Kertau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kertau
Mulberry larger.jpg
Kertau ranum di pokoknya
Pengelasan saintifik s
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Angiosperma
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Rosales
Keluarga: Moraceae
Tribus: Moreae
Genus: Morus
L.
Spesies

Lihat teks.

Kertau, bebesaran atau mulberi ialah sejenis tumbuhan dalam genus Morus dari keluarga Moraceae.[1] Genus ini terdiri dari 64 spesies[2] yang bertaburan asal dari kawasan beriklim sederhana dunia,[3][4][5] Genus ini mempunyai tiga spesies terkenal iaitu kertau putih (Morus alba), kertau merah (M. rubra) dan kertau hitam (M. nigra) dengan banyak kultivar.[6][2]

Pokok-pokok ini terkenal akan penggunaan dedaunannya sebagai makanan ulat sutera. Selain itu, andalas (Morus macroura), salah satu spesies dalam genus ini, batangnya sering digunakan untuk dibuat parket lantai rumah atau marmar yang kuat dan keras.

Botani[sunting | sunting sumber]

Pokok-pokok genus Morus cepat tumbuh ketika muda sehingga mencapai setinggi 24 meter (80 ka).[4][6] walaupun ditanam terus anak benih, namun pertumbuhan ini lama-kelamaan biasanya akan mula menjadi lambat. Dedaunnya tumbuh bersusun berurat jejala, bercuping dan bergerigi di sisi.[4][6]

Buah pokok kertau atau mulberi ini menggugus majmuk memanjang antara 2–3 cm (341 14 in).[4][6] Ia mula muncul berwarna putih, hijau atau kekuningan[6] di mana ia memerah semasa masak sehingga ranum berwarna ungu gelap atau hitam; buah masak ini mempunyai rasa enak manis.[4][6]

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Nama "kertau" (Jawi: كرتاو) merupakan nama setempat paling umum untuk genus Morus namun boleh merujuk kepada spesies-spesies berbeza sama ada dari jenis Morus indica, Morus macroura mahupun Morus alba.[7] Malah, ia sewarisan dengan nama kartan di Kalimantan Utara,[8] kerto di Gayo serta kitau di Lampung. Perkataan lain yang hampir sama ialah keretai.[9]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Bidang ilmu taksonomi Morus sebenarnya sangat rumit dan sukar untuk dirungkaikan. Sebenarnya terdapat hanya 150 spesies jenis keluarga kertau sahaja dalam dunia ini yang telah dinamai. Namun kebanyakan daripada spesies yang tersenarai masih diperdebatkan sehingga ke hari ini.

Berikut ialah spesies-spesies Morus yang diterima umum setakat ini:[10]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Daun[sunting | sunting sumber]

Daun-daun kertau putih merupakan bahan makanan yang diberikan kepada ulat sutera untuk membesar dan menghasilkan kepompong berbenang sutera.[11][12]

Buah[sunting | sunting sumber]

Buah-buah kertau digunakan dalam pelbagai ramuan pencuci mulut.[4][6] Malah, buah pokok-pokok tersebut mengandungi antosianin[5] yang memberikan sifat warna cantik; maka buah-buah ini boleh dimanfaatkan sebagai bahan menghasilkan pewarna makanan yang efektif dalam industri makanan.[4][5][13]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Morus L." Rangkaian Maklumat Sumber Germplasma. Khidmat Penyelidikan Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. 2022. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  2. ^ a b "Morus L." World Flora Online. World Flora Online Consortium. 2022. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  3. ^ Suttie, J. M. (2002). "Morus alba L." Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dicapai pada 7 Ogos 2022.
  4. ^ a b c d e f g "Morus nigra (black mulberry)". Invasive Species Compendium. CABI. 20 November 2019. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  5. ^ a b c James A. Duke (1983). "Morus alba L., Moraceae: White mulberry, Russian mulberry, Silkworm mulberry, Moral blanco". Handbook of Energy Crops. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2012. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  6. ^ a b c d e f g "Mulberry". California Rare Fruit Growers. 1997. Dicapai pada 8 Mac 2020.
  7. ^ Berdasarkan perbandingan takrifan sumber di bawah:
    • "kertau". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
    • "kertau". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
  8. ^ "Morus macroura". Tree Functional Attributes and Ecological Database.
  9. ^ Wilkinson, Richard James (1932). "kĕrĕtai". A Malay-English dictionary (romanised). I. Mytilini, Yunani: Salavopoulos & Kinderlis. m/s. 572 – melalui TROVE, Perpustakaan Negara Australia.
  10. ^ "Morus L." Plants of the World Online. Board of Trustees of the Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 5 Julai 2021.
  11. ^ Ombrello, T. "The mulberry tree and its silkworm connection". Plant of the Week. Cranford, NJ: Union County College. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2012. Dicapai pada 20 Oktober 2012.
  12. ^ "Mulberry silk". Central Silk Board, Ministry of Textiles - Govt of India. Dicapai pada 20 Oktober 2012.
  13. ^ "Scientific opinion on the substantiation of health claims related to various food(s)/food constituent(s) and protection of cells from premature aging, antioxidant activity, antioxidant content and antioxidant properties, and protection of DNA, proteins and lipids from oxidative damage pursuant to Article 13(1) of Regulation (EC) No 1924/20061". EFSA Journal. EFSA Panel on Dietetic Products, Nutrition and Allergies. 8 (2): 1489. 2010. doi:10.2903/j.efsa.2010.1752.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]