Ketua Skuadron

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search


Insignia lengan/bahu Ketua Skuadron

Ketua Skuadron (Squadron Leader atau Sqn Ldr dalam RAF dan PAF; SQNLDR dalam RAAF dan RNZAF; kadang kala S/L dalam semua cabang perkhidmatan) ialah pangkat pegawai bertauliah dalam Tentera Udara Diraja[1] dan tentera udara banyak negara yang mempunyai pengaruh sejarah British. Ketua Skuadron juga telah digunakan sebagai jawatan pemerintahan kavalri (UK) dan pangkat (Perancis) semenjak abad ke-19. Di Argentina ia digunakan sebagai jawatan pemerintahan oleh kedua-dua unit kavalri tentera darat dan unit penerbangan tentera udara.

Ia juga kadang kala digunakan sebagai terjemahan bahasa Inggeris yang setaraf dengan pangkat di negara-negara yang mempunyai struktur pangkat spesifik tentera udara bukan Inggeris.

Pangkat Ketua Skuadron tentera udara berada di atas Flait Leftenan dan berada dibawah Wing Komander.Ia mempunyai kod pangkat OF-3 NATO, dan setaraf dengan Leftenan Komander dalam Tentera Laut Diraja atau Mejar dalam Tentera Darat British atau Marin Diraja. Pangkat setaraf dalam Women's Auxiliary Air Force, Women's Royal Air Force (hingga 1968) dan Princess Mary's Royal Air Force Nursing Service (hingga 1980) ialah "pegawai skuadron".

Pangkat Ketua Skuadron kavalri di Perancis juga sepadan dengan Mejar OF-3, dan jawatan ketua skuadron kavalri di UK secara umumnya juga bersepadan dengan pangkat ini.

Tentera darat[sunting | sunting sumber]

Di dalam Pengawal Peribadi Kavalri dan Kor Armor Diraja British, "ketua skuadron" ialah gelaran (bukan pangkat) yang selalu diberikan kepada komander sesebuah skuadron (kompeni) kenderaan tempur berperisai. Ketua skuadron biasanya berpangkat mejar, namun dalam Perang Dunia II jawatan tersebut kerap disandang oleh Kapten.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:UK officer ranks