Lans Koperal) dan ditugaskan sebagai penghantar pesanan rejimen.

Fail:Hitler with other German soldiers.jpg
Hitler muda (hujung kiri di barisan bawah) bergambar dengan askar Jerman yang lain dan anjing mereka Fuchsl.
Hitler duduk dihujung kanan bersama askar-askar rejimen "List" dan Fuchsl.

Ada orang beranggapan tugasan itu adalah "kerja yang agak selamat", kerana markas rejimen sering berada beberapa batu dibelakang Barisan Depan.[7] Menurut Thomas Weber dari Universiti Aberdeen, para sejarawan lebih awal dalam waktu tersebut tidak dapat membezakan antara utusan rejimen, yang berpangkalan jauh dari depan "dalam kehidupan selesa", dan utusan kompeni, atau batalion, yang bergerak ditengah-tengah parit perlindungan dan lebih kerap ditembak.[7]

Hampir tidak menghairankan bagi mereka yang tinggal dalam parit perlindungan dicemburui orang-orang dibelakang. Tetapi kehidupan selesa dan keselamatan dialihkan daripada mengakui satu langkah penting dalam kebangkitan Hitler memerintah angkatan tentera Jerman.[perlu rujukan] Markas rejimen menjadi bilik darjah yang mana beliau mendapat pendidikan tentera sambil bertugas. Selama hampir empat tahun beliau dibenarkan membaca arahan masuk, perintah-perintah dan arahan keluar. Beliau belajar sejarah ketenteraan dan teori serta membincangkan idea-ideanya dengan para pegawai. Beliau mengkaji keupayaan senjata Jerman dan Pihak Bersekutu secara terperinci, mempelajari halaju laras meriam dan jarak tiub artileri dan mesingan, serta kuasa kuda dan kapasiti mengangkut trak baru dan otomobil.[perlu rujukan] Selepas Rejimen List diserang oleh kereta kebal British berhampiran Ypres pada 31 Julai 1917[8] beliau juga mengkaji mereka. Tugas-tugas utusan berubah kerana tentera ketumbukan di Barisan Barat berkedudukan bertahan. Beberapa pesanan dihantar melalui jalan kaki atau basikal dan lebih-lebih lagi melalui telefon. Namun, apabila litar mengalami kerosakan dua utusan telah dihantar untuk membaiki kerosakan itu; ini kebiasaannya berlaku semasa pengeboman.[perlu rujukan] Kumpulan rakan-rakan rapat tentera beliau yang di tunjukkan dalam gambar juga berada di markas. Mereka mentertawakan "Adi" kerana geli gelaman dengan cerita-cerita kotornya dan menukar catuan jem mereka dengan tembakaunya.[a]

Pada awal tahun 1915, beliau membela seekor anjing sesat yang dinamakan Fuchsl (rubah kecil), yang telah diajar banyak teknik kepandaian dan menjadi teman kesayangannya. Hitler menggambarkannya sebagai seekor "anjing sarkis yang sesuai". Pada Ogos 1917, Rejimen List telah dipindahkan ke sektor yang sunyi di Alsace. Semasa dalam perjalanan, kedua-dua Fuchsl dan lakaran portfolio Hitler serta lukisannya telah dicuri.[10] Hitler telah kecewa dengan kehilangan ini, tetapi mengambil cuti pertamanya dengan melawat Berlin selama 18 hari dimana beliau tinggal bersama keluarga kawannya.[11]

Rejimen List berjuang dalam banyak pertempuran, termasuklah Pertempuran Ypres Pertama, Pertempuran Somme, Pertempuran Arras, dan Pertempuran Passchendaele.[12] Semasa Pertempuran Fromelles pada 19–20 Julai 1916 pasukan Bavaria ini telah diserang oleh askar Australia yang melancarkan serangan pertama mereka di Perancis. Serangan mereka telah ditangkis, mengalami kerugian kedua tertinggi di Barisan Barat, kira-kira 7,000 anggota.[13] Sejarah Rejimen List memuji pertahanan cemerlang ini sebagai "penjelmaan Tentera Darat Jerman di Barisan Barat".[14]

Pada Perbicaraan Nuremberg, dua daripada bekas orang atasannya memberi keterangan bahawa Hitler enggan dipertimbangkan untuk kenaikkan pangkat.[15] Hitler telah dikurniakan sebanyak dua kali pingat keberanian. Beliau menerima pingat biasa Iron Cross, Kelas Dua, pada tahun 1914 dan Iron Cross, Kelas Pertama, pada tahun 1918, iaitu satu penghormatan yang jarang-jarang diberikan kepada seorang Gefreiter.[16] Iron Cross Kelas Pertama Hitler telah disyorkan oleh Hugo Gutmann, seorang ajutan List berbangsa Yahudi.[17] Menurut Weber anugerah yang jarang-jarang ini biasanya dikurniakan kepada mereka yang ditugaskan ke markas rejimen, seperti Hitler, yang mempunyai banyak hubungan dengan para pegawai kanan daripada askar medan.[7] Iron Cross Hitler, Kelas Pertama telah dikurniakan selepas satu peperangan terbuka semasa utusan-utusan amat diperlukan dan pada hari yang sama rejimen kerugian 60 orang terkorban dan 211 orang tercedera.[18]

Sekeping poskad yang dihantar oleh Hitler dari Munich pada 19 Disember 1916, dimana beliau menjelaskan penglibatannya dalam pertempuran Perang Dunia Pertama secara sukarela.

Semasa Pertempuran Somme pada Oktober 1916,beliau telah cedera di peha kiri apabila sebutir peluru meriam meletup di pintu masuk ke kubu perlindungan penghantar utusan.[19] Beliau merayu tidak dipindahkan,[20] tetapi telah dihantar selama hampir dua bulan ke hospital Palang Merah di Beelitz. Selepas itu, beliau telah diarahkan ke sebuah depot di Munich. Beliau menulis surat kepada pegawai memerintahnya, Hauptmann Fritz Wiedemann, meminta agar beliau dipanggil semula ke rejimen kerana beliau tidak dapat bertahan di Munich apabila beliau tahu rakan-rakannya berada di Garisan Depan.[21] Wiedemann mengatur untuk membawanya kembali ke rejimen pada 5 Mac 1917.[11]

Pada 15 Oktober 1918, beliau dan beberapa rakan telah buta sementara —dan mengikut Friedelind Wagner[22] Hitler juga kehilangan suara— disebabkan serangan gas mustard British. Selepas rawatan awal, Hitler telah dimasukkan ke hospital Pasewalk.[23] Ketika disana pada 10 November, Hitler mengetahui kekalahan Jerman daripada seorang paderi, dan—oleh ceritanya sendiri—semasa menerima berita ini beliau mengalami serangan buta kali kedua.[24] Hitler telah berasa marah dengan Persetiaan Versailles, yang memaksa Jerman menyatakan bahawa merekalah yang memulakan perang, melucutkan beberapa wilayah Jerman, mengosongkan tentera di Rhineland yang telah diduduki oleh pihak Bersekutu, dan mengenakan sekatan ekonomi. Hitler kemudian menulis, "Sewaktu saya terlantar di atas katil, idea muncul untuk saya membebaskan Jerman, dan akan menjadikannya hebat. Dengan pantas saya tahu ia akan direalisasikan."[25] Bagaimanapun ia tidak dapat dilakukan kerana pada masa itu beliau tidak terlibat dalam kerjaya politik.[26]

Hitler mahu kekal dalam tentera selepas perang, tetapi ini adalah mustahil dengan pengecilan angkatan tentera. Beliau kembali ke Munich untuk pemberhentian dari khidmat kerahan.[27] Pada Julai 1919 beliau telah dilantik sebagai Verbindungsmann (ejen perisikan) sebuah Aufklärungskommando (pasukan rekonaisans) Reichswehr, bagi mempengaruhi askar yang lain dan bagi meresapi Parti Buruh Jerman (DAP). Sewaktu memantau aktiviti-aktiviti DAP, Hitler tertarik dengan pengasas Anton Drexler yang antisemitik, nasionalis, anti kapitalis, dan anti idea-idea Marxis.[28] Tertarik dengan kemahiran berpidato Hitler, Drexler menjemput beliau menyertai DAP, yang mana Hitler lakukan pada 12 September 1919.[29]

Kerjaya separa tentera[sunting | sunting sumber]

Hitler memakai pakaian seragam warna perang Führer und Reichskanzler, iaitu gelaran yang beliau sandang dengan menggabungkan jawatan Canselor dan Presiden.

Selepas Hitler menjadi pemimpin Parti Nazi, beliau mula memperolehi gelaran dari separa tentera dan menggunakan pakaian seragam separa tentera Parti Nazi untuk melambangkan posisinya. Gelaran utama Hitler didalam Parti Nazi adalah ringkas iaitu Führer (pemimpin) dan tidak terdapat sebarang pakaian khas yang direka untuk posisi Hitler, walaupun satu pin pangkat disemat pada lapel jaket awam (digunakan oleh Hitler sehingga tahun 1934) dikenali sebagai "Eagle of Sovereignty Pin".[30] Hitler tidak lagi menggunakan pin ini selepas Malam Pisau Panjang disebabkan oleh penggunaan meluas Golden Party Badge dan kesukaan Hitler dengan pingat ini. Pakaian seragam warna perang Parti Nazi yang paling kerap dikaitkan dengan Hitler ialah baju separa tentera SA dan melambangkan posisi Hitler sebagai Oberster SA-Führer. Pada akhir tahun 1920an, Hitler kadangkala memakai pakaian seragam hitam, tetapi ini sewaktu Hitler sedang mencontohi Benito Mussolini. Kekaguman Hitler terhadap diktator Itali itu kemudian berkurangan setelah Jerman menjadi lebih kuat daripada sekutu Italinya dan Mussolini, pada akhirnya, dipandang rendah oleh Hitler sebagai diktator boneka dibawah kawalan Jerman.

Hitler merupakan, selaku Führer, pemerintah tertinggi setiap pertubuhan separa tentera Nazi tetapi Hitler tidak pernah menggunakan pangkat tambahan didalam organisasi-organisasi ini mahupun pakaian khas untuk melambangkan posisinya (sebagai contoh, tidak terdapat pakaian khas atau insignia SS untuk Hitler, walaupun beliau dianggap anggota SS nombor 1 dan mengatasi Heinrich Himmler). Hitler juga secara teknikal layak untuk semua pingat politik Nazi, tetapi secara praktiknya beliau hanya memakai Iron Cross Perang Dunia I, Lencana Emas Parti Nazi, dan Lencana Cedera warna Hitam. Semasa perhimpunan Nazi di Nuremberg pada awal tahun 1930an, Hitler memakai sementara lencana Nuremberg Party Day Badge tahun 1929, tetapi dihentikan selepas tahun 1935.

Persenjataan semula[sunting | sunting sumber]

Enam hari selepas mengangkat sumpah sebagai Canselor pada tahun 1933, Hitler bertemu dengan para pemimpin tentera Jerman, mengumumkan bahawa keutamaan pertamanya ialah persenjataan semula.[31]Menteri Pertahanan yang baru Jeneral Werner von Blomberg memperkenalkan prinsip-prinsip Nazi kedalam angkatan tentera, menekankan konsep Volksgemeinschaft (komuniti nasional), yang mana rakyat Jerman disatukan dalam masyarakat tanpa apa-apa darjat.[32] "Pakaian seragam membuat semua lelaki sama."[33] Pangkat tentera menetapkan satu rantaian pemerintah, bukannya sempadan darjat. Para pegawai telah diarahkan bergaul dengan lain-lain pangkat. Dekri Blomberg terhadap tentera dan Sosialisme Nasional pada 25 Mei 1934 menyatakan: "Apabila pegawai tanpa tauliah dan anggota mengambil bahagian dalam mana-mana perayaan, penjagaan mesti diambil agar para pegawai tidak semua duduk bersama. Saya memohon agar panduan ini diberi perhatian yang sangat serius."[34] Perkembangan pesat angkatan tentera telah memasukkan ramai pegawai baru dan anggota daripada Belia Hitler. William L. Shirer melaporkan bahawa semua pangkat memakan catuan yang sama, bergaul semasa tidak bertugas, dan para pegawai mengambil berat masalah peribadi anggota-anggotanya.[35]

Pada 1 Ogos 1934 satu undang-undang baru menyatakan pada hari kematian Hindenburg jawatan presiden akan dimansuhkan, dan kuasanya digabungkan dengan kuasa canselor. Bermula dari hari itu, Hitler akan dikenali sebagai Führer dan Canselor Reich. Selaku ketua negara, Hitler menjadi pemerintah tertinggi seluruh angkatan tentera.[36] Pada keesokkan harinya Hindenburg meninggal dunia. (Jawatan baru telah disahkan oleh satu pungutan suara pada 19 Ogos 1934.) Blomberg atas inisiatif sendiri memperkenalkan Sumpah 2 Ogos 1934: "Saya bersumpah dengan nama Tuhan bahawa sumpah suci ini akan menjadikan saya taat setia tanpa syarat kepada Führer Reich Jerman dan rakyat, Adolf Hitler, iaitu Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera, dan, selaku perajurit yang berani, akan bersedia sepanjang masa untuk menggadaikan nyawaku demi sumpah ini." (Pada tahun 1939, perkataan Tuhan telah digugurkan dari sumpah ini.[37]) Reichswehr telah disusun semula sebagai Wehrmacht pada 21 Mei 1935, menyatukan tentera darat, tentera laut dan tentera udara dibawah pemerintahan bersepadu.

Hitler memimpin langkah-langkah persenjataan semula mereka, berterima kasih pada memorinya yang kuat, dan berminat dalam soal-soal teknikal. Jeneral Alfred Jodl menulis tentang Hitler "bayangan teknikal dan taktikal yang mengagumkan telah menyebabkan beliau juga menjadi pencipta senjata moden untuk tentera."[38] Beliau mengecam hujah-hujah tempatan dengan membaca petikan ayat yang panjang dari Frederick Agong dan pemikir tentera yang lain. "Walaupun para jeneral ada masa-masanya merujuk Hitler sebagai seorang 'amatur murahan', beliau setakat ini memahami sejarah ketenteraan dan pergerakan teknologi senjata, beliau lebih berpendidikan dan berpengetahuan daripada kebanyakan mereka."[39] Pada 4 Februari 1938, selepas Peristiwa Blomberg–Fritsch dan persaraan mereka, Hitler mengisytiharkan satu dekri: "Mulai dari sekarang saya sendiri mengambil alih serta-merta pemerintahan seluruh angkatan tentera."[40] Beliau membubarkan Kementerian Perang dan mengambil alih jawatan Blomberg yang lain, sebagai Panglima Angkatan Tentera. Menjelang hujung tahun tersebut, pihak tentera darat mempunyai lebih 1 juta anggota dan 25,000 orang pegawai.

Perang Dunia II[sunting | sunting sumber]

Apabila Perang Dunia II bermula, Hitler melantik diri sendiri dengan gelaran unik "Perajurit Pertama Reich Jerman" (Erster Soldat des Deutschen Reiches) dan mula memakai jaket tentera berwarna kelabu dengan helang swastika dijahit atas lengan baju kirinya (bertentangan dengan gambaran salah zaman dalam filem dan budaya pop, Hitler tidak memakai pakaian seragam warna perang Parti Nazi pada sebarang masa ketika Perang Dunia II). Sepanjang peperangan, satu-satunya pingat kebesaran tentera yang Hitler tunjukkan ialah Lencana Cedera dan Iron Crossnya daripada Perang Dunia I dan Lencana Emas Parti Nazi. Posisi Hitler dalam Perang Dunia II pada dasarnya adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Jerman (Oberster Befehlshaber der Deutschen Wehrmacht).

Selepas mengarah persiapan untuk menyerang Poland beliau meneliti semua perintah arahan pasukan staf siapkan untuk tiga hari pertama operasi sehingga ke peringkat rejimen. Beliau mengolah semula rancangan untuk menawan sebuah jambatan penting, menjadikan mereka lebih berani.[41] Statusnya dengan pihak tentera bertambah buruk apabila mereka menjajah Norway dan menakluk Barat Eropah, dengan teras utama datang melalui Ardennes, yang beliau telah laksanakan walaupun diragui ramai penasihat profesional.[42]

Pada 19 Disember 1941, Hitler melantik dirinya Panglima Tentera Darat Jerman (Heer), dengan itu mengambil jawatan langsung operasi yang biasanya disandang oleh seorang Jeneral penuh Jerman. Terlalu yakin dengan kepakaran tentera sendiri berikutan kemenangan-kemenangan awal pada tahun 1940, Hitler menjadi curiga terhadap Markas Besar Tentera Daratnya dan mula mencampuri urusan tentera dan perancangan taktikal dengan kesan-kesan yang merosakkan.[43] Menjelang akhir tahun 1942, beliau mula membuat keputusan yang membawa bencana.[43] Sejarawan yang menulis diari perang Wehrmacht menyimpulkan kesimpulan bahawa, "... didalam dirinya ketegangan antara wawasan rasional dan angan-angan emosional tidak pernah diselesaikan", dan kerana itu beliau merupakan salah seorang "simplifier dahsyat yang berfikir untuk mengurangkan kerumitan hidup kepada dogma (kepercayaan yang tidak boleh dibantah) yang telah mereka hasilkan."[44] Di hujung peperangan pada 22 April 1945, Hitler memberitahu Fil Marsyal Wilhelm Keitel dan Kolonel Jeneral Jodl bahawa beliau tidak ada arahan selanjutnya untuk diberi.[45]

Anugerah dan pingat kebesaran Adolf Hitler[sunting | sunting sumber]

Fail:AHWWII.jpg
Tunik seragam kelabu Adolf Hitler, dipakai semasa Perang Dunia Kedua. Pingat Iron Cross, Lencana Cedera, dan Lencana Emas Parti adalah satu-satunya anugerah yang Hitler selalu pakai.

Pingat-pingat dari Perang Dunia I

  • Iron Cross, Kelas Kedua - 12 Februari 1915
  • Bavarian Cross of Military Merit, Kelas Ketiga berserta Pedang - 17 September 1917
  • Diploma Rejimen (Rejimen "List") - 5 Mei 1918
  • Lencana Cedera warna Hitam - 18 Mei 1918
  • Iron Cross, Kelas Pertama - 4 Ogos 1918
  • Bavarian Medal of Military Service, Kelas Ketiga - 25 Ogos 1918
  • Cross of Honor berserta Pedang - 13 Julai 1934 (dikurniakan secara retroaktif kepada semua veteran Perang Dunia I)

Selepas berakhirnya perang, satu-satunya pingat yang Hitler selalu pakai ialah Lencana Cedera dan Iron Cross Kelas Pertama.

Lencana Politik Parti Nazi

Lencana parti yang disenaraikan dibawah adalah yang diterima oleh Hitler dan kadangkala dipakai pada beberapa pakaian seragam partinya. Pada tahun 1936 susunan keutamaan telah ditetapkan,[46] tetapi menjelang tahun 1938 Lencana Emas Parti adalah satu-satunya beliau pakai secara tetap.

Eagle of Sovereignty Pin adalah pin lapel awam yang melambangkan pangkat Hitler sebagai Führer; Hitler dilihat memakai pin lapel ini untuk majlis-majlis sosial antara tahun 1933 dan 1935.

Anugerah Politik dikurniakan tetapi tidak dipakai

Hitler secara teknikal berhak memakai beberapa pingat kebesaran tambahan politik Parti Nazi dan mempunyai hak untuk memakai anugerah-anugerah tersebut pada pakaian seragamnya. Pingat-pingat yang disenaraikan dibawah secara teknikal dikurniakan kepada Hitler, tetapi tidak pernah ditunjukkan pada pakaian seragamnya.

Pingat kebesaran awam Jerman Nazi

Hitler tidak pernah memakai mana-mana pingat kebesaran awam Jerman, dan kebanyakannya tidak layak. Secara teknikal, Hitler telah dikurniakan German Olympic Decoration kerana berkhidmat sebagai tuan rumah pada Olimpik 1936, tetapi beliau tidak pernah pakai atau mengakui telah menerima anugerah ini.

Pingat kebesaran tentera Perang Dunia II

Pendirian Hitler terhadap pingat kebesaran Perang Dunia Kedua ialah kepimpinan Nazi adalah "sumber pengetahuan" dari mana anugerah itu telah diberikan. Orang atasan Nazi tidak perlu mengurniakan pingat dan anugerah tertinggi pada diri sendiri, tetapi sebaliknya perlu menyimpan pingat-pingat tersebut untuk gerakan generasi muda. Ini adalah persoalan antara Hitler dan Hermann Göring, yang cuba semasa Perang untuk mengumpulkan setiap pingat kebesaran tentera, awam, dan politik Jerman untuk dipakai pada pakaian seragam Luftwaffe. Keinginan Reichsmarschall Göring untuk mengumpul pingat mencapai klimaksnya pada tahun 1944, apabila Hitler menafikan beliau pingat Knight Cross of the War Merit Cross, yang mana Göring telah cuba mendapatkan untuk dirinya sebagai satu ganjaran bagi pelbagai perkhidmatan kerajaan dan tentera.

Hitler sendiri tidak pernah menerima pingat tentera tahap tertinggi Perang Dunia II, seperti Iron Cross 1939, Knight Cross of the Iron Cross, German Cross, atau War Merit Cross. Namun, dengan pelantikkan beliau sebagai Pemerintah Tertinggi Wehrmacht dan Panglima Tentera Darat, Hitler secara automatik layak untuk menerima pingat khidmat tentera, walaupun beliau tidak memakai anugerah tersebut atau mengakui haknya untuk dipakai.

Keseluruhannya, berikut adalah pingat tentera Perang Dunia II Hitler secara automatik yang dikurniakan secara default:

Hitler tidak layak menerima Eastern Front Medal kerana, walaupun beliau yang merancang kempen tersebut, beliau tidak menghabiskan masa yang cukup di garisan depan untuk mendapatkannya. Oleh kerana Plot 20 Julai, Hitler secara automatik layak untuk Lencana Cedera 20 Julai 1944 walaupun beliau tidak pernah memakai medal ini, sebaliknya memilih untuk memakai Lencana Cedera warna Hitamnya yang bertarikh dari Perang Dunia Pertama.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Two of them joined him in 1940 after the victory over France and the Low Countries for a nostalgic tour of their old haunts in Flanders.[9]
  2. ^ Hitler was automatically entitled to the highest degree of every Nazi Party Gau (District) Badge. Some Gauleiters ordered "special degrees" of Gau Badges, specifically for Hitler, some of which were gold encrusted with diamonds. Hitler was formally presented many of these badges, but wore none of them (in all, there were eleven Gau badges to which Hitler was entitled).
  3. ^ Some reports indicate that Hitler did indeed wear this pin at various Hitler Youth functions.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Shirer 1960, m/s. 27.
  2. ^ Weber 2010, m/s. 16.
  3. ^ Kershaw 2001, m/s. 90, 99.
  4. ^ Evans 2003, m/s. 163–164.
  5. ^ Solleder, 1932
  6. ^ Keegan 1987, m/s. 239.
  7. ^ a b c "Adolf Hitler a war hero? Anything but, said first world war comrades: Unpublished letters and diaries from List regiment soldiers portray Hitler as a loner, an object of ridicule and 'a rear area pig'", The Guardian, 16 August 2010
  8. ^ Meyer, A/ (1934) Mit Adolf Hitler im Bayr. R.I.R. 16 List, Neustat-Aisch:Georg Apperle
  9. ^ Kershaw 2000, m/s. 299.
  10. ^ Joachimsthaler, A. (1989) Korrektur einer Biographie. Adolf Hitler 1908-1920_,München:Herbig, pp. 141-144
  11. ^ a b Kershaw 2008, m/s. 58.
  12. ^ Shirer 1960, m/s. 30.
  13. ^ Weber, 2010, p. 156
  14. ^ Solleder, 1932, p. 114
  15. ^ Kershaw 91
  16. ^ Bullock 1962, m/s. 52–53.
  17. ^ Kershaw 2008, m/s. 59.
  18. ^ Meyer, A. (1934) Mit Adolf Hitler im Bayr. R.I.R. 16 List, Neustat-Aisch: Georg Apperle
  19. ^ Kershaw 2008, m/s. 57.
  20. ^ weidmann 29
  21. ^ Langer 1972, m/s. 135-136.
  22. ^ Langer 1972, m/s. 136.
  23. ^ Kershaw 2008, m/s. 59–60.
  24. ^ Kershaw 2008, m/s. 60, 62.
  25. ^ Langer 1972, m/s. 37.
  26. ^ Kershaw 2008, m/s. 64.
  27. ^ Kershaw 2008, m/s. 64–66.
  28. ^ Kershaw 2008, m/s. 82.
  29. ^ Stackelberg 2007, m/s. 9.
  30. ^ Speer 1970.
  31. ^ Kershaw 1998, m/s. 441.
  32. ^ Messerschmidt, M. (1969). Die Wehrmacht im NS-staat. Zeit der indoctrination, Hamburg:Decker's Verlag, pp. 18-47
  33. ^ Schoenbaum, D.(1967). Hitler's social revolution. Class and Status in Nazi Germany 1933-1939, London, Weidenfeld and Nicolson, p. 68
  34. ^ O'Neill, R. J. (1966). The German Army and the Nazi Party, 1933-1939, London: Cassell, p. 65
  35. ^ Shirer, W.S. (1941). Berlin Diary, London: Hamish Hamilton, p. 346
  36. ^ Strawson, 1971, p. 43
  37. ^ Rosinski, H. (1939). The German Army, London: Hogarth Press, p. 237
  38. ^ Schramm, P. E. (1972). Hitler. The Man and the Military Leader, London: Allen Lane, The Penquin Press, p. 104
  39. ^ Strawson, 1971, p. 51
  40. ^ Strawson, 1971, p. 66
  41. ^ Strawson, 1971, p. 92
  42. ^ Schramm, 1972, p. 148
  43. ^ a b Kershaw 2001, m/s. 417.
  44. ^ Schramm, 1972, p. 161 and p. 94
  45. ^ Strawson, 1971, p. 226
  46. ^ Nuremberg Party Day Badge of 1929

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Bullock, Alan (1962) [1952]. Hitler: A Study in Tyranny. London: Penguin Books. ISBN 978-0-14-013564-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Evans, Richard J. (2003). The Coming of the Third Reich. Penguin Group. ISBN 978-0-14-303469-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Keegan, John (1987). The Mask of Command: A Study of Generalship. London: Pimlico. ISBN 978-0-7126-6526-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kershaw, Ian (1999) [1998]. Hitler: 1889–1936: Hubris. New York: W. W. Norton & Company. ISBN 978-0-393-04671-7.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kershaw, Ian (2001). Hitler 1889-1936: Hubris. Penguin Books Limited. ISBN 978-0-14-192579-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Kershaw, Ian (2008). Hitler: A Biography. New York: W. W. Norton & Company. ISBN 978-0-393-06757-6.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Langer, Walter C. (1972) [1943]. The Mind of Adolf Hitler: The Secret Wartime Report. New York: Basic Books. ISBN 978-0-465-04620-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Shirer, William L. (1960). The Rise and Fall of the Third Reich. New York: Simon & Schuster. ISBN 978-0-671-62420-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Speer, Albert (1970). Inside the Third Reich. New York: Macmillan. ISBN 0-297-00015-2.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Stackelberg, Roderick (2007). The Routledge Companion to Nazi Germany. New York: Routledge. ISBN 978-0-415-30860-1.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Weber, Thomas (2010). Hitler's First War. New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-923320-5.CS1 maint: ref=harv (link)
  • Zentner, Christian Ed; Bedürftig, Friedemann Ed (1991), The Encyclopedia of the Third Reich, New York: Macmillan. ISBN 0-02-897502-2.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]