Kirmiz


Kirmiz (Jawi: قرمز) ialah sejenis bahan pewarna merah yang diperoleh daripada badan kering serangga sisik betina dalam genus Kermes, terutamanya spesies K. vermilio.[1] Serangga ini parasit yang hidup memakan getah pokok-pokok perumah Quercus coccifera dan Quercus calliprinos di kawasan rantau beriklim Mediterranean.[2] Bahan pewarna ini digunakan sejak zaman dahulu oleh orang-orang tamadun Mesir, Mesopotamia, India, Yunani, Rom, dan Iran purba. Pewarna tersebut juga digunakan untuk tujuan-tujuan sembahyang dan ibadat dalam Bible Ibrani. Warna ini tahan lama pada kain-kain sutera dan bulu. Ia sangat disukai pada zaman pertengahan untuk mewarnakan sutera dan bulu, terutamanya kain sakhlat. Selepas Zaman Pertengahan; ia digantikan dengan pewarna merah lain terutamanya kokineal.[perlu rujukan]
Nama قرمز qirmiz atau kirmiz dalam bahasa Parsi adalah seasal dengan perkataan bahasa Sanskrit कृमिज atau kṛmi yang bermaksud "cacing"; perkataan ini juga asal nama warna kirmizi.[3]:176-178
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Phipps, Elena (2010). Cochineal Red: The Art History of a Color. New York, Amerika Syarikat: Muzium Metropolitan Seni. m/s. 8. ISBN 978-1-58839-361-6.
- ↑ Amar, Z.; Gottlieb, Hugo; Varshavsky, Lucy; Iluz, David (2005). "The Scarlet Dye of the Holy Land". BioScience. 55 (12). American Institute of Biological Sciences: 1080–1083. doi:10.1641/0006-3568(2005)055[1080:TSDOTH]2.0.CO;2.
- ↑ Korn, Agnes; Warnin, George (2017). "Armenian karmir, Sogdian karmīr 'red', Hebrew karmīl and the Armenian Scale Insect Dye in Antiquity". Dalam Gaspa, Salvatore; Michel, Cécile; Nosch, Marie-Louise (penyunting). Textile Terminologies from the Orient to the Mediterranean and Europe, 1000 BC to 1000 AD. Zea Books. m/s. 173-187.