Kes video seks Anwar Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kes video seks Anwar Ibrahim adalah perbicaraan membabitkan kesalahan menayangkan video klip oleh 'Datuk T' iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim . Peguambela Datuk T ialah Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah . Datuk T ini didakwa pada hari Jumaart, 24 Jun 2011 di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta. Dalam kes ini Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak didakwa dan peguamnya tidak dapat memerhati mahupun bersuara.[1]

Bagi memastikan ketulenan video klip itu, PDRM telah merujuk video klip itu kepada profesor Hany Farid dan Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat. Pada 9 Jun 2011, Peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah mendakwa dalam sidang akhbar bahawa pakar video Amerika yang dirujuk polis Malaysia, telah membandingkan imej lelaki dalam video itu dengan sekeping gambar Anwar dan mengesahkan yang kedua-dua adalah seiras, ketika mahkamah berehat. Menurut Datuk Muhammad Shafee Abdullah, dalam laporan 4 Jun profesor Hany Farid and Lorenzo Torresani dari Dartmouth College di Hanover, New Hampshire, Amerika Syarikat, terdapat keirasan 99.99 peratus lelaki dalam klip video itu, dengan bagi foto Anwar berdasarkan analisis pengenalpastian wajah. Shafie menunjukkan salinan laporan tersebut kepada wartawan tetapi enggan membenarkan salinan dokumen itu dibuat. Walaupun Shafie mendakwa pakar-pakar tersebut melaporkan bahawa mereka 99 peratus pasti, tetapi wartawan Malaysiakini melaporkan tidak nampak maklumat tersebut pada dokumen berkenaan. Dalam fakta kes yang dibaca di mahkamah, mahkamah pakar tersebut melaporkan bahawa lelaki tersebut seiras dengan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pakar itu juga mengesahkan bahawa video itu tulen tanpa pengubahsuaian dan ianya dirakamkan dengan perakam DVR milik ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Pertuduhan[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Jun 2011, Eskay dan Shuib dituduh mengikut Seksyen 292(a) Kanun Kesiksaan dan Seksyen 34 : “Bahawa kamu dengan niat bersama, tayang tempat terbuka video lucah, hubungan seks seorang lelaki dan perempuan antara 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada 21 Mac 2011.”

Rahim pula dituduh di bawah Seksyen 292(a), dan Seksyen 109 Kanun Kesiksaan: “Bahawa kamu telah bersuhabat dengan Eskay dan Shuib untuk menayangkan secara terbuka hubungan seks seorang lelaki dan perempuan”

Tayangan video seks kpada 10 wartawan kanan berlaku di bilik Seri Makmur Hotel Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari pada 21 Mac 2011. Dengan mudah mereka mengaku bersalah.Lalu Eskay didenda RM3,000 .Shuib didenda RM1,500 . Rahim pula didendA RM1,000 .Jumlah denda keseluruhan sebanyak RM5,500.

Ketulenan video seks[sunting | sunting sumber]

Laporan pakar menyatakan rakaman itu berasal daripada satu alat perakam video yang dirampas daripada Shazryl Eskay. Setelah dianalisis, wajar pelanggan seks itu seiran Anwar Ibrahim. Anwar juga terbukti hadir di lokasi rakaman itu iaitu di sebuah bilik di pangsapuri di Ampang, Kuala Lumpur. Siasatan polis berdasarkan CCTV mendapati Anwar bersama Datuk Shazryl Eskay Abdullah dilihat di lobi pada 21 Februari 2011.

Urutan peristiwa[sunting | sunting sumber]

  1. Pada akhir Februari 2011, Dato' Shazryl Eskay bin Abdullah pergi berjumpa dengan Dato' Shuaib bin Lazim di Taman Sri Ukay, Ampang, Selangor berkenaan satu peranti storan media USB (Pendrive) yang mengandungi rakaman hubungan seks dipercayai antara Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China.
  2. Shazryl dan Shuaib sepakat menemui Tan Sri A Rahim bin Tamby Chik kerana video klip itu sensitif dan melibatkan kepentingan negara. Mereka bertemu di Wisma UOA, Jalan Pinang, Kuala Lumpur berkenaan video klip dalam pendrive itu.Mereka bertiga sepakat akan menayangkannya kepada wartawan utama media tempatan .Lokasi pilihan Rahim ialah Hotel Carcosa Seri Negara .
  3. Pada 19 Mac 2011, Tan Sri Rahim meminta Haji Kamarulail bin Sulaiman menempah sebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, Kuala Lumpur. Pada 20 Mac bilik Seri Makmur ditempah atas nama Tan Sri A Rahim sehingga 21 Mac 2011 (Isnin).
  4. Pada 20 Mac 2011, Shazryl telah meminta ketua wartawan The Star, Sirajinisa bt Habibu Mohd untuk menyebarkan kepada wartawan media supaya hadir di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac 2011 mengenai satu cerita yang besar demi kepentingan negara. Lantas Sirajinisa menjemput wartawan -wartawan kanan dan seterusnya.
  5. Pada 21 Mac 2011, seawal 9.00 pagi para wartawan hadir dan kehadiran mereka disaring oleh Shuaib. Jam 10.00 pagi klip video aksi lucah ditayangkan menggunakan LCD CPU jenama Lenovo kepunyaan Dato' Shazryl. Shazryl juga memberi penerangan ringkas tentang rakaman itu. Jelasnya, gambar beliau turut terakam sebelum rakaman hubungan seks di antara seorang lelaki yang dipercayai Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dengan seorang perempuan warganegara China. Dato' Shuaib juga hadir pada sepanjang masa tayangan. Tayangan dibuat beberapa kali dan beberapa wartawan terpilih sahaja menontonnya.
  6. Tayangan ini selama 20 ke 25 minit. Seramai 13 wartawan terpilih menontonnya dan tayangan tamat pada 12.00 tengahari.
  7. Pada 22 Mac 2011, Dato Seri Anwar telah membuat laporan polis berhubung tayangan video itu di Balai Polis Jalan Tun SHL .(Rujukan - Report 9703/11).
  8. Pada 23 Mac 2011 jam 4.00 petang, Shazryl dan Tan Sri A Rahim mengadakan idang media di Hotel Impiana KLCC Kuala Lumpur. Mereka mengaku mereka bertiga yang dimaksudkan dengan 'Datuk T' sebagaimana laporan media internet.
  9. Pada 24 Mac 2011 jam 5.00 petang, Dato Shazryl dan Tan Sri A Rahim menyerah diri di balai polis Bukit Aman dan memberi kerjasama penuh membantu siasatan. Peranti yang mengandungi rakaman hubungan seks tersebut telah diserahkan kepada polis.
  10. Pada 25 Mac 2011, Dato' Shuaib menyerah diri kepada polis Bukit Aman dan memberi maklumat yang diperlukan.
  11. Rakaman itu diambil dalam sebuah bilik apartment di .... [dipadam] Ampang .... [dipadam] Kuala Lumpur.
  12. Pihak polis telah mendapatkan rakaman CCTV di apartment tersebut dan telah mendapati kehadiran Dato' Seri Anwar bersama Dato' Shazryl di lobi apartment tersebut pada 21 Februari 2011.
  13. Ternyata rakaman video tersebut mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan di antara lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya bogel.
  14. Hasil analisa oleh pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat telah mengesahkan rakaman video tersebut adalah tulen iaitu tidak dilakukan sebarang tampering dan superimpose serta berasal daripada satu alat perakan DVR yang dirampas dari Dato' Shazryl.
  15. Pakar dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika juga telah menjalankan facial recognition analysis terhadap pelaku seks (lelaki) di dalam rakaman video dan hasilnya mendapati .... [dipadam] adalah menyerupai Dato' Seri Anwar.

Barang kes[sunting | sunting sumber]

  1. Tun HSL Report 9703/11
  2. Alat perakan DVR
  3. Satu peranti storan media USB (pendrive) LCD CPU jenama Lenovo
  4. Laporan pakar Dartmouth College, Handover, New Hampshire, Amerika Syarikat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]