Kertas dinding

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kertas dinding adalah bahan yang digunakan untuk menutup dan menghiasi dinding dalaman rumah, pejabat, kafe, bangunan-bangunan kerajaan, muzium, pejabat pos, dan bangunan lain. Ia biasanya dijual dalam bentuk gulungan dan dimasukkan ke dinding menggunakan pelekat kertas dinding. Kertas ini boleh didapati dalam reka bentuk kosong (supaya ia boleh dicat atau digunakan untuk membantu mentutup permukaan yang tidak rata dan cacat cela kecil pada dinding agar permukaan tampak lebih baik), bertekstur, dengan corak berulang tetap atau, yang lebih kurang biasa kini, satu set lembaran dengan reka bentuk yang berterusan membentuk suatu corak yang besar.

Kertas ini juga telah digunakan sebagai hiasan kotak-kotak simpanan, buku, para dan bidai.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lynn, C. (1980). Wallpaper in America from the Seventeenth Century to World War I. New York.