Kesan pandemik COVID-19 terhadap seni dan warisan budaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pandemik COVID-19 memberi kesan ketara terhadap bidang seni dan warisan budaya. Kewujudan institusi seni/budaya dan nasib pekerjanya pada masa ini dipengaruhi oleh krisis kesihatan di seluruh dunia dan keadaan yang tidak menentu. Sambil terus melaksanakan misi mereka untuk memberikan akses kepada warisan budaya masyarakat, mereka juga harus menanggapi perubahan mendadak dalam model perniagaan dan bagaimana memastikan keselamatan koleksi dan keselamatan pekerja.[1]

Sebahagian besar institusi budaya di seluruh dunia menutup laman fizikal mereka sejak Mac 2020 sehingg waktu yang belum ditentukan. Muzium dan pusat seni/budaya lain dikategorikan sebagai perkhidmatan tidak penting sehingga harus dihentikan seluruh kegiatan operasi fizikalnya.[2] Pameran, pertunjukan, dan semua aktiviti lawatan, juga harus ditunda atau dibatalkan. Untuk tetap dapat menjangkau masyarakat, banyak dari mereka yang akhirnya memaksimumkan penggunaan platform dalam talian. Inisiatif ini juga didorong oleh fenomena kenaikan jumlah kunjungan maya sepanjang tempoh pandemik.[2]

Penutupan dan pembatalan kegiatan[sunting | sunting sumber]

Bersama dengan industri kreatif, sektor seni dan budaya cukup terkesan oleh pandemik. Tindakan pencegahan, seperti pembatasan sosial, larangan perjalanan, dan larangan berkumpul membawa kesan nyata bagi lembaga seni/budaya.[3] Laporan Deloitte Access Economics menyatakan bahawa kerugian akibat pandemik pada industri seni dan rekreasi di Queensland, Australia, mencapai angka 6 bilion dolar Australia, menjadikannya industri paling terkesan kedua setelah sektor penginapan dan makanan minuman.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Feldman, Kaywin (2020-09-09). "Leading the NATIONAL GALLERY of ART during COVID-19". Museum Management and Curatorship. 0 (0): 1–6. doi:10.1080/09647775.2020.1790152. ISSN 0964-7775.
  2. ^ a b Agostino, Deborah; Arnaboldi, Michela; Lampis, Antonio (2020-07-03). "Italian state museums during the COVID-19 crisis: from onsite closure to online openness". Museum Management and Curatorship. 35 (4): 362–372. doi:10.1080/09647775.2020.1790029. ISSN 0964-7775.
  3. ^ a b Flew, Terry; Kirkwood, Katherine (2021-02-01). "The impact of COVID-19 on cultural tourism: art, culture and communication in four regional sites of Queensland, Australia". Media International Australia (dalam bahasa Inggeris). 178 (1): 16–20. doi:10.1177/1329878X20952529. ISSN 1329-878X.