Kes liwat Anwar Ibrahim I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kes liwat 1 Anwar Ibrahim)
Lompat ke: pandu arah, cari
Bagi kes liwat Anwar Ibrahim yang diadakan pada 2008, lihat Kes liwat Anwar Ibrahim II.

Kes liwat Anwar Ibrahim I merupakan kes yang melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1998, Anwar dikatakan melakukan jenayah luar tabii, iaitu liwat terhadap beberapa individu yang warak dan rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan dan lain-lain.

Kes ini mencetuskan kegemparan di seluruh Malaysia dan dunia terutama masyarakat Melayu kerana pemimpin harapan mereka dijatuh dan dimalukan oleh mentornya, Dr Mahathir Mohamad. Pembangkang, wartawan tempatan dan asing yang mengkaji kes ini melihat kes ini sebagai konspirasi juak-juak perdana menteri ketika itu yang takut jika Anwar berkuasa penuh, menyiasat semula kes lampau dan menangkap mereka pula.

Tarikh pertuduhan[sunting | sunting sumber]

Anwar mulanya dituduh meliwat Azizan pada tahun 1994. Walau bagaimana pun dalam keterangannya, Azizan berkata beliau tidak diliwat selepas 1992, jadi tarikh tersebut dipinda kepada 1992.

Apabila menyedari bahawa Tivolli Villa, bangunan yang dikatakan berlakunya kejadian itu belum siap pada tahun 1992, tarikh dipinda lagi kepada satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993.

Bukti DNA[sunting | sunting sumber]

Anwar menegaskan bahawa contoh darah telah diambil darinya sebanyak lima atau enam kali semasa dia menjalani hukuman penjara enam tahun sejak April 1999.[1]

Konspirasi polis[sunting | sunting sumber]

Kes Anwar Ibrahim telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1999. Peguam Negara Malaysia ketia itu ialah Tan Sri Mokhtar Abdullah. Sementara Hakim Mahkamah Tinggi ialah Datuk S. Augustine Paul.[2] Peguam bela Anwar, Raja Aziz Addruse diminta mematuhi Seksyen 136 Akta Keterangan 1950 jika menyentuh konspirasi polis. Anwar mendakwa Sukma telah mencampak beberapa nota penting ke arah lokapnya pada September 1999 sebelum Anwar dipindahkan ke Penjara Sungai Buloh.

Saksi pendakwa ke-11 (SP11), bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB), Datuk Amir Junus telah disoal berhubung peranan polis memasang alat perakam telefon di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri itu.

Anwar mengaku pernah meminta polis melalui pegawai pengiringnya, Zull Aznam Haron agar kawasan rumah dijaga dengan lebih rapi.

Laporan kepada BPR[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Julai 2008 Datuk Seri Anwar diiringi dua peguam iaitu Datuk Param Cumaraswamy serta Sivarasa Rasiah memberi keterangan di Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung cubaan Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) dan Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) untuk menutup jenayah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor, memalsukan keterangan dengan membuat keterangan baru dan soal DNA Anwar pada 1998 hingga 1999.[3] Abdul Gani Patail ketika itu ialah Timbalan Kanan Pendakwa Raya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]