Keterbakaran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Tanda amaran cecair mudah terbakar

Keterbakaran (Inggeris: flammability) ialah ukuran betapa senang sesuatu objek terbakar. Darjah keterbakaran sesuatu bahan ditentukan oleh ujian api. Dalam peringkat antarabangsa, terdapat banyak protokol untuk menilai keterbakaran. Kedudukan yang diperolehi digunakan dalam kod bangunan, keperluan insurans, kod kebakaran dan sebarang peraturan lain yang melibatkan penggunaan bahan binaan dan juga penyimpanan dan pengurusan bahan-bahan sangat mudah terbakar di dalam dan di luar struktur dan dalam pengangkutan darat dan udara.

Pengelasan keterbakaran[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Amerika Syarikat, agensi-agensi pengawalan AS dan Pertubuhan Perlindungan Kebakaran Kebangsaan AS (NFPA) menggunakan piawaian Sistem Pengenalpastian Bahan-bahan Berbahaya (HMIS) untuk menilai keterbakaran.

Penilaiannya adalah seperti berikut:

Kedudukan Darjah keterbakaran Contoh
0 Bahan-bahan yang tidak boleh terbakar air
1 Bahan-bahan yang mesti dipanaskan terlebih dahulu sebelum boleh terbakar minyak pelincir, minyak masak
2 Bahan-bahan yang perlu dipanaskan secara sederhana atau didedahkan kepada suhu persekitaran yang agak tinggi sebelum ia terbakar minyak diesel
3 Cecair-cecair dan pepejal-pepejal yang boleh terbakar dalam hampir sebarang suhu gasolin, asetona
4 Bahan-bahan yang akan mengewap serta-merta dalam tekanan atmosfera dan suhu normal, atau telah tersedia tersebar dalam udara dan boleh terus terbakar gas asli, propana, butana

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.