Ketua Pembangkang (Malaysia)
![]() | Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Ketua Pembangkang
كتوا ڤمبڠكڠ | |
---|---|
Gelaran | Yang Berhormat |
Pusat | Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur |
Pemegang sulung | Burhanuddin al-Helmy |
Pembentukan | 1959 (1379H / B.E.2502) |
![]() |
Rencana ini sebahagian daripada siri: Politik dan pemerintahan Malaysia |
![]() |
|
Portal Malaysia |
Pembangkang di Malaysia merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan parti politik yang diwakili di dalam Parlimen Malaysia yang tidak membentuk kerajaan sama ada bersendirian ataupun gabungan. Rencana ini menggunakan istilah kerajaan seperti yang digunakan dalam sistem berparlimen, contoh maksudnya lebih menjurus kepada pentadbiran atau kabinet berbanding negara.
Secara teori, mengikut sistem Demokrasi Westminster yang mana ia diikuti oleh sistem Malaysia, Pembangkang dilihat sebagai kerajaan alternatif dan bersedia untuk memasuki pejabat bagi menggantikan kerajaan sebelumnya selepas bertarung dalam pilihan raya umum. Kerajaan didominasi oleh Barisan Nasional (dan parti sebelumnya, Parti Perikatan) di dalam parlimen sejak kemerdekaan, pandangan ini diketepikan dan tidak diendahkan oleh pengundi Malaysia yang mana selepas pilihan raya umum 2008 menyebabkan Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan bahawa Pembangkang sebagai "kerajaan dalam penantian".
Mengikut tradisi, Ketua Pembangkang dipilih berdasarkan parti yang diwakilinya yang membentuk jumlah kerusi terbesar di Dewan Rakyat, dan ia tidak membentuk kerajaan.
Ketua Pembangkang terkini ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ia bersama dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk membentuk Pakatan Rakyat. Anwar dilantik ke jawatan itu selepas memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008.
Ketua Pembangkang dilihat sebagai Perdana Menteri dalam penantian.
Walau bagaimanapun, istilah ini tidak semestinya merujuk kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana wujudnya parti-parti pembangkang lain di luar PR. Antaranya Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Reformasi Negeri (STAR).
Semenjak Mei 2020, Pakatan Harapan ialah pembangkang resmi di Malaysia
Selain itu, gelaran "pembangkang" juga boleh diberikan di peringkat negeri, misalnya kerajaan persekutuan BN telah lama menjadi pembangkang di Kelantan.[1]
Senarai Ketua Pembangkang[sunting | sunting sumber]
Berikut adalah senarai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dari tahun 1959 sehingga sekarang. Iaitu:[2]:
# | Potret | Ketua Pembangkang | Parti politik | Tempoh jawatan | Perdana Menteri | Ruj. | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mengambil jawatan | Lucut jawatan | ||||||||
1 | Burhanuddin al-Helmy (1911–1969) AP bagi Besut |
PAS | 1959 | 1964 | Tunku Abdul Rahman | ||||
2 | ![]() |
Tan Chee Khoon (1919–1996) AP bagi Batu |
SF (LPM) | 1964 | 1969 | ||||
- | Kedudukan kosong | 1969 | 1971 | ||||||
Abdul Razak Hussein | |||||||||
3 | ![]() |
Mohamed Asri Muda (1923–1992) AP bagi Pasir Puteh |
PAS | 1971 | 1973 | ||||
4 | ![]() |
Lim Kit Siang (lahir 1941) AP bagi Bandar Malacca |
DAP | 30 Januari 1973 | 31 Julai 1974 | [3] | |||
5 | ![]() |
James Wong Kim Min (1922–2011) AP bagi Miri-Lubis |
SNAP | 1974 | 1974 | ||||
6 | ![]() |
Edmund Langgu Anak Saga (lahir 1936) AP bagi Saratok |
SNAP | 4 November 1974 | 4 November 1975 | [4] | |||
7 | ![]() |
Lim Kit Siang (lahir 1941) AP bagi Kota Melaka (1975-1978) AP bagi Petaling (1978–1982) AP bagi Kota Melaka (1982-1986) AP bagi Tanjong (1986–1999) |
DAP | 4 November 1975 | 12 Jun 1978 | [5] | |||
Hussein Onn | |||||||||
31 Julai 1978 | 29 Mac 1982 | [6] | |||||||
Mahathir Mohamad | |||||||||
10 Julai 1982 | 19 Julai 1986 | [7] | |||||||
8 Oktober 1986 | 4 Oktober 1990 | [8] | |||||||
10 Disember 1990 | 6 April 1995 | [9] | |||||||
15 Jun 1995 | 10 November 1999 | [10] | |||||||
8 | ![]() |
Fadzil Noor (1937–2002) AP bagi Pendang |
PAS | 20 Disember 1999 | 23 Jun 2002 | [11] | |||
9 | ![]() |
Abdul Hadi Awang (lahir 1947) AP bagi Marang |
9 September 2002 | 4 Mac 2004 | [12] | ||||
Abdullah Ahmad Badawi | |||||||||
10 | ![]() |
Lim Kit Siang (lahir 1941) AP bagi Ipoh Timor |
DAP | 19 Mei 2004 | 13 Februari 2008 | [13] | |||
11 | ![]() |
Wan Azizah Wan Ismail (lahir 1952) AP bagi Permatang Pauh |
PKR | 30 April 2008 | 28 Ogos 2008 | [14][15] | |||
12 | ![]() |
Anwar Ibrahim (lahir 1947) AP bagi Permatang Pauh |
28 Ogos 2008 | 3 April 2013 | [16] | ||||
Najib Razak | |||||||||
26 Jun 2013 | 16 Mac 2015 | [17][18] | |||||||
13 | ![]() |
Wan Azizah Wan Ismail (lahir 1952) AP bagi Permatang Pauh |
PH (PKR) | 18 Mei 2015 | 7 April 2018 | [19] | |||
14 | ![]() |
Ahmad Zahid Hamidi (lahir 1953) AP bagi Bagan Datuk |
BN (UMNO) | 16 Julai 2018 | 10 Mac 2019 | Mahathir Mohamad | [20] | ||
15 | ![]() |
Ismail Sabri Yaakob ( Lahir 1960) AP bagi Bera
|
11 Mac 2019 | 24 Februari 2020 | |||||
16 | ![]() |
Anwar Ibrahim (Lahir 1947) AP bagi Port Dickson |
PH (PKR) | 18 Mei 2020 | Sekarang | | | Muhyiddin Yassin |
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat
- Pakatan Harapan
- Senarai parti politik Malaysia
- Dewan Rakyat Malaysia
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "BN Kelantan tidak rela lagi jadi pembangkang". Utusan Online. 07/04/2013. Dicapai pada 14 Mei 2013. Periksa date values in:
|date=
(bantuan) - ^ "PKR president poised to make history as first woman Opposition Leader". The Star. 20 Mac 2008. Dicapai pada 21-03-2008. Periksa date values in:
|accessdate=
(bantuan) - ^ Hansard - 30 Januari 1973
- ^ Hansard - 4 November 1974
- ^ Hansard - 5 November 1975
- ^ Hansard - 10 Oktober 1978
- ^ Hansard - 12 Oktober 1982
- ^ Hansard - 8 Oktober 1986
- ^ Hansard - 10 Disember 1990
- ^ Hansard - 15 Jun 1995
- ^ Hansard - 20 Disember 1999
- ^ Hansard - 9 September 2002
- ^ Hansard - 19 Mei 2004
- ^ Hansard - 30 April 2008
- ^ "PKR president poised to make history as first woman Opposition Leader". The Star. 20 Mac 2008. Diarkib daripada yang asal pada 21 Mei 2011. Dicapai pada 21 Mac 2008. Parameter
|deadurl=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ Hansard - 28 Ogos 2008
- ^ Hansard - 26 Jun 2013
- ^ "Anwar disqualified as MP since Mar 16, says speaker". The Malaysian Times. 1 April 2015. Dicapai pada 3 April 2015.
- ^ Hansard - 18 Mei 2015
- ^ https://www.malaysiakini.com/news/424466