Ketuat kaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ketuat kaki merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang timbul pada bahagian kaki, terutamanya dikawasan yang menerima beban apabila berjalan atau berlari. Bahagian yang dijangkiti ketuat timbul, berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan keras.

Ketuat jenis ini mungkin menyebabkan kesakitan atau menimbulkan rasa tidak selesa apabila berpijak dengan kaki yang dijangkiti. Lazimnya terdapat titik hitam pada permukaannya disebabkan pendarahan kecil. Pengunaan alas cecincin disekeliling ketuat mampu memberikan kelegaan sementara kepada pesakit tersebut.