Pergi ke kandungan

Ketumbukan Udara Ke-2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ketumbukan Udara Ke-2
Aktif1942–1955
NegaraKesatuan Soviet
CawanganTentera Udara Soviet
JenisKetumbukan Udara
Saiz2,004 pesawat (April 1945)
Pertempuran
Komander
Komander
terkenal
Stepan Krasovsky
Tugu peringatan untuk Ketumbukan Udara Ke-2, Brovary, Ukraine

Ketumbukan Udara Ke-2 (Rusia: 2-я воздушная армия (2 ВА); 2 VA) ialah sebuah ketumbukan udara dalam Tentera Udara Merah (Tentera Udara Soviet) semasa Perang Dunia Kedua.

Ditubuhkan pada Mei 1942, ketumbukan ini berjuang dalam Pertempuran Stalingrad dan merupakan salah satu formasi udara utama Soviet dalam Pertempuran Kursk dan Pertempuran Dnieper. Sepanjang dua tahun terakhir perang, ketumbukan ini memberikan sokongan udara kepada pasukan Soviet di bawah Barisan Pertama Ukraine, termasuk dalam Penyerangan Lvov-Sandomierz, Penyerangan Berlin, dan Penyerangan Prague.

Selepas tamat perang, ketumbukan ini ditempatkan di Austria dan Hungary sebagai sebahagian daripada angkatan pendudukan Soviet. Ia dinamakan semula pada tahun 1949 sebagai Ketumbukan Udara Ke-59, dan kemudiannya dibubarkan pada tahun 1955 apabila tentera Soviet berundur dari Austria.

Para panglima

[sunting | sunting sumber]

Ketumbukan ini diperintah oleh:[1][2][3]

  • 05/05/1942 – Mejar Jeneral Udara Stepan Krasovsky
  • 05/07/1942 – Konstantin Smirnov, Kolonel, (Mejar Jeneral Udara dari 17 Oktober 1942);
  • 03/27/1943 – Mei 1947 – Stepan Krasovsky, (Krasovsky telah dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral Udara dengan bermula dari 20 Disember 1942 dan Kolonel Jeneral Udara dari 4 Februari 1944);
  • September 1947 - Kolonel Jeneral Stepan Ulyanovich Rubanov
  • Julai 1950 - Kolonel Jeneral Vasily Nikolaevich Bibikov
  • Julai 1953 - Kolonel Jeneral Georgy Vasilevich Zimin
  • Mei 1954 - Kolonel Jeneral David Yakovlevich Slobozhan
  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "victory1"
  2. "Вооруженные силы России". www.soldat.ru. Dicapai pada May 19, 2020.
  3. "ВОЕННАЯ ЛИТЕРАТУРА --[ Военная история ]-- Кожевников М.Н. Командование и штаб ВВС Советской Армии в Великой Отечественной войне 1941-1945 г г." militera.lib.ru. Dicapai pada May 19, 2020.

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]