Kertas kulit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Kertas kulit yang diperbuat daripada kulit kambing, diregangkan dalam bingkai kayu

Kertas kulit (parchment) merupakan bahan yang diperbuat daripada kulit haiwan, terutamanya kulit anak lembu, kambing dan biri-biri. Kegunaan utamanya adalah sebagai bahan untuk ditulis atau dijadikan mukasurat buku mahupun manuskrip.

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Kulit yang dilapah dari haiwan sembelihan direndam semalaman untuk menyingkirkan darah dan kotoran yang terkumpul.[1]

Ia kemudiannya dirawat dengan suatu mandian kapur untuk melonggarkan bulu agar mudah dikikis. Tempoh "pemandian" ini bergantung kepada konsentrasi kimia yang ada dalam sebatian rendaman tersebut, ia tidak boleh dibiarkan terlalu lama agar ia tidak mudah terkoyak semasa diregangkan nanti.[1]

Setelah itu, ia dibasuhkan seketika dengan air dan dijemurkan dalam keadaan tegang. Sambil itu juga, ia akan diratakan serta dibuang segala bulu berlebihan dengan suatu pisau berbilah separa sabit. Peregangan kulit menyebabkan kolagen semulajadi bahan mengeras sambil gentian dalaman ia tersusun selari dengan permukaan. Bahan penguat tambahan turut dibubuh untuk mencantikkan kertas kulit seperti:[2]

  • menggosok serbuk batu apung pada bahagian dalam kulit melicinkan permukaan sambil membantu menakung dakwat ditulis,
  • serbuk sebatian kalsium untuk membuang minyak kulit
  • campuran pemutih daripada sebatian kapur, tepung, putih telur dan susu. Namun, kertas kulit juga boleh diwarnakan secara pelbagai mengikut citarasa penulis.

Kertas kulit ini tidak disamak, maka ia amat mudah bertindak balas kepada perubahan dalam kelembapan relatif dan akan bertukar kembali kepada belulang jika lencun.

Kegunaan khusus[sunting | sunting sumber]

Ia boleh digunakan untuk menguatkan peti alat muzik bertali tertentu seperti rebab, erhu, shamisen, kora dan darbukah memantulkan bunyi petikan memberikan bunyi yang lebih padat.

Penganut agama Yahudi menggunakan bahan ini untuk dua benda penting dalam kepercayaan mereka: tefillin yang diikat pada tangan dan kepala semasa bersembahyang, dan mezuzah yang dipasangkan pada tiang pintu..

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Reed, Ronald (1975). The Nature and Making of Parchment. Leeds: Elmete Press. ISBN 0950336726.
  2. ^ "Clarke, M. (2009) "Writing recipes for non-specialists c.1300: The Anglo-Latin Secretum Philosophorum, Glasgow MS Hunterian 110", in ''Sources and Serendipity: Testimonies of Artists' Practice'' Edited by Erma Hermens and Joyce H Townsend, pp. 50-64 and Plate 18. London: Archetype Publications". Archetype. Dicapai pada 11 Oktober 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.