Keroz Nazri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keroz Nazri
Kelahiran
Khairul Nizam Bin Nazri

(1985-01-15) 15 Januari 1985 (umur 39)
WarganegaraMalaysia
PendidikanDiploma in Music (Vocal Performances)
Pusat pendidikanAkademi Seni Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanPenyanyi
Komposer
Pengacara
Pelakon
Penulis lirik
Tahun aktif2010-kini
PasanganSiti Nuratirah Mohd. Zabir
Kerjaya muzik
GenrePop, Jazz, Ballad
InstrumenVokal, Gitar, Piano, Drums
Syarikat rakaman
  • Wake The Baby Records
  • Karya Tiga Entertainment
  • Life Records
Pengkarya berkait
Ajai, M.Nasir, Ramli MS, Omar K

Khairul Nizam "Keroz" Nazri (lahir 15 Januari 1985) ialah seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik Malaysia. Beliau memulakan karier seninya pada tahun 2010 dengan menyertai program realiti TV terbitan Astro, Keynote apabila beliau menjadi pemenang tempat ketiga didalam program realiti TV tersebut. [1] Nama beliau mulai dikenali ramai setelah menyertai program MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua pada 2013.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Keynote dan awal kemunculan[sunting | sunting sumber]

Keroz Nazri memulakan karier seninya pada tahun 2010, iaitu dengan menyertai Keynote, iaitu sebuah program realiti TV terbaru terbitan Astro pada ketika itu dimana program tersebut bertujuan untuk mencari komposer-komposer muda dalam lingkungan 18-35 tahun. Beliau berjaya terpilih dan lagu hasil ciptaannya itu, "Suatu Hari Nanti" nyanyian Alyah berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga di dalam program realiti TV tersebut. Pada 2011, Keroz merakamkan semula lagu tersebut sebagai lagu single pengenalannya dalam industri nyanyian seni tanah air, dan lagu tersebut menjadi popular dan dijadikan sebagai runut bunyi filem Azura pada tahun 2012.

MasterChef Selebriti Malaysia, Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2013, beliau menyertai satu lagi program realiti bertemakan masakan, iaitu MasterChef Selebriti Malaysia musim yang kedua. Namun begitu, rezeki tidak berpihak kepadanya kali ini apabila masakan beliau dikritik oleh para juri dan hal itu membuatkan beliau menjadi peserta kedua tersingkir didalam program tersebut. Pada tahun yang sama juga, Keroz Nazri telah menciptakan sebuah lagu berjudul "Sesaat Untukku", iaitu khas untuk finalis Akademi Fantasia 2013, Amira Othman dan lagu tersebut berjaya menduduki tempat ketiga. Kini, beliau aktif menyanyi dan mencipta lagu untuk dirinya sendiri serta turut aktif mencipta lagu untuk artis-artis lain.

Sains Comot dan Pengacaraan[sunting | sunting sumber]

Keroz Nazri mula menceburi bidang pengacaraan pada tahun 2011 dimana beliau telah mengendalikan sebuah rancangan berbentuk sains untuk kanak-kanak berjudul Sains Comot. Terkenal sebagai Prof Comot dalam rancangan tersebut, ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan sehingga disambung sebanyak 3 musim. Sains Comot masih disiarkan di Astro TVIQ sehingga hari ini. Pada tahun 2013 Keroz Nazri mengambil keputusan untuk tidak menyambung rancangan Sains Comot. Beliau mencuba kepelbagaian dalam bidang pengacaraan dengan genre program yang berbeza seperti travelog, dokumentari, majalah, dan lain-lain.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Kategori Judul Anugerah
2019 Lirik Lagu Terbaik Gugur Di Setiamu Anugerah Nasyid IKIM
2012 Top 5 Artis Baru Terbaik Suatu Hari Nanti Anugerah Industri Muzik ke-19
2012 Lagu Terbaik Sedia Bercinta Lagi MACP Cipta Ekspress

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Album
2011 "Suatu Hari Nanti" Single
"Pencuri Hati"
"Menghapus Kenangan"
2012 "Aku Bisa"
2013 "Sedia Bercinta Lagi" Ost. Drama Kampung Girl
2015 "Jangan Takut" Single

Komposisi[sunting | sunting sumber]

Judul Penyanyi Album
Menanti Sinar Siti Nordiana Single
Gugur Di Setiamu Far East (kumpulan nasyid)
Ku Bawa Cintamu (Sampai Mati) Adira
Sesaat Untukku Amira Othman
Cerita Pada Mereka Arja Lee
1 Inspirasi Pelbagai Penyanyi Youth: Vol 1
Laksamana Haziq Rosebi, Maulana, Nero
Sahabat Keroz Nazri, Emma
Frekuensi Keroz Nazri, SSK Lagu tema Sains Comot

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah
2012 Sesuatu Yang Tertinggal Asrulhisyam Ahmad

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
Suratan Takdir

Televisyen & Pengacaraan[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2010 Keynote Komposer Astro Ria
2010 Kamilah Bintang Guru Vokal
2011 Sains Comot (Musim 1-3) Pengacara Astro TVIQ
2013 MasterChef Selebriti Malaysia 2 Peserta Astro Ria
2013 The Malaysia Book of Records Pengacara Radio Televisyen Malaysia
2014 Festival: Jurnal Kembara Dunia Pengacara TV9
2015 Trek & Rel Pengacara Radio Televisyen Malaysia
2019 Saksi Bisu Pengacara Radio Televisyen Malaysia
2022 AI.5YA Penulis Viu

Teater Muzikal[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Lokasi
2007 Tunku The Musical KLPAC
2007 P. Ramlee The Musical Istana Budaya
2009 Puteri Gunung Ledang The Musical Istana Budaya
2010 Antara The Musical Istana Budaya

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Faan Juara Keynote..." 05 Ogos 2010 [1] mstar.