Ketua Turus Pertahanan (United Kingdom)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ketua Turus Pertahanan
MinistryofDefence.svg
Jata Kementerian Pertahanan
Flag of the Chief of the Defence Staff.svg
Bendera
Ketua Turus Pertahanan
US Navy photo 191120-N-BB269-1046 U.S., U.K., Japan Navies Reaffirm Commitment to Increased Cooperation (Tony Radakin cropped).jpg
Penyandang
Laksamana Sir Tony Radakin
sejak 30 November 2021
Kementerian Pertahanan
Ahli kepadaMajlis Pertahanan
Jawatankuasa Ketua Turus
Lapor kepadaSetiausaha Negara bagi Pertahanan
PencadangCadangan Setiausaha Negara bagi Pertahanan kepada Perdana Menteri
PelantikDiperkenankan oleh Baginda Ratu
Pembentukan1 Januari 1959
Pemegang pertamaMarsyal RAF Sir William Dickson
TimbalanNaib Ketua Turus Pertahanan
Laman sesawang[1]

Ketua Turus Pertahanan atau Chief of the Defence Staff (CDS) ialah ketua profesional Angkatan Tentera British dan merupakan penasihat ketenteraan paling kanan kepada Setiausaha Negara bagi Pertahanan dan Perdana Menteri. Ketua Turus Pertahanan berpusat di Kementerian Pertahanan dan bekerjasama dengan Setiausaha Tetap, iaitu pegawai kanan kerajaan dalam kementerian. Ketua Turus Pertahanan adalah jawatan British yang bersamaan dengan Ketua Pertahanan dalam NATO dan Kesatuan Eropah serta setaraf dengan Pengerusi Ketua Turus Bersama AS dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Mengikut perlembagaan, Raja adalah Pemerintah Tertinggi de jure Angkatan Tentera. Bagaimanapun, menurut amalan, Kerajaan British melaksanakan de facto Prerogatif Diraja dan menyediakan arahan kepada Angkatan Tentera melalui Majlis Pertahanan Kementerian yang mana ahlinya adalah Ketua Turus Pertahanan.

Ketua Turus Pertahanan terkini ialah Laksamana Sir Tony Radakin, yang menggantikan Jeneral Sir Nick Carter pada November 2021. Ketua Turus Pertahanan dilantik atas nasihat Setiausaha Negara bagi Pertahanan kepada Perdana Menteri sebelum diperkenankan oleh Baginda Raja.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]