Ketuk-ketuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ketuk-ketuk, juga dikenali sebagai kertuk Kayu atau kerantung merupakan sejenis alat yang digunakan bagi menghasilkan muzik dan sebagai alat komunikasi. Ketuk-ketuk biasanya diperbuat daripada batang kayu, biasanya kayu nangka, yang ditebuk lubang ditengahnya. Untuk membunyikannya, ia diketuk dengan kayu pemukul secara berulang-ulang.

Selepas kedatangan Islam, ia digunakan sebagai menandakan masuk waktu solat. Tetapi ia juga digunakan semasa berlaku kematian, atau peristiwa kecemasan seperti orang mengamuk, serangan musuh dan sebagainya.