Keuskupan Sibu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Keuskupan Sibu

Dioecesis Sibuensis
Katedral Sacred Heart, Sibu
Lokasi
NegaraMalaysia
Wilayah gerejaKuching
MetropolitanKuching
Statistik
Kawasan41,484 km2 (16,017 bt2)
Jumlah
- Penduduk
- Katolik
(setakat 2012[1])
800,000
110,853 (13.9%)
Paroki12
Maklumat
MazhabRoman Katolik
UpacaraLatin
Ditubuhkan22 Disember 1986
KatedralKatedral Sacred Heart
Sibu
Paderi sekular25
Kepimpinan terkini
PausFrancis
UskupJoseph Hii Teck Kwong
Keusukupan Agung MetropolitanSimon Peter Poh Hoon Seng
Jeneral VikarMichael Lee Hock Chai
Uskup EmeritusDominic Su Haw Chiu Bishop Emeritus (1987-2011)
Peta
Keuskupan Sibu meliputi kawasan-kawasan yang merupakan bahagian Sibu, Mukah, Sarikei dan Kapit
Keuskupan Sibu meliputi kawasan-kawasan yang merupakan bahagian Sibu, Mukah, Sarikei dan Kapit
Laman sesawang
www.catholic.my/dioceseofsibu/
Lambang Joseph Hii Teck Kwong

Keuskupan Roman Katolik Sibu (Lat: Dioecesis Sibuensis; Bahasa Inggeris: Diocese of Sibu) ialah keuskupan Upacara Latin Gereja Katolik Rom di Sarawak, Malaysia.

Dibangun pada tahun 1986, dari Keuskupan Agung Kuching, keuskupan itu tetap menjadi sufragan induknya.

Uskup pertama adalah Dominic Su Haw Chiu, dilantik pada tahun 1986, dan meminta persaraan awal pada Disember 2011 atas sebab kesihatan. Pada tahun 2008, kerana semakin banyak umat Katolik di keuskupan, Paus (kemudian Benedict XVI) melantik Msgr. Joseph Hii Teck Kwong sebagai Uskup Pembantu Keuskupan Sibu. Uskup Joseph Hii Teck Kwong adalah uskup Sibu sekarang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bermula dengan ketibaan Fr. Cornelius Keet, beliau merancang untuk memulakan perjalanan misionarinya di Bintangor dan Sare, atau sekarang, Sarikei, beliau berjaya menukar majoriti kaum Iban yang mengmalkan amalan animisme kepada agama Kristian dalam lawatannya yang singkat sebeblum kembali ke Kuching.

Ceritanya diteruskan dengan Fr. Vincent Halder membina Gereja Sacred Heart yang lama untuk melayani para umat sehingga tahun 1954. Beliau dikatakan sebagai seorang yang disukai ramai. Beliau kembali ke Eropah pada 1 Mac 1931 dan dalam perjalanan pulangnya ke Sibu, beliau jatuh sakit dan meninggal di Singapura pada 16 Ogos 1937. Ketika itu, beliau berusia 57 tahun. 28 tahun kemudian, mayat Fr. Halder digali semula untuk memberi laluan kepada projek pembangunan dan pada waktu itu, badannya masih segar dan dikebumi semula sekitar bandar.

Fr. William van Odijk menggantikan Fr. Halder untuk meneruskan penyebaran agama Krisitan. Sejak tahun 1910, Sibu diletakkan dalam misionari yang berasingan. Fr. Van Odijk, 55, meninggal pada tahun 1936.

Fr John Vos tiba di Sibu dan tugas utamanya ialah menyebarkan fahaman Kristian. Tidak lama selepas itu, beliau berpindah ke Kuching dan digantikan dengan Fr. James Buis. Ketika Sekolah Sacred Heart semakin berkembang, Fr. Thomas Delaney (1933-1937), Fr. William Wagenaar (1935-1938), Fr. Gerard Bruggeman (1937-1940), Fr. Francis Hulsbosch (1938-1939) dan Fr. John Dekker (1940-1942) ditugaskan menjadi pengetua sehingga Perang Dunia Kedua, dimana para paderi dari Eropah ditangkap Tentera Jepun kerana dianggap menentang mereka dan dipenjarakan di Kem Batu Lintang.

Pada waktu itu, Fr. Joseph Chin, satu-satunya paderi tempatan, dua kali ditangkap dan dipenjarakan. Beliau dikenali dengan pembinaan Gereja St. Mary dan menjadi rektor pertama (1967-1968). Beliau meninggal dunia pada tahun 1969 akibat kanser.

Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1947, paderi-paderi Eropah kembali menjalankan tugas misionari mereka dan Fr. Buis kembali ke Sibu. Fr. Dekker menguasai semula Sekolah Sacred Heart yang hancur pada penghujung 1945. Selama beberapa tahun, sekolah tersebut kembali berkembang. Fr. John Maher datang ke Sibu dan mengajar di sana selama 5 tahun.

Fr. James Buis dilantik sebagai Uskup Apostolik Borneo Utara (sekarang Sabah) pada 18 Januari 1947. Fr. Dekker dan Wagenaar memangku tugas pengetua pada tahun 1947-1950. Pada waktu itu, Fr. Clement Epping dan Charles Retirer tiba untuk mengkhususkan kerja misionari.

Fr. Adrian de Vos menjadi rektor baru Misionari Sibu pada tahun 1950. Beliau juga menjadi pengetua Sekolah Sacred Heart yang waktu itu mempunyai 600 pelajar. Pada tahun 1954, para paderi Mill Hill merasakan mereka tidak mampu mengolah kerja misionari mereka dengan tugasan sekolah, oleh hal yang demikian, mereka menjemput brothers dari La Salle untuk mengurus sekolah itu. Brother Fridolin menjadi pengetua pertama dari golongan La Salle Brothers. Sekolah Sacred Heart terus diterajui golongan tersebut sehingga tahun 1978, apabila Samuel Tan Yang Pheng, seorang guru, menjadi pengetua tempatan pertama sekolah berkenaan. SMK St. Elizabeth, sebuah sekolah khusus untuk pelajar perempuan, telah dibina bersebelahan sekolah itu untuk mengasingkan pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Sekolah Sacred Heart telah mendapat status sekolah kerajaan dan dijenamakan semula sebagai SMK Sacred Heart dan juga SK Sacred Heart.

Misionari Sibu terus dikuasai oleh golongan paderi Mill Hill sehingga penghujung 60an, apabila Fr. Peter Ng dan Fr. Thomas Taam menjadi paderi pertama dari Sibu dan diikuti oleh 3 beradik dari keluarga Su, Dominic, Francis dan Philip (meninggal 2003). Gereja Sacred Heart yang lama telah berpindah ke gereja baharu di Jalan Lanang pada tahun 1984 dan dinaiktaraf menjadi sebuah katedral pada tahun 1987 seiring dengan pelantikan Dominic Su Haw Chiu sebagai uskup pertama.

Berikutan penganut Kristian di Sibu bertambah, Keuskupan Sibu diwujudkan dan Fr. Dominic Su Haw Chiu ditahbiskan menjadi uskup pertama oleh Paus John Paul II di St. Peter's Basilica, sekaligus mengakhiri dominasi paderi Mill Hill secara beransur-ansur pada tahun 1986. Fr. Michael Lee Hock Chai menjadi paderi pertama ditahbiskan di katedral baharu pada waktu itu. Fr. David Bingham telah bekerja di paroki Selangau selama 14 tahun, bukan sahaja di dalam gereja, tetapi pada waktu stations of the cross. Beliau juga fasih berbahasa Iban. Fr. William Bos berkhidmat dengan komuniti Than, majoritinya Katolik, selain di Oya dan Igan. BEC ditubuhkan pada 5 Januari 1987, sebelum menyambut kedatangan Fr. Dominic sebagai uskup. Diosis ketika ini dibahagikan kepad 5 zon dan 4 daerah (Sibu, Mukah, Sarikei dan Kapit). Pada tahun 1993, 3 diakon dari Sacred Heart, Joseph Hii, Andrew Tan dan Alphonsus Tang ditahbiskan secara serentak di katedral berkenaan oleh Uskup Dominic Su. Pada tahun 2008, Paus Benedict XVI perkenan melantik Fr. Joseph Hii Teck Kwong sebagai uskup baharu. Beliau akan mengisi kekosongan yang dtinggalkan oleh Uskup Dominic pada penghujung 2011. Pada tahun 2012, secara rasminya dilantik sebagai uskup kedua.

Uskup[sunting | sunting sumber]

  • Dominic Su Haw Chiu (苏晓秋) (1987-2011)
  • Joseph Hii Teck Kwong (喜德光) (2012-)

Paderi[sunting | sunting sumber]

  • Msgr. Michael Lee Hock Chai
  • Fr. Peter Ng
  • Fr. Thomas Taam
  • Fr. Francis Su
  • Fr. James Ting
  • Fr. Joseph Sebastian
  • Fr. Alphonsus Tang
  • Fr. Andrew Tan
  • Fr. Paul Chee
  • Fr. Richard Lau
  • Fr. David Lau
  • Fr. Paul Ling
  • Fr. Philip Hu
  • Fr. David Ho
  • Fr. Fabian Kong
  • Fr. Simon Lau
  • Fr. Mark Aloysius, SJ
  • Fr. Ivan Fang, MHM
  • Fr. Ravi Alexander, OFM
  • Fr. Raphael Samosir, OFM
  • Fr. Francis Sundarajan, Neo-cat
  • Fr. Cruzito Manding, CSsR
  • Fr. Matthews Olili, MHM
  • Fr. Philip Obaso, MHM
  • Fr. Onesimus Kihokolho, MHM
  • Fr. George Omuto, MHM
  • Fr. S.K. Selvan, CMF
  • Fr. Michael Mariyaselvam, CMF
  • Fr. Michael Mandagiri, CMF
  • Fr. Sudhakar Meka, CMF[2]

Paroki[sunting | sunting sumber]

Sibu[sunting | sunting sumber]

  • Katedral Sacred Heart
  • Gereja St Mary's Of The Divine Mercy
  • Gereja St. Teresa

Tempat lain[sunting | sunting sumber]

  • Gereja St. Anthony, Sarikei
  • Gereja Kristus Raja, Bintangor
  • Gereja Sts. Peter and Paul, Mukah
  • Gereja St. Bernard, Dalat
  • Gereja St. Francis Xavier, Kanowit
  • Gereja Konsepsi Suci Maria, Kapit
  • Gereja St. Herbert, Song
  • Gereja St. Alphonsus, Julau[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]