Khai Bahar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Khai Bahar
Kelahiran
Muhammad Khairul bin Baharuddin

(1994-02-28) 28 Februari 1994 (umur 30)
Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, komposer, penulis lirik, pelakon
Tahun aktif2016–kini

Muhammad Khairul Baharuddin (dilahirkan pada 28 Februari 1994) atau lebih dikenali sebagai Khai Bahar merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki dari Malaysia. Berketinggian 170cm. Beliau mula dikenali menerusi aplikasi smule dan mendapat gelaran King of Smule[1] daripada peminat beliau.

Khai Bahar mempunyai kelompok penyokong yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Brunei, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Thailand. Dalam tempoh 7 tahun bergelar anak seni, Khai Bahar telah meraih hampir 50 anugerah iaitu dari Anugerah MeleTOP ERA (2017 - 2021), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2017 - 2021), Anugerah Planet Muzik (2017 & 2018), Top Hot HOT FM (2017) dan Anugerah Digital Muzik ERA (2018 & 2019).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Khai Bahar yang dilahirkan pada 28 Februari 1994 merupakan anak keempat daripada enam adik beradik dan beliau berasal dari Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Khai Bahar memulakan karier nyanyian beliau sebagai penyanyi busker / jalanan di Kuching, Sarawak di samping kerap memuat naik lagu-lagu cover nyanyiannya serta lagu-lagu ciptaan beliau sendiri di Youtube Channel "Muhammad Khairul" miliknya.

Sebelum bergelar penyanyi, Khai Bahar pernah dijemput untuk membuat opening act untuk penyanyi-penyanyi popular. Selain itu, Khai Bahar juga pernah menghadiri sesi uji bakat pertandingan realiti seperti Akademi Fantasia namun nasib tidak menyebelahi beliau. [2]

Nama beliau mula mendapat perhatian dan menarik minat ramai penggemar muzik Malaysia dan Indonesia setelah video nyanyiannya yang dimuat naik di aplikasi SMULE menjadi tular sekitar awal 2016. Lagu pertama yang beliau nyanyikan di aplikasi SMULE merupakan lagu Flashlight oleh Jessy J pada tahun 2015 disusuli dengan lagu-lagu lain. Antara lagu-lagu nyanyian beliau yang mendapat perhatian ramai ialah "Sudah Ku Tahu" (Projector Band), "Ku Tak Akan Bersuara" (Nike Ardilla) dan "Memori Berkasih" duet dengan Siti Nordiana. [3] [4]

Khai Bahar mendapat liputan stesen televisyen Indonesia, RCTI menerusi satu program hiburan mereka yang berjudul Silet. Khai Bahar mendapat perhatian program Silet selepas video SMULEnya dengan lagu "Ku Tak Akan Bersuara" nyanyian asal Nike Ardilla yang popular pada tahun 1994 menjadi viral di Indonesia dan Malaysia pada tahun 2016. Menerusi program Silet itu, dua orang penyanyi Indonesia iaitu Soimah dan Nia Daniaty memberikan pujian kepada kemampuan suara yang dipunyai oleh Khai Bahar.

Pada 2016, Khai Bahar ditawar kontrak untuk bernaung di bawah syarikat rakaman NAR Records. Setelah hampir 3 tahun sebagai penyanyi di bawah label NAR Records, Khai Bahar sudah mempunyai tujuh lagu solo iaitu "Bayang", "Dari Jauh Saja", "Sinar Syawal", "Luluh", "Cahaya 114", "Jodohku" dan "#123". Khai Bahar juga turut mempunyai tiga buah lagu duet yang berjudul "Rahsia Kita","Cinta Syurga" "Satukan Rasa" dan "Nafas Cinta". Lagu "Rahsia Kita" adalah lagu duet bersama Fatin Husna yang merupakan penyanyi wanita baharu di bawah label yang sama dengan beliau, NAR Records. Lagu "Cinta Syurga" pula adalah sebuah lagu berbentuk zikir, gandingan beliau dengan penyanyi popular Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza. Manakala lagu "Satukan Rasa" bergenre balada gandingan duet bersama Siti Nordiana dan lagu "Nafas Cinta" pula hasil paduan suara bersama Aina Abdul.

Setelah berkecimpung tiga tahun dalam industri seni sebagai penyanyi, Khai Bahar memperlihatkan bakatnya dalam dunia lakonan. Beliau bertuah kerana diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam drama pertama beliau bertajuk "Satukan Rasa". Kemudiannya, beliau meneruskan lagi percubaan dalam bidang lakonan dengan membintangi drama "Kisah Cinta Rumi" dan "Shakira".

Kemuncak populariti Khai Bahar adalah apabila beliau berjaya memenangi gelaran Artis Baharu MeleTOP pada Anugerah MeleTOP ERA 2017, kemudiannya dua trofi pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0, iaitu Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular. Selain itu, Anugerah Planet Muzik 2017 di Singapura, beliau menjadi pemenang kategori Lagu Paling Popular (Bayang) dan Artis Paling Popular. [5] Seterusnya, beliau juga berjaya memenangi Top Hot HOT FM 2017 menerusi kategori Penyanyi Hot 2017, Lagu Hot 2017 (Luluh) dan FB Live Hot 2017 (bersama Wany Hasrita). [6]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Label
2019 Air Mata NAR Records
2021 Damba Ketenangan Seventeen Eleven Music

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Komposer Lirik Label
2016 "Bayang" Alam Patrick Anohada NAR Records
2017 "Dari Jauh Saja" Akhadiat Denny
"Sinar Syawal" Patrick Anohada
"Luluh" Khai Bahar
2018 "Cahaya 114" Azrul Azlan
"Jodohku" (OST Cinta Tiada Ganti) Adi Priyo Manusia Putih
"#123" Khai Bahar Khai Bahar & Patrick Anohada
2019 "Air Mata" Khai Bahar
"Dia"
"Keranamu"
"Penantian" Manusia Putih
"Menyesal"
"Ratuku" Kanda, Azrul Azlan & Anwar Husaini Azrul Azlan Seventeen Eleven Music
2020 "HatiNyawa" Faizal Tahir Faithful Music
"Durja" (OST Tak Sempurna Mencintaimu) Iqie Hugh, Omar K & Khai Bahar
"Bangkit Semula" Adi Pawana & Gjie Adi Pawana Seventeen Eleven Music
2021 "Hilang Gelita" (OST Kisah Cinta Rumi) Khai Bahar Rozisangdewi
"Sengsara" (OST Dendam Penunggu) John Jeeves, Firdaus Rahmat & Omar K Alternate Records & Talents
2022 "Damba" (OST Shakira) Iqie Hugh & Omar K Seventeen Eleven Music
"Oh Wanita" Harry Khalifah Rusa Music
2023 "Lat Tali Lat" (OST Puaka Cuti Semester) Johan John Khaleel Alternate Records & Talents

Duet[sunting | sunting sumber]

Tahun Judul Komposer Lirik Label
2018 "Rahsia Kita" (duet bersama Fatin Husna) Harris Yusoff Jim Bimasakti NAR Records
"Cinta Syurga" (duet bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza) Siti Nurhaliza Siti Nurhaliza Productions

Universal Music Malaysia

2019 "Satukan Rasa" (duet bersama Siti Nordiana) (OST Drama Satukan Rasa) Kanda & Dinda Iman Imran Seventeen Eleven Music
2020 "Nafas Cinta" (duet bersama Aina Abdul) (OST Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard) & (Lagu Tema Lagu Cinta Kita TV3 Musim 3 2021) Aina Abdul & Khai Bahar Aina Abdul & Wan Zakaria Universal Music Malaysia
"Setanggi Syurga" versi 2020 (duet bersama Inteam) Manis Helma ITO Lara Seventeen Eleven Music
2022 "Kaulah Syurga" (duet bersama Lia Aziz (OST Drama 7 Hari Mencintaiku 3) Asfan Shah Siti Rosmizah Semail Rusa Music

Alternate Records & Talents

2023 "Selagi Ku Ada" (duet bersama Nabila Razali) (OST Drama Kerana Cinta Itu Ada) Amylea Azizan Alternate Records & Talents
"Pejam" (duet bersama Adira Suhaimi) Audi Mok & Shazee Nova Music Malaysia
"Tekad Perpaduan Penuhi Harapan" (duet bersama Aina Abdul) Affan Mazlan Radio Televisyen Malaysia

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Cinta Tiada Ganti (Slot Tiara) Dirinya sendiri Astro Prima dan Astro Maya HD Drama pertama, penampilan khas
2019 Satukan Rasa (Slot Megadrama) Faizal Bakri Astro Ria
2021 Kisah Cinta Rumi (Slot Lestary) Mikael Adzim TV3
2022 Shakira (Slot Akasia) Irdi

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2023 Pinang Durian Hamid Tonton

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV
2018 Bintang Minggu Ini Penyanyi utama bersama artis jemputan Astro Ria
2019 I Can See Your Voice Malaysia (musim 2) Ep 2 Artis jemputan TV3
2020 Konsert Minggu Ini Penyanyi utama bersama artis jemputan TV2
Immortal Songs Malaysia Peserta TV3
Gegar Vaganza 2020 Artis Jemputan (bersama Linda Nawuwil) Astro Ria
Big Stage 2020 Artis Jemputan (bersama Azzam Sham)
2021 All Together Now Malaysia Juri
Gegar Vaganza 2021 Artis Jemputan (bersama Suki Low)
2022 All Together Now Malaysia (Musim 2) Juri
2023 Big Stage 2023 Artis Jemputan (bersama Nadeera Zaini)
Hiburan Minggu Ini (karok) Artis Jemputan TV2

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencapaian
2017 Anugerah MeleTOP Era 2017 Artis Baharu MeleTOP Menang
Penyanyi MeleTOP Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 Artis Baharu Lelaki Popular Menang
Penyanyi Lelaki Popular Menang
Anugerah Planet Muzik 2017 Artis Paling Popular Menang
Lagu Paling Popular (Bayang) Menang
Anugerah Top Hot - HOT FM 2017 Penyanyi Lelaki Hot Menang
Lagu Hot 2017 (Luluh) Menang
FB Live Hot - Jamming bersama Khai Bahar & Wany Hasrita Menang
2018 Anugerah Digital Muzik ERA 2018 Lagu Cover Terbaik ( Luluh ) Menang
Anugerah Juara Lagu ke-32 Terbuka (Lagu Bayang) Tercalon
Penyanyi Pilihan Samsung Menang
Anugerah MeleTOP Era 2018 Penyanyi MeleTOP Menang
Lagu MeleTOP (Bayang) Menang
Top Top MeleTOP (Lelaki) Menang
Anugerah Planet Muzik 2018 Artis Paling Popular APM Menang
Ikon Media Sosial APM Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2019 Anugerah Digital Muzik ERA 2019 Penyanyi Paling Lit di Media Sosial Menang
Anugerah Juara Lagu ke-33 Terbuka (Lagu Luluh) Tercalon
MYSC Awards 2019 MYSC Breakthrough Awards (Male) Menang
Anugerah MeleTOP Era 2019 Penyanyi MeleTOP Lelaki Menang
Top Top MeleTOP (Lelaki) Menang
Anugerah Stail EH 2019 Selebriti Harapan Pilihan Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Penyanyi Lelaki Popular Menang
Anugerah Nasyid IKIM 2019 Artis Solo Pilihan Menang
Lagu Pilihan (Cahaya 114) Menang
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Siti Nordiana) Menang
FC FANtastik Popular (khaibaharempire) Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2020 Penyanyi MeleTOP Lelaki Tercalon
Grup/Duo MeleTOP (bersama (bersama Siti Nordiana) Menang
Top Top Grup/Duo MeleTOP (bersama Siti Nordiana) Menang
JOOX Music Awards (Year End 2020) Top 5 Local Hits (single Durja) Menang
Top 5 Local Artist Menang
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (bersama Aina Abdul) Menang
FC FANtastik Popular (khaibaharempire) Tercalon
Artis TikTok Popular Menang
Anugerah MeleTOP Era 2021 Penyanyi MeleTOP Era (Durja) Menang
Program MeleTOP (Konsert Minggu Ini #123 Khai Bahar RTM) Menang
Top Top MeleTOP (Lelaki) Menang
JOOX Music Awards (Mid Year 2021) Top Fans Pick Menang
Top 5 Local Artist Menang
JOOX Music Awards (Year End 2021) Top 5 Local Hits (single Sengsara) Menang
Top 5 Local Artist Menang
2022 Anugerah Juara Lagu ke-36 Penyanyi Pilihan Popular Oppo AJL (Nafas Cinta feat Aina Abdul) Menang
Terbuka (Lagu Nafas Cinta) Tercalon
Anugerah Nasyid IKIM 2022 Artis Solo Pilihan Menang
Lagu Pilihan (Ratuku) Menang
2023 Anugerah Juara Lagu ke-37 Penyanyi Pilihan Popular Alha Alfa AJL (Sengsara) Menang
Terbuka (Lagu Sengsara) Tercalon
Anugerah Drama Sangat 2023 OST Terbaik (Nafas Cinta ft Aina Abdul) Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Lelaki Popular Menang
2024 Gempak Most Wanted Awards 2023 Video Muzik Terbaik (Selagi Ku Ada bersama Nabila Razali) Menang[a]

Endorsmen[sunting | sunting sumber]

Tahun Produk Catatan
2017 Perfume Bayang Limited Edition Minyak wangi
2018,2019 C_Clean Plus by Khai Bahar Penjagaan muka
2018 NIVEA for MEN by NIVEA Penjagaan badan
2019 Far8 by Altelia Amani Baju Melayu / Kurta
2018 - 2022 Toyota Gazoo Racing (5 musim) by Toyota Group Pelumba Selebriti
2021 Igaiss minuman perisa mangga Produk Minuman
Car perfume by Vanzo Group Produk wangian kereta
2022 Choco product/snacks by ChocoAlbab Produk Makanan
2023 Elrah Exclusive Baju Melayu
Alicafe Power root Produk Minuman

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Tahun Produk Catatan
2021-2022 K Slimz by Khai Bahar Produk Minuman Kesihatan
Ayo Chicken with Ayo Chicken Group Produk Makanan

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Khai mengambil anugerah tersebut sebagai wakil

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Khai Bahar Malu Mikrofon Terbalik. mstar. Dicapai pada 18 Oktober 2018.
  2. ^ Haryani Ismail (2 Ogos 2016). Khai Bahar bangkit daripada kecewa silam. Berita Harian
  3. ^ Georgie Joseph (26 Mei 2016) Khai Bahar kuasai pelbagai genre Harian Metro
  4. ^ 28 April 2016. 'Smule' Nana dan Khai Bahar dapat perhatian. Sinar Harian
  5. ^ Trofi bukan tiket Khai Bahar goyang kaki. berita harian. Dicapai pada 18 Julai 2018.
  6. ^ Sokongan peminat buat Khai terus bersinar. harian metro. Dicapai pada 1 Februari 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]