Khairil Ridzwan Anuar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Loque
Nama lahirKhairil Ridzwan bin Anuar
Kelahiran (1977-11-09) 9 November 1977 (umur 43)
[[Alor Setar]], Kedah, Malaysia
GenreRock Nusantara
PekerjaanPemuzik, penyanyi, komposer, penulis lirik
InstrumenGitar, vokal
Tahun aktif1993–kini
Syarikat rakaman
Penerbitan Pancasona
Pengkarya berkait
Butterfingers, monoloQue, Atilia Haron

Khairil Ridzwan Anuar, lebih dikenali sebagai Loque (lahir 9 November 1977) merupakan seorang penyanyi dan pemuzik Malaysia. Beliau terkenal sebagai pemain gitar utama kumpulan Butterfingers dari 1993 hingga 2009 dan telah menerbitkan tujuh album bersama kumpulan ini. Selepas Butterfingers dibubarkan, beliau menubuhkan monoloQue.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 9 November 1977 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya melanjutkan pengajiannya di Berklee College of Music, Boston, Amerika Syarikat dan menerima pengiktirafan sebagai pelajar Dean’s List dari Berklee College; graduan Magna Cum Laude kelas 2009.

Kerjaya muzik[sunting | sunting sumber]

Butterfingers[sunting | sunting sumber]

Loque ialah ahli pengasas kumpulan Butterfingers. Beliau menubuhkan kumpulan ini bersama-sama rakannya Emmett (vokal dan gitar utama) Loko (dram) dan Kadak (bes) pada tahun 1993. Selain menjadi gitaris, beliau juga berkhidmat sebagai vokalis dan menulis kebanyakan lagu-lagu nyanyian kumpulan ini.[2]

MonoloQue[sunting | sunting sumber]

Ketika masih bersama Butterfingers, Loque memulakan kerjaya muzik bersama kumpulan monoloQue yang ditubuhkan pada 2004.[3]

Beliau bagaimanapun, paling dikenali menerusi lagu bertajuk "Kekanda Adinda" menampilkan duet bersama Atilia. Loque berkata: "Sebenarnya, lagu Kekanda Adinda ini ditulis pada asalnya dengan menggunakan nota yang agak berlainan tetapi ketika dimainkan, dengan sengajanya ditinggalkan beberapa buah nota dengan corak skala pentatonik... maka terhasillah lagu Kekanda Adinda yang anda dengarkan sekarang ini!,".[4]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Monoloque telah berkahwin dengan Dahlia Nadirah Juhari pada 2011 dan dikurniakan tiga anak perempuan yang kesemuanya dinamakan dengan nama klasik—Anggerik Dang Jelita (lahir 2013),[5] Seroja Dewi Harapan (lahir 2017)[6] dan Melor Pelangi Merdu (lahir 2019).[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Relevansi muzik Nusantara Monoloque Kosmo! (18 Ogos 2018). Dicapai pada 18 Ogos 2018.
  2. ^ "Bekas Vokalis Butterfingers di Universiti Teknologi Petronas - The Daily Seni". The Daily Seni (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 3 August 2015. Dicapai pada 2015-11-14. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ Loque daripada Butterfinger kepada Projek Monoloque OnlineFM (28 Mei 2012). Dicapai pada 28 Mei 2012.
  4. ^ Elrafaei Sapi (10 Disember 2018). Monoloque Dedah Sejarah Pembikinan Lagu Kekanda Adinda Astro Gempak. Dicapai pada 10 Disember 2018.
  5. ^ Anggerik Dang Jelita Nama Anak Sulung Loque Media Hiburan (19 April 2013). Diperoleh pada 20 April 2013.
  6. ^ Seroja Dewi Harapan, Nama Anak Kedua Monoloque My News Hub (29 Januari 2017). Dicapai pada 30 Januari 2017.
  7. ^ Melor Pelangi Merdu, nama anak ketiga MonoloQue Astro Awani (9 Januari 2019). Dicapai pada 2 Mac 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]