Ketika Aku Kecil (album Ana Raffali)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ketika Aku Kecil)
Ketika Aku Kecil
Album studio oleh
Dilancarkan padaApril 2010 (2010-04)
GenrePop, Akustik
SyarikatUniversal
PenerbitAidit Alfian
Single daripada Ketika Aku Kecil
  1. "Hujan Bunga Di Kuala Lumpur"
  2. "Tolong Ingatkan Aku"
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini


Ketika Aku Kecil adalah sebuah album pop akustik debut nyanyian penyanyi lagu-lagu puisi akustik Ana Raffali yang diterbitkan pada tahun 2010. Album ini ditangani oleh komposer terkenal Aidit Alfian yang pernah menerbitkan album penyanyi seperti Elyana dan Ajai & Nurul serta terlibat secara langsung dengan kemasukan kumpulan-kumpulan indie seperti Hujan, Coco & Flop Poppy ke arus perdana.


Konsep[sunting | sunting sumber]

Kesemua lagu di dalam album ini ditulis sendiri oleh Ana dengan bantuan dan kelolaan Aidit[perlu rujukan]. Album ini disifatkan sebuah album yang Melayu dan membawa mesej yang mudah dan senang diterima oleh umum. Lagu-lagunya lebih berentak akustik dengan sedikit sentuhan folks dan alternatif. Konsep yang dibawa Ana ini dibandingkan dengan Ratu Alternatif Malaysia, Abot yang pernah popular pada era 90an.


The Marhaens[sunting | sunting sumber]

Album ini diserikan dengan iringan persembahan kugiran yang khas untuk Ana iaitu The Marhaens yang diketuai oleh Aidit sendiri sebagai pemain gitar akustik. Berikut adalah senarai penuh anggota The Marhaens;-

The Marhaens

  • Ana Raffali (Vokal, gitar)
  • Aidit Alfian (Gitar akustik)
  • Andy (Flop Poppy)(gitar bass)
  • Pito (bass)
  • GG (gitar elektrik)
  • Alfa Booty (gitar elektrik)
  • Eddy Rahman (gitar elektrik)
  • Iqbal Hisham (cello)
  • Nazrin (cello)
  • Rohnie Tan (biola)
  • Mie (dram)
  • Rumie Booty (dram)
  • Geeka (dram)
  • Bobo (perkusi)
  • Khalil (harmonica dan melodion)


Penerimaan Komersial[sunting | sunting sumber]

Single pertama album ini ialah sebuah lagu rancak berjudul Hujan Bunga Di Kuala Lumpur yang mula diputarkan di corong-corong radio pada bulan November 2009. Seterusnya Ana muncul dengan single kedua yang berentak perlahan berjudul Tolong Ingatkan Aku pada bulan April 2010 sempena pelancaran album ini. Lagu tersebut menjadi salah sebuah lagu yang popular hingga dinobatkan sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu ke-25[perlu rujukan]. Biarpun berlaku sedikit pertikaian mengenai kemenangan lagu ini, ketua juri - M. Nasir menyifatkan lagu ini bersifat peribadi, ringkas dan ada rasa yang ingin disampaikan penggubah (yang juga si penyanyi lagu itu) sampai kepada para pendengar, justeru "lagu ini berjaya memikat hati juri kerana ia mempunyai elemen pembaharuan." Tambahnya lagi, lagu itu mempunyai lirik yang penuh makna dan dihasilkan dengan penuh kejujuran. "Lirik dan melodinya amat ringkas, namun penuh kejujuran berbanding dari yang lain. Mungkin lagu ini tidak popular tetapi ia ada kekuatan yang melayakkannya untuk menang."

Ana merupakan komposer wanita pertama yang memenangi anugerah utama di AJL setelah 24 pemenang sebelumnya dikuasai oleh komposer lelaki. Menerusi album debut ini juga Ana mula dikenali di kalangan peminat seni Malaysia. Ana menerima pencalonan untuk kategori Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.


Senarai Runut[sunting | sunting sumber]

# Judul Lagu Menampilkan Komposer Penulis Lirik Masa
1 "Hujan Bunga Di Kuala Lumpur" 4:39
2 "Tolong Ingatkan Aku" 4:06
3 "Cuba Jangan" 4:56
4 "Dan Ku Biarkan Kau Terlepas" 4:34
5 "Bentes" 4:00
6 "Ketika Aku Kecil" 3:51
7 "Tingkap Kaca" 4:39

Video Muzik[sunting | sunting sumber]

Dua buah video muzik dibikin untuk promosi album ini. MTV single pertama - Hujan Bunga Di Kuala Lumpur diarahkan oleh Ana sendiri sementara MTV lagu Tolong Ingatkan Aku telah diarahkan oleh Guzman Iqmal Ali di bawah terbitan Roll Em Production. Kedua-dua video ini menampilkan aktor Zahiril Adzim sebagai pelakon undangan. Zahiril juga muncul dalam persembahan Ana ketika AJL 25.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

  • Juara Keseluruhan - Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku ciptaan Ana sepenuhnya
  • Pencalonan Separuh Akhir Muzik Muzik 25 menerusi lagu Hujan Bunga di Kuala Lumpur.