Kesetaraan palsu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kesetaraan palsu
</img>
Kedua-dua mereka mempunyai misai, tetapi itu tidak menjadikan mereka sama.

Kesetaraan palsu ialah falasi tak formal di mana kesetaraan dibuat antara dua subjek berdasarkan alasan yang salah. Kekeliruan ini dikategorikan sebagai falasi ketidakkonsistenan.[1] Dalam bahasa sehari-hari, kesetaraan palsu sering dipanggil "membandingkan epal dan oren".

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kekeliruan ini dilakukan apabila satu sifat yang dikongsi antara dua subjek diandaikan menunjukkan kesetaraan, terutamanya dalam susunan magnitud, apabila kesetaraan tidak semestinya menerbitkan hasil logik.[2] Kesetaraan palsu ialah hasil biasa apabila persamaan anekdot dinyatakan sebagai sama, tetapi tuntutan kesetaraan tidak diteliti kerana persamaan itu berdasarkan peringkasan melampau atau ketidaktahuan faktor tambahan. Corak falasi selalunya seperti ini:

Jika A ialah set bagi C dan D, dan B ialah set bagi D dan E, maka, oleh kerana kedua-duanya memiliki D, A dan B adalah sama (setara).

"D" tidak perlu wujud dalam kedua-dua set; hanya suatu persamaan yang diperlukan agar falasi ini diterbitkan.[3]

Jika epal dan oren kedua-duanya ialah buah, dan kedua-duanya berbiji, maka epal dan oren adalah sama.[2]

Contoh[sunting | sunting sumber]

Darjat magnitud
Tumpahan minyak di tempat parkir
Tumpahan minyak di lautan

Pernyataan berikut ialah contoh kesetaraan palsu: [3]

"Tumpahan minyak Deepwater Horizon tidak lebih berbahaya daripada apabila jiran anda menitiskan sedikit minyak ke tanah semasa menukar minyak keretanya."
"Persamaan palsu" di sini ialah perbandingan antara perkara yang berbeza mengikut banyak darjat magnitud:[3] Deepwater Horizon menumpahkan 210 juta US gal (790 juta L) minyak;[4] dan kejadian minyak tumpah dari kereta hanya sebanyak 1 US pt (0.47 L).
"Kedua-duanya asal Felidae, dan mamalia dalam order Carnivora, [5] oleh itu, terdapat sedikit perbezaan antara mempunyai kucing peliharaan dan jaguar yang dipelihara."[6]
"Persamaan palsu" di sini ialah peringkasan melampau[3] faktor yang menjadikan suatu haiwan sesuai untuk dijadikan haiwan peliharaan.[7]
"Mengambil ganja boleh membawa kepada pengambilan dan memperoleh ketagihan heroin di kemudian hari dengan bertindak sebagai dadah pintu masuk, jadi mengambil ganja adalah seperti mengambil heroin."[8]
"Persamaan palsu" di sini adalah tidak mengambil kira perbezaan kemungkinan. Mengambil heroin lebih berkemungkinan membawa kepada ketagihan heroin lanjutan pada masa hadapan daripada mengambil ganja.[8]

Punca negatif[sunting | sunting sumber]

Hujah kesetaraan palsu sering digunakan dalam kewartawanan[9][10] dan dalam politik, di mana kelemahan seorang ahli politik boleh dibandingkan dengan kelemahan yang sama sekali berbeza dari yang lain.[11]

Thomas Patterson dari Pusat Media, Politik dan Dasar Awam Shorenstein di Universiti Harvard menulis tentang kesetaraan palsu yang digunakan oleh media semasa pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2016:

Keseteraan palsu sedang berkembang secara besar-besaran akibat berita negatif yang berterusan. Jika semuanya dan setiap orang dipaparkan secara negatif, ada satu kesan kesetaraan yang membuka pintu kepada si penipu. Media dalam sejarah telah membantu rakyat untuk mengenal pasti ahli politik yang berhemah dengan yang berpura-pura. Liputan berita kini mengaburkan perbezaan ini.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Phillips, Harry; Bostian, Patricia (2014). The Purposeful Argument: A Practical Guide, Brief Edition (ed. Second). Cengage Learning. m/s. 129. ISBN 9781285982847.
  2. ^ a b Edward Webber, penyunting (2013-08-16). "False Equivalence". Truly Fallacious. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-14. Dicapai pada 2017-02-17.
  3. ^ a b c d Bennett, Robert "Bo". "False Equivalence". logically fallacious. Dicapai pada 2018-11-27.
  4. ^ (Laporan). Diarkibkan daripada yang asal |archive-url= requires |url= (bantuan) pada 2012-09-15. Missing or empty |title= (bantuan)
  5. ^ Salles, L. O. (1992). "Felid phylogenetics: extant taxa and skull morphology (Felidae, Aeluroidea)" (PDF). American Museum Novitates (3047). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-04-18. Dicapai pada 2017-04-17.
  6. ^ "Cat or Lion: Differences Between Wild and Domestic Cats". one Tree Veterinary Medical Center. 2017-02-16.
  7. ^ "Distinguishing Cougars, Bobcats, and Domestic Cats". Department of Natural Resources. michigan.gov.
  8. ^ a b Finocchiaro, Maurice A. (1981). "Fallacies and the Evaluation of Reasoning". American Philosophical Quarterly. 18 (1): 13–22. ISSN 0003-0481.
  9. ^ Krugman, Paul (2016-09-16). "The Falsity of False Equivalence". The New York Times. Dicapai pada 2017-02-17.
  10. ^ Phillips, Ari (2016-08-26). "Welcome to the maddening world of false equivalence journalism". Fusion. Dicapai pada 2017-02-17.
  11. ^ Buchanan, Neil H. (2016-06-22). "The False Equivalence of Clinton and Trump's Negatives". Newsweek. Dicapai pada 2017-02-17.
  12. ^ Patterson, Thomas E. (2016-12-07). "News Coverage of the 2016 General Election: How the Press Failed the Voters". Shorenstein Center.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]