Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia atau ringkasnya 'NUFAM' adalah Kesatuan sekerja Kru Kabin Penerbangan yang diikhtirafkan pada 2012 di bawah Kementerian Sumber Manusia dan wakil kesatuan ini diwakili oleh para pekerja Kru Kabin Penerbangan di Malaysia.

Pengasas dan Presiden NUFAM Saudara Ismail Nasaruddin, merupakan seorang Kru Kabin yang berpengalaman dan telah berkidmat selama 26 tahun. Bersama beliau juga adalah saudara Mohd Akram Osman, Setiausaha Agong dan beberapa wakil pekerja Kru Kabin yang telah berkhidmat lama bersama syarikat MAS dan Air Asia.

Kedua dua mereka iaitu Ismail dan Mohd Akram juga telah dihentikan pekerjaan mereka atas sebab bersuara hak pekerja di MAS. Kes ini juga telah mendapat perhatian di dalam dan luar negara dimana Kesatuan Antarabangsa mengutuk tindakan yang diambil oleh syarikat MAS terhadap ketua Kesatuan. Kedua dua kes ini telah dibawa ke Mahkamah Perusahaan dan keputusan Mahkamah Persekutuan pada tahun 2022 telah mendapati syarikat MAS melanggar undang undang Akta Perusahaan 1967 di mana syarikat MAS tidak harus mengambil tindakan pembuangan kerja terhadap wakil Kesatuan pekerja yang sah. Kes ini juga telah menjadi satu preseden besar buat semua Kesatuan dalam negara.

https://www.theedgemarkets.com/article/apex-court-rules-favour-nufam-president-appeal-against-unlawful-dismissal-mas

https://www.youtube.com/watch?v=Ex3uUOzTO8k

JAWANTANKUASA TINDAKAN NACC

NUFAM hari ini mewakili suara 8,000 pekerja yang terdiri oleh Kru Kabin MAS, Firefly, Air Asia, Malindo Airways.

NUFAM juga merupakan ahli dalam jawatankuasa NACC (National Aviation Consultative Committee) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2018. NACC adalah badan jawatankuasa pemantauan dan saringan dibawah Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Sumber Manusia (MOHR). Jawatankuasa ini berbincang isu polisi penerbangan dan juga memantau masalah industri pemegang taruh syarikat industri penerbangan, Kesatuan dan Persatuan penerbangan.

NUFAM selaku wakil kaum pekerja dalam industri penerbangan adalah badan kesatuan yang selama ini telah menyuarakan isu dan pemasalahan warga pekerja Kru Kabin dari syarikat Penerbangan Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo dan lain lain.

NUFAM juga telah membangkitkan banyak pemasalahan pembuangan pekerja berskala besar di syarikat MAS dan Air Asia.

NUFAM mempunyai hubungan baik dengan agensi kerajaan Malaysia seperti PERKESO, BANK NEGARA, KWSP, EPU dan lain lain lagi melalui program bantuan kerajaan bagi kaum pekerja. NUFAM juga mewakili pekerja di dalam kes pembuangan pekerjaan di Mahkamah Perusahaan di bawah Seksyen 20. Sejak NUFAM ditubuhkan, lebih 200 aduan dan kes kes penganiayaan, pembuangan dan pemberhentian pekerjaan telah difailkan oleh pekerja kepada NUFAM.

Isu paling ketara yang disuarakan adalah isu Covid-19 dan juga bantuan khas kerajaan untuk golongan kaum pekerja B40 yang terdiri dari pramugari dan pramugara syarikat penerbangan. Ramai pekerja ini terkesan semasa pandemik Covid-19 atas tindakan majikan dan syarikat mereka dari segi pembuangan pekerjaan dan ramai pekerja ini masih terkesan dengan isu kehilangan pekerjaan mereka ketika Covid-19.

ISU PEMBUANGAN 6,000 PEKERJA MAS.

Isu ini juga telah dibangkitkan oleh NUFAM di mana syarikat MAS telah memberhentikan 6,000 pekerja pada 2016. Pemasalahan timbul apabila syarikat MAS ditutup dan membuka syarikat baru yang bernama Malaysia Airlines Berhad (MAB).

https://www.youtube.com/watch?v=IE0_X3kw_3Y&t=30s

https://www.thesundaily.my/archive/ministry-send-explanation-letters-3600-retrenched-mas-staff-updated-ITARCH491389

https://www.youtube.com/watch?v=v2dZFTJJloI

PEMASALAHAN TERHADAP KAUM PEKERJA KRU KABIN.

NUFAM telah menyuarakan ketidak puasan hati atas proses kenaikan haji, pembuangan pekerja wanita atas deban berat badan dan masalah polisi syarikat penerbangan yang dihadapi oleh kaum pekerja Kru Kabin. Isu proses untuk kembali berkhidmat dengan syarikat penerbangan semula masih dijalankan dan di pantau oleh NUFAM.

PENYERAHAN MEMORANDUM KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA

NUFAM juga telah menyerah banyak memorandum kepada bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Badawi, Dato' Seri Najib Abdul Razak, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Dato' Seri Ismail Sabri atas isu ketirisan suntikan dana kerajaan kepada syarikat penerbangan dan juga isu ketidakadilan terhadap kaum pekerja. Isu isu ini mendapat perhatian kerajaan dan NUFAM mohon agar dasar dan polisi kerajaan untuk melindungi hak pekerja diperbaiki semula.

https://www.youtube.com/watch?v=0YQD_vvIYGA

TRAGEDI MH370 dan MH17.

Antara isu yang terkesan sekali adalah tragedi MH 370 dan MH17 di mana ramai Kru Kabin telah meninggal dunia. Lebih 300 Kru Kabin dilaporkan hilang tanpa kesan dan juga meninggal dalam kedua dua tragedi tersebut.

NUFAM juga telah memberi bantuan kapada waris keluarga mangsa Kru Kabin MH370 dan MH17 dengan memberi sumbangan kewangan kepada waris keluarga ini.

https://www.youtube.com/watch?v=pv0OsSwXfSQ

https://www.youtube.com/watch?v=sSAOtA2u6J4&t=4s

NUFAM masih bergiat aktif dan akan terus memantau pemasalahan kaum pekerja di syarikat penerbangan atas isu isu keselamatan dan kebajikan. Antara isu isu sehingga hari ini yang masih dibangkitkan adalah masalah kos sara hidup pekerja, masalah kenaikan gaji dan elaun pekerja yang tidak setimpal dengan keadaan ekonomi semasa negara.

NUFAM juga merupakan ahli kepada Pertubuhan Antarabangsa Pekerja Industri Pengangkutan Global (ITF).

https://malaysiagazette.com/2023/01/04/perkenal-sop-baharu-sebelum-terima-pelancong-china-nufam/

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2022/05/27/win-win-situation-to-rehire-laid-off-cabin-crew-say-ex-flight-attendants/

https://www.malaysiakini.com/letters/381247

https://www.mondaq.com/employee-rights-labour-relations/1240686/case-update-malaysian-apex-court-sets-strong-precedent-for-trade-union-movement

https://www.theedgemarkets.com/article/mas-withdraws-application-judicial-review-nufams-status

https://www.theedgemarkets.com/article/court-appeal-rules-favour-mas-nufam-president-dismissal

https://worldofbuzz.com/msian-air-stewardess-was-inhumanely-sacked-for-being-0-7kg-over-[sunting | sunting sumber]

airlines-weight-standard/https://themalaysianreserve.com/2020/04/08/covid-19-tightens-grip-on-airline-industry/[sunting | sunting sumber]

https://malaysiagazette.com/2023/01/04/perkenal-sop-baharu-sebelum-terima-pelancong-china-nufam/[sunting | sunting sumber]

Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) amat berharap syarikat penerbangan di Malaysia akan nyerap kepakaran pekerja Malaysia Airlines (MAS) yang akan diberhentikan perkhidmatan pada 1 September 2025 .

Pada 27 Mei 2015, Presiden Nufam, Ismail Nasaruddin menghantar memorandum kesatuan kepada Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Seramai 6,000 pekerja MAS diberi pakej berhenti kerja . MAS terpaksa melalui fasa pemulihan dan terpaksa menamatkan perkhidmatan ribuan pekerjanya. Nufam cuba mendapatkan bantuan daripada Pemuda UMNO dengan harapan agar ianya mendapat perhatian dan pertimbangan oleh kerajaan.

Nufam berharap agar Khazanah Nasional Berhad dan MAS tidak mengambil langkah yang drastik tentang tindakan memberhentikan pekerja tersebut kerana ia melibatkan kebajikan pekerja dalam jumlah yang agak ramai. Pakej yang ditawarkan nanti hendaklah dibincangkan terlebihkan sebelum diumumkan.

Pekerja kabin anak kapal ramai juga terdiri daripada ibu tunggal, dan juga pasangan suami isteri yang sama-sama bekerja dalam bidang sama.Khairy Jamaludin selaku Menteri Belia dan Sukan diharap akan membentangkan tentang isu ini kepada Kabinet . [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

https://m.facebook.com/NationalUnionofFlightAttendantsMalaysiaNUFAM/

[Kategori:Kesatuan sekerja]]