Ketua Turus Bersama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Simbol Ketua Turus Bersama Amerika Syarikat
Ketua Turus Bersama dan beberapa orang Panglima Tertinggi berkumpul di Pentagon pada 1 Julai 1983.

Ketua Turus Bersama atau Joint Chiefs of Staff (JCS) ialah sebuah badan pemimpin kanan tentera di Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang menasihati Setiausaha Pertahanan, Majlis Keselamatan Tanah Air, Majlis Keselamatan Negara dan Presiden Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan. Komposisi Ketua Turus Bersama ditentukan oleh kuasa statut dan mengandungi Pengerusi Ketua Turus Bersama (CJCS), Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama (VCJCS), dan para Panglima Perkhidmatan Tentera dari Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara, Kor Marin, dan Ketua Biro Pengawal Kebangsaan, kesemuanya dilantik oleh Presiden selepas diluluskan Senat. Setiap individu Panglima Perkhidmatan Tentera, selain daripada tugas-tugas wajip Ketua Turus Bersama, bekerja secara langsung untuk Setiausaha Jabatan Tentera yang berkenaan, iaitu Setiausaha Tentera Darat Amerika Syarikat, Setiausaha Tentera Laut Amerika Syarikat, dan Setiausaha Tentera Udara Amerika Syarikat.

Selepas Akta Goldwater-Nichols diluluskan pada tahun 1986, Ketua Turus Bersama tidak mempunyai kuasa pemerintahan beroperasi, tidak secara individu ataupun secara kolektif, kerana rantaian pemerintah bermula dari Presiden ke Setiausaha Pertahanan, dan dari Setiausaha Pertahanan ke Para Panglima Markas Medan. Goldwater-Nichols juga mewujudkan jawatan Timbalan Pengerusi, dan kini Pengerusi dinamakan sebagai penasihat utama ketenteraan kepada Setiausaha Pertahanan, Majlis Keselamatan Tanah Air, Majlis Keselamatan Negara dan kepada Presiden.

Staf Bersama atau Joint Staff (JS) ialah sebuah markas staf di Pentagon, mengandungi anggota-anggota dari setiap empat cabang perkhidmatan bersenjata Jabatan Pertahanan, yang membantu Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dan diuruskan oleh Pengarah Staf Bersama (DJS) yang berpangkat Leftenan Jeneral atau Laksamana Madya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]