Keusahawanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Keusahawanan atau kewirausahaan merujuk kepada kaedah mereka bentuk, melancarkan serta mengendalikan suatu perniagaan yang bersaiz kecil. Perkara ini digambarkan sebagai "keupayaan dan kesanggupan membangun, mengatur dan mengurus suatu perusahaan niaga yang turut termasuk risiko yang ada demi mendapatkan keuntungan".[1]

Gambaran ringkas[sunting | sunting sumber]

Idea mengenai keusahawanan moden ini mula dipopularkan pada tahun 1930-an oleh Joseph Schumpeter, seorang ahli ekonomi dari Austria serta juga pernah menjawat sebagai Menteri Perdagangan negara berkenaan. Menurut beliau, seseorang usahawan itu dikatakan mempunyai kesanggupan dan keupayaan menukarkan suatu ciptaan yang baharu kepada suatu inovasi yang berjaya.[2]

Para usahawan bertindak sebagai pengurus yang memerhatikan permulaan dan perkembangan sebuah perusahaan. Keusahawanan dilihat sebagai proses di mana seseorang individu atau pasukan mengenalpasti sebuah peluang perniagaan lalu memperoleh serta menggunakan sumber yang perlu untuk mengeksploitasikan peluang tersebut.

Keusahawanan boleh berfungsi dalam suatu ekosistem yang sering kalinya mempunyai:

  • Program dan perkhidmatan dari pemerintah yang menggalakkan keusahawanan serta menyokong usahawan dan perusahaan yang beru dimulakan
  • Pertubuhan bukan kerajaan seperti persatuan dan pertubuhan perniagaan kecil yang meberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada bakal usahawan
  • Pertubuhan pendokong (advocacy organization) yang melobi pemerintah mendapatkan peningkatan sokongan terhadap rancangan keusahawanan serta peraturan dan undang-undangn yang mesra perniagaan kecil
  • Sumber dan kemudahan keusahawanan
  • Pendidikan dan rancangan latihan keusahawanan sediaan sekolah, kolej dan universiti
  • Pembiayaan (misalnya pinjaman bank, pembiayaan modal usaha rentan, pelaburan selamat serta geran yayasan persendirian dan pemerintah)[3]Templat:Qn

Usahawan memperlihatkan kecenderungan mereka terhadap kemungkinan yang baru dan melihat kehendak pasaran yang tidak dicapai;serta juga mengambil risiko yang menjadikan mereka lebih mengeksploit peluang perniagaan.[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Business Dictionary definition". Business Dictionary. 
  2. ^ Schumpeter, Joseph Alois (1976). [Keusahawanan di Buku Google Capitalism, Socialism and Democracy] Check |url= value (bantuan). Routledge. ISBN 978-0-415-10762-4. 
  3. ^ "Venture Investment - Regional Aggregate Data". National Venture Capital Association and PricewaterhouseCoopers. Dicapai 23 April 2016. 
  4. ^ S.X. Zhang; J. Cueto (2015). "The Study of Bias in Entrepreneurship". Entrepreneurship Theory and Practice. 41 (3): 419–454. doi:10.1111/etap.12212. 
  5. ^ Black, Ervin L.; Burton, F. Greg; Wood, David A.; Zimbelman, Aaron F. (August 2010). "Entrepreneurial success: differing perceptions of entrepreneurs and venture capitalists". The International Journal of Entrepreneurship and Innovation. 11 (3): 189–198. doi:10.5367/000000010792217272. Dicapai 28 July 2016. 

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]