Ketopong
Penampilan
Ketopong ([kĕ.to.pong], Jawi: كتوڤوڠ ) merupakan suatu sarung kepala yang ditukang daripada besi serta dipakai kesateria dan hulubalang bersama baju zirah untuk tujuan perlindungan kepala daripada terkena pukulan senjata berbahaya ketika berperang pada zaman dahulu. Peranannya yang begitu penting dalam keadaan ini menjadi alat sebegini diterapkan untuk kegunaan upacara atau istiadat (misalnya dalam pakaian anggota polis atau pegawai tentera negara tertentu atau persalinan diraja sesetengah kerajaan atau empayar) pada masa kini.