Kesatuan Pelajar Islam Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) adalah sebuah pertubuhan pelajar islam terawal di tanah melayu, khususnya di negeri Johor Darul Takzim yang bernaung di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) sebagai badan gabungan anak negeri. KPIJ merupakan persatuan pelajar islam yang bergerak secara aktif dalam usaha menjaga, mengguna dan membangunkan seluruh pelajar islam di negeri Johor dengan baik dan betul, seawal umur 5 tahun sehingga 26 tahun menerusi 4 modul teras pembangunan insan dalam konteks aktivisma, intelektualisma, idealisma dan spiritualisma.

.

Layari laman web KPIJ di www.kpijohor.com, atau facebook Kesatuan Pelajar Islam Johor Official.

.Kandungan

  1. Sejarah
  2. Visi KPIJ
  3. Misi KPIJ
  4. Sembilan Orientasi Gerakan
  5. Tujuh Budaya
  6. Empat Modul Teras Pembangunan Insan
  7. Barisan Kepimpinan KPIJ Pusat 2015/2016

.

Sejarah

KPIJ telah berdaftar secara sah dan rasminya di bawah Registry of Society (ROS) pada tahun 1956 di Melaka, dan kemudian didaftarkan semula dibawah Registry of Youth (ROY) pada tahun 2009 dengan nombor pendaftaran PPBM 3876/09. KPIJ pada peringkat awal penubuhannya digerakkan oleh kumpulan guru dibawah pimpinan Allahyarham Ustaz Abdul Manan, yang mengangkat kepentingan dan kebajikan pelajar islam di johor khususnya, untuk diperjuang pada ketika itu.

.

Visi

Membina dan memimpin tamadan khayra ummah

.

Misi

Mempersiap generasi tamadun khayra ummah

.

Sembilan Orientasi Gerakan

KPIJ telah menggariskan beberapa landasan teori sebagai orientasi gerakan persatuan ini iaitu :

.

1. Dakwah & Tarbiah

Gerakan Islam yang diasaskan dengan semangat amar makruf nahi mungkar (menyeru ke arah kebaikan dan menyanggah kemungkaran), mementingkan sistem pendidikan dan latihan ahli yang lengkap dan bersepadu.

.

2. Ilmiyyah (Berbudaya ilmu)

Gerakan yang ditunjangi oleh budaya ilmu yang mantap, rasional dan objektif dalam membezakan anatara hak dan batil.

.

3. Desekularisasi

Gerakan yang menggabung jalinkan ilmu-ilmu wahyu (revealed knowledge) dan ilmu-ilmu yang dituntut (acquired knowledge) dalam proses membangunkan ummat serta mengambil pendekatan mengintelektualkan ulama’ dan mengulama’kan intelektual.

.

4. Waşoţiyyah (Kesederhanaan)

Mengambil pendekatan yang sederhana dan tepat dengan menjauhi segala bentuk kecenderungan yang melampau.

.

5. Jamāhiriyyah (Akomodatif)

Mengambil kira kepelbagaian gaya hidup masyarakat dalam merangka gerak kerja terhadap sasaran dakwah yang berbeza.

.

6. Wāqi`iyyah (Setempat)

Menimbang realiti setempat yang cukup tersendiri dalam melaksanakan ‘manhaj mālizy’ (pendekatan berasaskan sosio-demografi Malaysia) dalam penyebaran dakwah.

.

7. Tārikhiyyah (Historis)

Sebuah gerakan yang mempunyai pengalaman dan prestasi gerak kerja yang terbukti berkesan, matang dan mampu kekal relevan sepanjang zaman.

.

8. Ālamiyyah (Global)

Menjadi gerakan yang dalam gerak kerjanya menjangkau dan merentasi sempadan geografi, politik, agama, budaya dan bangsa.

.

9. Non-Partisan

Mendokong kebenaran dan menyanggah kebatilan tanpa sebarang keterikatan dengan sebarang puak atau pihak hingga menghalang pertimbangan rasional dan keadilan.

.

Tujuh Budaya

KPIJ telah meletakkan 7 garis budaya sebagai satu perkara wajib yang mesti diamalkan oleh ahli persatuan :

.

1. Memugar budaya ilmu dan berakhlak mulia

Budaya ini selaras dengan tuntutan Allah di dalam surah Al-Alaq yang pertama diturunkan sebagai permulaan suatu kebangkitan dominan ilmu serta alam. KPIJ di dalam orientasinya meletakkan Ālamiyyah sebagai ukuran kekuatan insan bagi membezakan yang hak dan batil. Ianya didasari oleh Al-Quran dan As-Sunnah serta ilmu-ilmu keduniaan lain yang menjadi adunan terbaik pembinaan insan berkualiti.

.

2. Bersedia untuk belajar, mengajar dan diajar

Sifat ini selaras dengan ciri-ciri pembinan generasi rabbāni yang melatih insan untuk bersifat terbuka, menerima pandangan dan dalam masa yang sama berhikmah dalam menegur pihak lain. Budaya ini mampu memupuk rasa rendah diri (tawadhu`) atas kelebihan yang ada dan memperbaiki kelemahan sendiri serta orang lain.

.

3. Penghayatan amalan kerohanian 

Penghayatan budaya ini dilakukan melalui Qiamullail, zikir al-Mathurat dan amalan-amalan Rasulullah SAW secara istiqamah baik secara individu atau jemaah. Hubungan intim kita dengan Allah SWT merupakan prasyarat utama dalam membina kekuatan kita selaku gerakan pelajar Islam.

.

4. Memperkasa semangat ukhuwwah

Semangat ini terbina atas dasar aqidah seterusnya melahirkan rasa kasih sayang sesama insan kerana Allah. Ia mendorong insan untuk sama-sama menjaga kebajikan dan kepentingan insan lain. Rasulullah SAW berpesan dalam hadithnya yang bermaksud: "tidak sempurna iman seorang daripada kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sebagaimana kamu mengasihi saudara kamu sendiri." (Hadis riwayat Bukhari) 

5. Menghayati amalan syura, amal jamā`iy & budaya kerja terancang 

Amalan syura secara bersepadu dalam sistem keorganisasian dibuat bagi memastikan kelancaran perjalanan persatuan. Manakala budaya kerja terancang merupakan satu latihan disiplin ahli sebagai tanda patuh dan taat kepada keputusan yang telah dipersetujui bersama. Namun kesatuan amal ini hanya terlaksana dengan terikatnya kesatuan fikrah sehingga membentuk satu gelombang dakwah yang berterusan dan terencana.

.

6. Prihatin dan iltizam dengan isu semasa

Perbincangan dalam isu-isu sosial dan kemasyarakatan seperti isu pendidikan, kebejatan sosial, pencabulan hak asasi manusia dan lain-lain adalah antara usaha untuk membuka perspektif realiti umat Islam masa kini. Budaya ini penting dalam merancang, menganalisa dan merumus isu tersebut dalam rangka membela umat.

.

7. Menghayati rūh al-jihād fï sabïl al-Allah 

Inilah peringkat tertinggi yang dapat dicapai hasil latihan dan semangat untuk meratakan kalimah iman dan amal di segenap alam. Peringkat ini hanya teruji dengan pengorbanan tidak berbelah bahagi terhadap urusan jamaah bersandarkan fiqh al-awlawïyah (fiqh keutamaan). Jiwa yang terbina di atas landasan jihad menuntut kesediaan diri insan dengan semua persiapan di atas.

.

Empat Modul Teras Pembangunan Insan

KPIJ dalam melaksanakan tugas menjaga, mengguna dan membangunkan masyarakat pelajar islam dijohor, telah menumpukan 4 radas idea yang utama iaitu idealisma, intelektualisma, aktivisma dan spiritualisma seperti keterangan dibawah:-

.

1. Idealisme

– Kemahiran memahami dan menangani isu-isu semasa

– Peningkatan mutu dan gaya kepimpinan

– Pembaharuan dan penyegaran idealisme pelajar di Malaysia

– Ziarah pemimpin dan tokoh

.

2. Intelektualisma

– Kemahiran penguasa dwi ilmu

– Penterjemahan ilmu untuk penghayatan di dunia realiti

– Bahasa Melayu kritikal

– Kajian kes serta kaedah menangani isu-isu pendidikan bersifat massa yang berkaitan kepentingan ilmu

.

3. Aktivisma

– Praktikal dakwah dan khidmat masyarakat

– Kemahiran menjadi fasilitator, jurulatih dan koordinator serta pengurusan program

– Perlaksanaan program-program untuk pelajar

– Latihan kempen-kempen prihatin

.

4. Spiritualisma

– Penghayatan amalan-amalan fardhu ain dan kifayah

– Kuliah-kuliah pengajian kitab agama tentang aqidah, tasawwuf dan syariah

– Persekitaran yang sentiasa nasihat-manasihati dan tolong-menolong

– Penghayatan akhlak mulia sebagai teladan generasi muda

.

Barisan Kepimpinan Kesatuan Pelajar Islam Johor 2015/2016

Email : kpij.skp@gmail.com atau kpij.skp@yahoo.com

.

Prioriti Jawatan Nama
Pimpinan Kanan Yang Di Pertua (YDP) MUHAMMAD SYI’ARUDDIN BIN MD KHUSAINI
Pimpinan Kanan Timbalan Yang Di Pertua (TYDP) AMIRUL NA’IM BIN AHMAD AZAM
Pimpinan Kanan Ketua Hal Ehwal Siswi (HEWI) NUUR JANNAH BINTI ISMAIL
Pimpinan Kanan Timbalan Hal Ehwal Siswi (THEWI) AFIFAH BINTI SHAMSUDDIN
Pimpinan Kanan Setiausaha Agong (SUA) MOHAMMAD TIRMIZI BIN ABDUL MANAF
Penolong Setiausaha MUHAMMAD AQIL BIN ZAINALABIDDIN
Pimpinan Kanan Bendahari NUR SHAFIKAH BINTI MOHD FIKRI
Exco Biro Exco Dakwah dan Tarbiah (D&T) MUHAMMAD HAZIQ BIN HASBOLLAH
Exco Biro 'Exco Dakwah dan Tarbiah (D&T)' MOHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL RAZAK
Exco Biro 'Exco Dakwah dan Tarbiah (D&T)' SITI NURUSSHAADAH BINTI MD KHAIR
Exco Biro Exco Latihan dan Pembangunan (BLP) MUHAMMAD FAWZY AFDZA BIN HISHAM
Exco Biro Exco Kaderisasi (KADER) ABDUL RAUF BIN HAMDAN
Exco Biro Exco Kaderisasi (KADER) MUHAMMAD ZAKI MUINUDDIN BIN BAHARUM
Exco Biro Exco Kaderisasi (KADER) NURUL FATHIAH BINTI MUHAMMED FAUZI
Exco Biro Exco Ekonomi SHAHIRAH BINTI ABD RAHMAN
Exco Biro Exco Ekonomi NUR AIN NAQWA BINTI MAT JUSOH
Exco Biro Exco Tugas-tugas Khas (TTK) CHE MUHAMMAD FIKRI BIN CHE SALIM
Exco Biro Exco Tugas-tugas Khas (TTK) NUR ATIKA BINTI HAIRI