Kesan pemerhati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kesan pemerhati atau kesan sikap tidak peduli pemerhati merupakan fenomena psikologikal sosial yang merujuk kepada kes-kes di mana golongan-golongan individual yang tidak menawarkan bantuan kepada seseorang mangsa apabila orang lain turut hadir. Kebarangkalian untuk menolong adalah bertentangan dengan bilangan pemerhati yang hadir. Dalam kata lain, semakin ramai bilangan pemerhati, semakin kurang kebarangkalian untuk sesiapa dalam kalangan mereka untuk menolong. Beberapa pemboleh ubah telah dipastikan untuk menjelaskan sebab kesan pemerhati berlaku. Pemboleh-pemboleh ubah ini termasuklah: ketidakpastian, kesepaduan dan penyebaran tanggungjawab.

Penyelidikan psikologi sosial[sunting | sunting sumber]

Kesan pemerhati pertama kali didemonstrasikan di sebuah makmal oleh John Darley dan Bibb Latané pada tahun 1968 selepas mereka berminat dalam topik tersebut berikutan peristiwa pembunuhan Kitty Genovese pada tahun 1964. Penyelidik-penyelidik tersebut melancarkan satu siri eksperimen yang menghasilkan salah satu kesan yang paling kuat dan diulangi dalam psikologi sosial. Dalam satu eksperimen yang biasa, subjek sama ada dibiarkan secara berseorangan, berada di dalam satu kumpulan dengan subjek-subjek lain atau bertindak sebagai pelakon yang berfungsi sebagai subjek eksperimen tetapi sebenarnya berkerja dengan para penyelidik. Satu situasi kecemasan telah dipentaskan dan para penyelidik mengira masa yang diambil untuk campur tangan, sekiranya mereka mencampur tangan. Eksperimen-eksperimen tersebut mendapati bahawa kehadiran subjek yang lain menghalang pertolongan, selalunya dengan margin yang besar. Sebagai contohnya, Bibb Latané dan Judith Rodin (1969) melakonkan satu eksperimen yang melibatkan seorang wanita dalam kesusahan. 70% daripada subjek yang dibiarkan perseorangan telah meminta bantuan atau keluar menolong wanita tersebut selepas mereka mempercayai dia telah terjatuh dan tercedera. Akan tetapi, hanya 40% yang menawarkan bantuan apabila terdapat orang lain dalam bilik tersebut.

Pemboleh-pemboleh ubah yang mempengaruhi golongan pemerhati[sunting | sunting sumber]

Situasi kecemasan berlawan dengan situasi bukan kecemasan[sunting | sunting sumber]

Latané dan Darley melakukan tiga eksperimen untuk menguji kelakuan para pemerhati di dalam situasi bukan kecemasan. Keputusan mereka menunjukkan cara subjek meminta bantuan penting. Di dalam satu keadaan, subjek menanya pemerhati tentang nama mereka. Lebih banyak orang memberi jawapan apabila subjek memberitahu namanya dahulu. Dalam satu keadaan yang lain, subjek meminta 10 sen USD daripada golongan pemerhati. Apabila subjek menerangkan sebab (seperti "kehilangan dompet"), peratus orang yang memberi bantuan (72%) lebih tinggi berbanding keadaan di mana subjek terus meminta 10 sen tersebut. Secara asasnya, apabila meminta pertolongan, lebih banyak maklumat diberi kepada pemerhati, lebih tinggi kemungkinan mereka untuk membantu. Satu kajian tambahan oleh Faul Mark, et al, yang menggunakan data daripada pegawai kecemasan apabila mereka membalas dalam satu kecemasan, menunjukkan tindak balas yang diberikan oleh golongan pemerhati adalah berkaitan dengan tahap keseriusan situasi.

Menurut Latané dan Darley, terdapat lima ciri-ciri kecemasan yang mempengaruhi golongan pemerhati:

  1. Situasi kecemasan yang melibatkan ancaman bahaya atau ancaman yang benar
  2. Situasi kecemasan yang luar biasa dan jarang
  3. Tindakan yang diperlukan di dalam situasi kecemasan yang berbeza dari satu situasi ke satu situasi yang lain
  4. Situasi kecemasan yang tidak boleh dijangka
  5. Situasi kecemasan yang memerlukan tindakan segera

Disebabkan lima ciri-ciri ini, golongan pemerhati melalui proses kognitif dan tingkah laku:

  1. Mendapati bahawa sesuatu sedang berlaku
  2. Mentafsir situasi tersebut sebagai kecemasan
  3. Tahap tanggungjawab yang dirasai
  4. Bentuk bantuan
  5. Melakukan tindakan pilihan

Mendapati: Untuk menguji konsep "mendapati", Latané dan Darley (1968) telah mementaskan satu situasi kecemasan menggunakan pelajar-pelajar Universiti Columbia. Para pelajar diletakkan di dalam sebuah bilik dan dibiarkan sama ada secara individu atau dengan dua atau tiga individu lain yang tidak dikenali untuk melengkapkan satu kaji selidik sementara menunggu ahli eksperimen untuk balik semula. Semasa mereka sedang melengkapkan kaji selidik, asap telah dipamkan ke dalam bilik tersebut untuk mensimulasikan satu keadaan simulasi. Apabila pelajar berkerja secara bersendirian, mereka perasan akan kehadiran asap tersebut dalam masa lima saat. Walau bagaimanapun, pelajar yang berkerja secara berkumpulan mengambil masa yang lebih lama iaitu sehingga 20 saat untuk perasan kehadiran asap. Latané dan Darley mendakwa bahawa fenomena ini boleh dijelaskan dengan norma sosial di mana apa yang merupakan etika sopan dalam kalangan awam. Di dalam budaya Barat, ia merupakan tindakan yang tidak sopan untuk leka memandang sekeliling. Ini mungkin menunjukkan seseorang itu tidak sopan dan penyibuk. Akibatnya, seseorang pemerhati itu berkemungkinan lebih besar untuk menumpukan perhatian terhadap diri mereka apabila dikelilingi kumpulan yang besar, berbanding dengan berseorangan. Golongan individu yang berseorangan adalah besar kemungkinan lebih sedar akan keadaan sekeliling dan oleh itu akan lebih perasan akan seseorang yang memerlukan bantuan.

Mentafsir: Setelah sesuatu keadaan itu dikenal pasti (mendapati), untuk seseorang pemerhati campur tangan, mereka mesti mentafsir satu kejadian itu sebagai kes kecemasan. Menurut prinsip pengaruh sosial, para pemerhati mengawasi reaksi orang lain dalam situasi kecemasan untuk melihat sama ada orang lain juga berfikir ia adalah satu kemestian untuk campur tangan. Sekiranya orang lain didapati tidak bertindak balas terhadap sesuatu situasi, maka si pemerhati akan mentafsir situasi tersebut sebagai situasi bukan kecemasan dan tidak akan mencampur tangan. Ini merupakan contoh fenomena psikologikal, bukti sosial. Merujuk kepada eksperimen asap, walaupun pelajar yang berada di dalam kumpulan dengan jelasnya mendapati bahawa asap tebal yang terhasil mengganggu penglihatan mereka atau menyebabkan mereka batuk, mereka lebih kemungkinan untuk tidak melaporkannya. Hanya seorang pelajar yang berada dalam kumpulan yang melaporkan asap tersebut dalam tempoh empat minit dan pada akhir eksperimen, tiada sesiapa pun daripada lima per lapan kumpulan melaporkan kehadiran asap tersebut. Di dalam kumpulan yang tidak melaporkan kejadian asap itu, tafsiran punca dan kemungkinan ianya adalah berbahaya juga adalah lebih kurang serius, dengan tiada sesiapa yang mencadangkan api sebagai punca kemungkinan, akan tetapi sesetengahnya memilih penjelasan yang kurang berbahaya seperti penghawa dingin yang bocor. Sama juga, tafsiran konteks memainkan peranan yang penting dalam reaksi manusia terhadap seorang lelaki dan perempuan yang bergaduh di atas jalanan. Apabila perempuan itu menjerit, "pergi dari sini, saya tidak mengenali kamu," golongan pemerhati yang campur tangan pada masa itu adalah sebanyak 65%. Akan tetapi, hanya 19% sahaja yang campur tangan apabila perempuan itu menjerit, "pergi dari sini, saya tidak tahu kenapa saya mengahwini kamu."

Eksperimen kesan pemerhati biasanya dilaksanakan dalam keadaan yang tidak berbahaya dan tidak ganas. Satu kajian (2006) menguji kesan pemerhati dalam situasi kecemasan untuk melihat sama ada mereka akan mendapat keputusan yang sama daripada kajian lain yang menguji situasi bukan kecemasan. Dalam situasi dengan potensi bahaya yang rendah, lebih banyak bantuan yang diberikan oleh seseorang itu berbanding mereka yang berada dengan orang lain. Walau bagaimanapun, dalam situasi dengan potensi bahaya yang tinggi, para peserta eksperimen yang berdepan dengan situasi kecemasan secara berseorangan atau dengan orang lain adalah lebih berkemungkinan untuk menolong si mangsa. Ini mencadangkan bahawa dalam situasi dengan potensi bahaya yang tinggi, seseorang itu akan mentafsir seseorang yang memerlukan pertolongan sememangnya memerlukan bantuan dan akan lebih kemungkinan untuk mencampur tangan.

Tahap tanggungjawab yang dirasai: Latané dan Darley mengenal pasti tahap tanggungjawab yang dirasai seseorang pemerhati adalah bergantung kepada tiga perkara:

  1. Sama ada mereka merasai seseorang itu layak menerima bantuan
  2. Kemampuan pemerhati
  3. Hubungan antara si pemerhati dengan mangsa

Bentuk bantuan: Terdapat dua jenis kategori bantuan yang didefinisikan oleh Latané dan Darley:

  1. Campur tangan secara langsung: Membantu mangsa secara langsung
  2. Campur tangan yang berpusing: Melaporkan sesuatu kecemasan kepada pihak berkuasa (pihak polis, pihak bomba)

Melakukan tindakan pilihan: Selepas melalui langkah 1-4, si pemerhati mesti melakukan tindakan pilihan.

Di dalam satu kajian yang dijalankan oleh Abraham S. Ross, kesan hasil daripada sifat tanggungjawab yang meningkat dalam kalangan golongan pemerhati dikaji dengan meningkatkan bilangan kanak-kanak yang hadir. Kajian ini adalah berdasarkan reaksi 36 pra-graduan yang dipersembahkan situasi kecemasan. Jangkaannya adalah campur tangan akan berada pada tahap maksima kesan daripada kehadiran kanak-kanak dalam kalangan 36 graduan tersebut. Ini telah dieksperimen dan jangkaan tersebut tidak disokong dan telah disimpulkan sebagai "satu kajian yang tidak memberi perbezaan signifikan dalam campur tangan."

Satu meta-analisis kesan pemerhati pada tahun 2011, melaporkan bahawa "kesan pemerhati berkurangan apabila situasi-situasi ditafsirkan sebagai bahaya (berbanding dengan tidak berbahaya), kehadiran golongan suspek (berbanding dengan ketidakhadiran), dan kos campur tangan merupakan bentuk fizikal (berbanding dengan bukan fizikal)". Corak penemuan ini adalah konsisten dengan model rangsangan-kos-ganjaran, yang mencadangkan kecemasan yang bahaya adalah dikenal pasti dengan lebih cepat dan lebih jelas sebagai situasi kecemasan yang sebenar dan maka itu, mendorong tahap rangsangan yang lebih tinggi dan oleh itu, lebih bantuan. Mereka juga "mengenal pasti situasi di mana golongan pemerhati menyediakan sokongan fizikal dengan sambutan untuk potensi individu yang campur tangan dan dengan itu mengurangkan kesan pemerhati, seperti apabila golongan pemerhati terdiri secara esklusifnya daripada kaum lelaki, apabila mereka adalah naif berbanding dengan penentang pasif atau mereka yang hanya hadir berdekatan dan apabila golongan pemerhati bukan orang asing."

Satu penjelasan alternatif telah dicadangkan oleh Stanley Milgram, yang memberi hipotesis bahawa sikap tidak sensitif dan kejam golongan pemerhati adalah disebabkan oleh strategi adaptasi terhadap keterlaluan informasi dalam kehidupan seharian. Idea ini telah disokong dengan pelbagai sudut melalui penyelidikan-penyelidikan empirikal.

Timothy Hart dan Ternace Miethe menggunakan data dari Tinjauan Jenayah Mangsa Nasional dan mendapati bahawa terdapat seorang pemerhati di dalam 65% kes mangsa keganasan dalam data tersebut. Kehadiran mereka adalah paling biasa di dalam kes serangan fizikal (68 peratus), yang bertanggungjawab untuk majoriti kes keganasan dan berkurangan di dalam kes rompakan (49%) dan serangan seksual (28%). Tindakan golongan pemerhati kerap dinilai oleh mangsa-mangsa sebagai "tidak menolong atau tidak menyakiti" (48%), "menolong" (37%), "menyakiti" (10%) and "menolong dan menyakiti" (3%). Separuh daripada serangan-serangan yang berlaku di mana seorang pemerhati hadir terjadi pada waktu petang yang mana permerhati dan mangsa adalah orang asing.

Ketidakpastian dan akibat[sunting | sunting sumber]

Ketidakpastian merupakan satu faktor yang mempengaruhi seseorang itu untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Di dalam situasi-situasi seseorang pemerhati itu tidak pasti sama ada seseorang itu memerlukan bantuan (ketidakpastian yang tinggi), masa reaksi yang diambil adalah lama (terdengar seseorang itu terjatuh tetapi tidak pasti sama ada mereka tercedera). Di dalam situasi ketidakpastian yang rendah, (seseorang yang memanggil untuk meminta bantuan), masa reaksi pemerhati adalah lebih tinggi berbanding situasi ketidakpastian yang tinggi. Di dalam sesetengah kes yang mempunyai ketidakpastian yang tinggi, seorang individu atau sebuah kumpulan boleh mengambil masa reaksi yang lebih lama sebanyak lima kali ganda untuk sesuatu tindakan berbanding kes yang mempunyai ketidakpastian yang rendah. Bilangan pemerhati yang hadir merupakan faktor yang tidak signifikan. Di dalam kes-kes ini, golongan pemerhati memastikan keselamatan diri sebelum meneruskan apa yang patut dilakukan. Golongan pemerhati adalah lebih barangkali untuk campur tangan di dalam situasi ketidakpastian, akibat yang rendah berbanding dengan situasi ketidakpastian dan akibat yang tinggi.

Pemahaman terhadap persekitaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bommel, M. V., Prooijen, J. V., Elffers, H., & Lange, P. A. (2012). Be aware to care: Public self-awareness leads to a reversal of the bystander effect. Journal of Experimental Social Psychology, 48(4), 926-930. doi:10.1016/j.jesp.2012.02.011