Ketua Operasi Tentera Laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ketua Operasi Tentera Laut
CNO
Cop Mohor Ketua Operasi Tentera Laut
Bendera Ketua Operasi Tentera Laut
Penyandang
Laksamana Michael M. Gilday
sejak 22 Ogos 2019
Jabatan Tentera Laut
Lapor kepadaSetiausaha Pertahanan
Setiausaha Tentera Laut
Bidang kuasaAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
InstitusiTentera Laut Amerika Syarikat Edit the value on Wikidata
KediamanWashington Navy Yard (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Dilantik olehPresiden
atas nasihat dan persetujuan Senat
Tempoh jawatan4 tahun
Boleh diperbaharui
Surat cara pembentukan10 U.S.C. § 5033
Dibentuk11 Mei 1915
Pemegang pertamaLKS William S. Benson
Timbalan/naibTimbalan Ketua Operasi Tentera Laut
Tapak webOfficial Website
Twitter: USNavyCNO Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Ketua Operasi Tentera Laut atau Chief of Naval Operations (CNO) ialah sejenis jawatan berkanun (10 U.S.C. § 5033) yang disandang oleh laksamana empat bintang dalam Tentera Laut Amerika Syarikat, dan merupakan pegawai beruniform paling kanan yang ditugaskan dalam Jabatan Tentera Laut. Beliau adalah penasihat ketenteraan dan timbalan kepada Setiausaha Tentera Laut. Di dalam kapasiti yang berasingan, CNO juga merupakan anggota Ketua Turus Bersama (10 U.S.C. § 151) dan penasihat ketenteraan kepada Majlis Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Tanah Air, Setiausaha Pertahanan, dan Presiden. Ketua Operasi Tentera Laut terkini ialah Laksamana Michael M. Gilday dan jawatan ini setaraf dengan Panglima Tentera Laut Malaysia dan First Sea Lord UK.

Ketua Operasi Tentera Laut ialah sejenis jawatan pentadbiran yang berpengkalan di Pentagon, dan walaupun CNO tidak mempunyai kuasa perintah beroperasi keatas pasukan-pasukan Tentera Laut yang sebenar (iaitu dibawah bidang kuasa Panglima-Panglima Medan yang melapor terus kepada Setiausaha Pertahanan), CNO boleh melaksanakan pengawasan unit tentera dan organisasi sebagai wakil dari Setiausaha Tentera Laut.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]