Khairuddin Abu Hassan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Yang Hormat Dato’ Sri Khairuddin bin Abu Hassan atau Abang K (lahir; 1968) ialah seorang ahli perniagaan dan ahli politik Malaysia.

Khairuddin Abu Hassan
Kelahiran1968 (umur 55–56)
PekerjaanAhli perniagaan
Ahli politik
PasanganDatin Sri Umie Aida
Anak-anak2

Dato' Sri Khairuddin berasal dari Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau merupakan suami kepada pelakon Datin Sri Umie Aida dan mempunyai dua orang anak.[1]

Sepupu Anwar Ibrahim[sunting | sunting sumber]

Khairuddin merupakan anak saudara Sulaiman Palestin. Beliau juga adalah sepupu kepada Anwar Ibrahim. Sulaiman Palestin dikatakan pernah menasihatkan Mahathir Mohamad agar tidak melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia.[perlu rujukan] Nama Sulaiman Palestin melonjak selepas membangkitkan isu Freemason dalam UMNO.[perlu rujukan]

Dalam Kes liwat Anwar Ibrahim I, nama Khairuddin Abu Hassan muncul beberapa kali turun naik mahkamah bersama Umi Hafilda Ali dan Khalid Jafri.[2][sumber tak boleh dipercayai?] Anwar Ibrahim adalah juga anak saudara Sulaiman Palestin. Khairuddin adalah penerbit buku kontroversi, 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM. Beliau juga merupakan adik kepada Dato Khalid iaitu suami Dato Siti Nurhaliza.

Saman Bacaria[sunting | sunting sumber]

Bernama melaporkan Ummi Hafilda Ali dan Khairuddin Abu Hassan menyaman akhbar tabloid Bacaria kerana menyiarkan artikel berunsur fitnah yang mendakwa mereka sudah berkahwin. Mereka menuntut ganti rugi RM10 juta daripada Karangkraf Sdn Bhd, Ultimate Print Sdn Bhd dan Media Network Sdn Bhd yang dinamakan sebagai defendan melalui saman yang difailkan pada 8 April.[bila?] Artikel fitnah itu bertajuk "Ummi Hafilda Nikah" disiarkan oleh Bacaria pada 13 Mac 1999. Reputasi mereka dikatakan terjejas sebagai manusia yang baik, usahawan dan saksi dalam kes Anwar.[3][sumber tak boleh dipercayai?]

Saman Khalid Ibrahim[sunting | sunting sumber]

Pada 24 November,[bila?] Khairuddin melantik peguam untuk saman malu berjumlah RM500 juta ke atas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan Negeri Selangor.[4][sumber tak boleh dipercayai?] Sinar Harian melaporkan, selaku Ahli Lembaga Pengarah LBCN Development Sdn Bhd, Khairuddin akan mengambil tindakan saman malu RM500 juta ke atas Abdul Khalid dan Kerajaan Negeri berhubung kenyataan biadab dan tidak bertanggungjawab tanpa usul periksa. Tindakan ini ada kaitan dengan kenyataan akhbar Abdul Khalid bertajuk ‘Tanah Hilang, Rumah Tak Dapat’.[5][perlu rujukan]

Bernikah di hadapan Baitullah[sunting | sunting sumber]

Majlis risikan Umie Khalsum Rahmad diadakan di rumah Erma Fatima di Taman Melawati, Ulu Klang.[6][sumber tak boleh dipercayai?]

Mereka berkahwin di tanah suci Mekah dengan latar belakang Baitullah. Rombongan 20 orang pergi ke Mekah. Mereka kembali ke Malaysia pada 18 Mac 2010. Majlis resepsi diadakan pada 28 Mac 2010. Majlis diadakan di One World Hotel dengan dihadiri seramai 1200 orang tetamu termasuk jemputan khas Tun Dr. Mahathir Mohammad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.[perlu rujukan]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Khairuddin meletakkan jawatan sebagai Ketua Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) Wilayah Persekutuan pada 20 Disember 2022. Beliau turut meletakkan jawatan selaku Ahli Majlis Eksekutif Pusat (MEP) berkuat kuasa serta-merta dan pembubaran Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Wilayah Persekutuan.[7]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]