Kesatuan Berbasikal Antarabangsa
Kesatuan Berbasikal Antarabangsa كساتوان برباسيكل انتارابڠسا | |
---|---|
Union cycliste internationale | |
![]() | |
Singkatan | UCI |
Ditubuhkan | 14 April 1900 |
Jenis | Persekutuan sukan bagi lumba basikal |
Ibu pejabat | ![]() |
Kawasan | Seluruh dunia |
Presiden | David Lappartient |
Organisasi utama | Kongres |
Gabungan | Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa |
Laman web rasmi | www |
Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) merupakan badan pentadbir dunia untuk sukan lumba basikal dan menyelia acara berbasikal kompetitif antarabangsa. Badan ini berpusat di Aigle, Switzerland.
UCI mengeluarkan lesen perlumbaan kepada penunggang dan menguatkuasakan peraturan tatatertib, seperti dalam hal salah guna dadah. UCI juga menguruskan pengelasan perlumbaan dan sistem kedudukan mata dalam pelbagai disiplin berbasikal termasuklah lumba basikal jalan raya dan trek, lumba basikal gunung dan BMX, untuk kedua-dua lelaki dan wanita, amatur dan profesional. Badan ini juga menyelia Kejohanan Dunia.
Selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022, UCI berkata bahawa pasukan Rusia dan Belarus dilarang bertanding dalam acara antarabangsa.[1] Badan tersebut juga melucutkan kedua-dua Rusia dan Belarus daripada acara yang dijadualkan.[1]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b "UCI "forbids" Russian and Belarusian participation in Balkan races". www.insidethegames.biz (dalam bahasa Inggeris). 27 April 2022.