Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ketua Turus Tentera Darat Amerika Syarikat
CSA
Flag of the Chief of Staff of the United States Army.svg
Bendera Ketua Turus Tentera Darat
McConville as CSA.jpg
Penyandang
Jeneral James C. McConville
sejak 9 Ogos 2019
Jabatan Tentera Darat
Staf Tentera Darat
Ahli kepadaKetua Turus Bersama
Lapor kepadaSetiausaha Pertahanan
Setiausaha Tentera Darat
PusatThe Pentagon, Daerah Arlington, Virginia, AS
PelantikPresiden
atas nasihat dan persetujuan Senat
Tempoh jawatan4 tahun
Boleh diperbaharui
Surat cara pembentukan10 U.S.C. § 3033
PeloporPanglima Tentera Darat
Pembentukan15 Ogos 1903
Pemegang pertamaLt.Jen Samuel B. M. Young
Laman sesawangOfficial Website

Ketua Turus Tentera Darat atau Chief of Staff of the Army (CSA) ialah sejenis jawatan berkanun (10 U.S.C. § 3033) yang disandang oleh jeneral empat bintang dalam Tentera Darat Amerika Syarikat, dan merupakan pegawai beruniform paling kanan yang ditugaskan dalam Jabatan Tentera Darat, dan juga penasihat utama ketenteraan serta timbalan kepada Setiausaha Tentera Darat. Di dalam kapasiti yang berasingan, beliau adalah anggota Ketua Turus Bersama (10 U.S.C. § 151), dan juga penasihat ketenteraan kepada Majlis Keselamatan Negara, Setiausaha Pertahanan, dan Presiden. Ketua Turus merupakan pegawai tertinggi yang aktif dalam Tentera Darat AS melainkan Pengerusi dan/atau Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama juga merupakan pegawai Tentera Darat.

Ketua Turus Tentera Darat ialah sejenis jawatan pentadbiran yang berpengkalan di Pentagon, dan walaupun Ketua Turus tidak mempunyai kuasa perintah beroperasi ke atas angkatan Tentera Darat yang sebenarnya (iaitu di bawah bidang kuasa Panglima-Panglima Medan yang melapor terus kepada Setiausaha Pertahanan), Ketua Turus boleh melaksanakan pengawasan unit tentera dan organisasi sebagai wakil dari Setiausaha Tentera Darat.

Ketua Turus Tentera Darat terkini ialah Jeneral James C. McConville dan jawatan ini setaraf dengan Panglima Tentera Darat Malaysia dan Ketua Turus Am British.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]