Ketoksikan anggur dan kismis pada anjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemakanan anggur dan kismis boleh mendatangkan ancaman kesihatan berpotensi kepada anjing. Ketoksikannya kepada anjing boleh menyebabkan haiwan berkenaan menghidap kegagalan ginjal akut (kegagalan ginjal secara tiba-tiba) dengan anuria (pengeluaran air kencing sedikit). Fenomena ini pertama kali dikenal pasti oleh Pusat Kawalan Racun Haiwan (APCC) yang dikendalikan oleh Persatuan Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan Amerika Syarikat (ASPCA). Kira-kira 140 kes dilihat oleh APCC dalam satu tahun dari April 2003 hingga April 2004, dengan 50 ekor mengalami gejala penyakit dan tujuh ekor mati.[1] Walaupun begitu, terdapat banyak anjing boleh memakan sebilangan besar anggur tanpa mengalami sebarang kesakitan, maka tidak jelaslah bahawa sesetengah kes terperhati bagi kegagalan ginjal ikutan pemakanannya adalah kerana anggur semata-mata. Kajian klinikal mencadangkan pengingesan kismis dan anggur boleh membawa maut, tetapi "mekanisme ketoksikan" masih dianggap tidak diketahui.[2]

Sebab dan patologi[sunting | sunting sumber]

Sebab sesetengah anjing menghidap kegagalan ginjal ikutan pengingesan anggur dan kismis tidak diketahui. Jenis anggur yang terlibat termasuklah kedua-dua tidak berbiji benih dan berbiji benih, belian dari kedai dan tumbuhan dari rumah, dan anggur tekanan daripada tempat wain.[3] Mikotoksin disyaki terlibat, tetapi belum dijumpai di dalam anggur atau kismis diinges oleh anjing terjejas.[4] Dos toksik teranggar bagi anggur ialah kira-kira 19 g/kg,[2] dan untuk kismis ialah kira-kira 3 g/kg.[2][5] Jumpaan patologi paling kerap ialah nekrosis tubul ginjal proksimal.[6] Dalam sesetengah kes, satu tumpukan pigmen emas-perang yang tidak dikenal pasti dijumpai di dalam sel epitelium ginjal.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "ASPCA Animal Poison Control Center Issues Nationwide Update: Raisins and Grapes Can Be Toxic To Dogs". ASPCA. 6 Julai 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-07. Dicapai pada 13 Februari 2007.
  2. ^ a b c "Food Hazards: Raisins/grapes". Buku Panduan Veterinar Merck. 2006. Dicapai pada 13 Februari 2007. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Merck" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ McKnight, Katrina (Februari 2005). "Grape and Raisin Toxicity in Dogs" (PDF). Veterinary Technician: 135–136. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2006-12-06. Dicapai pada 13 Februari 2007.
  4. ^ Mazzaferro, Elisa M. (2006). "Emergency Approach to Toxins" (PDF). Prosiding Persidangan Veterinar Amerika Utara. Dicapai pada 13 Februari 2007.
  5. ^ a b Morrow C, Valli V, Volmer P, Eubig P (2005). "Canine renal pathology associated with grape or raisin ingestion: 10 cases". Journal of Veterinary Diagnostic Investigation. 17 (3): 223–31. PMID 15945377.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  6. ^ Eubig P, Brady M, Gwaltney-Brant S, Khan S, Mazzaferro E, Morrow C (2005). "Acute renal failure in dogs after the ingestion of grapes or raisins: a retrospective evaluation of 43 dogs (1992–2002)". Journal of Veterinary Internal Medicine. 19 (5): 663–74. doi:10.1892/0891-6640(2005)19[663:ARFIDA]2.0.CO;2. PMID 16231710.CS1 maint: multiple names: authors list (link)