Kesalahan Terindah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Kesalahan Terindah"
Single oleh Siti Nordiana
Dikeluarkan pada7 Mei 2020
FormatMuat turun digital
GenrePop
Panjang3:58
SyarikatSeventeen Eleven Music
PenulisSiti Nordiana
Kronologi single Siti Nordiana
"Kejam"
(2019)
"Kesalahan Terindah"
(2020)

"Kesalahan Terindah" merupakan sebuah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh Siti Nordiana, dikeluarkan pada 7 Mei 2020. Single ini berjaya mendapat muat turun lagu Melayu terbanyak di carta iTunes pada hari pertama pelancarannya di laman tersebut. Ini merupakan lagu yang ditulis sepenuhnya oleh Nana selepas "Terus Mencintai" (2017).[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

"Kesalahan Terindah" mengisahkan tentang luahan seseorang wanita yang kecewa, namun reda apabila lelaki yang dicintainya sudah memiliki cinta yang lain. Biarpun berdepan kekecewaan dan kesedihan, wanita ini menyimpan semua itu di dalam hatinya dan tidak menyalahkan lelaki tersebut. Malah, dia menganggap bahawa perasaan cintanya kepada lelaki itu adalah kesalahan terindah yang pernah dilakukan dalam hidup.[1]

Siti Nordiana menepis dakwaan mengatakan lagu itu ada kaitan dengan kisah peribadinya. Beliau menjelaskan bahawa ilham lagu itu dihasilkan secara rawak dan mendapat idea untuk lirik lagu daripada drama ditonton. Dalam temuramah bersama Harian Metro, beliau berkata: "Apapun, lagu "Kesalahan Terindah" ini sebenarnya saya hasilkan kerana pernintaan peminat. Saya pun tidak meletakkan harapan tinggi untuk lagu ini popular,".[2][3]

Sambutan[sunting | sunting sumber]

Video lirik "Kesalahan Terindah" telah mencatat lebih 168,000 jumlah tontonan sejak dilancarkan secara rasmi.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Kesalahan Terindah nukilan Nana sepenuhnya". Hot FM. 13 Mei 2020. Dicapai pada 11 Julai 2020.
  2. ^ Norhayati Nordin (30 Mei 2020). "Lagu ini tiada kaitan dengan kisah peribadi saya". Harian Metro. Dicapai pada 11 Julai 2020.
  3. ^ "Kesalahan Terindah bukan kisah peribadi". Harian Metro. 31 Mei 2020. Dicapai pada 11 Julai 2020.