Kes pemecatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1998

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anwar Ibrahim pada 1998

Kes pemecatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1998 merujuk kepada tindakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memecat timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998. Kes ini didengar oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan dua hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff. Peguam Karpal Singh mewakili Anwar Ibrahim. Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said mewakili Dr Mahathir Mohamad.

Kesahihan pemecatan[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mei 2009 , Ketua Umum KeADILan , Anwar Ibrahim merayu di Mahkamah Persekutuan Putrajaya untuk mencabar kesahihan pemecatan beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998. Alasanya tidak menuruti lunas Perlembagaan dan tidak memenuhi prosedur yang sepatutnya.[1]

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa beliau mempunyai kuasa mutlak kerana Perdana Menteri yang membuat lantikan, justeru beliau juga berhak memecat.

Rentetan[sunting | sunting sumber]

  • Pada 23 Dis 1998, Mahkamah Tinggi menolak saman Anwar terhadap Dr Mahathir dan kerajaan, untuk terus membatalkan permohonannya bagi satu perintah untuk mengisytiharkan keputusan Dr Mahathir memecatnya daripada jawatan Kabinet pada 2 Sept 1998 sebagai salah dari segi undang-undang, tidak sah dan batal.
  • Anwar juga gagal memansuhkan keputusan Mahkamah Tinggi itu selepas Mahkamah Rayuan pada 25 April 2007 menolak rayuannya dan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi itu.[2]

Hakim Mahkamah Rayuan Tengku Baharuddin Shah Tengku Mahmud bersetuju dengan Hakim Abdul Hamid sementara hakim Mahkamah Kebangsaan Hakim Rahmah Hussain menolaknya.

Hakim Abdul Hamid Mohamad menyatakan bahawa berdasarkan rekod rayuan, dia mendapati bukti perayu terbabit dalam aktiviti homoseksual dan cenderung untuk percaya kejadian di Tivoli Villa pernah berlaku.

Bagaimanapun, pihak pendakwaraya perlu membuktikan kesalahan yang dituduh berdasarkan bukti yang boleh diterima pakai oleh Mahkamah berdasarkan prinsip undang-undang.”.[3]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Anwar Cabar Kesahihan Pemecatan TPM Esok". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-22. Dicapai pada 2009-05-20.
  2. ^ "Kes Saman Anwar Terhadap Dr Mahathir Didengar 30 Julai", Bernama.com, 21 Julai 2009.
  3. ^ "Anwar receives death threats, in hiding (Update 3)", The Star, 29 Jun 2008.