Khairul Anuar Abd Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mejar Jeneral Dato Khairul Anuar Abd Aziz
Kelahiran
Khairul Anuar Abd Aziz
Warganegara Malaysia
PekerjaanTentera - Mejar Jeneral
MajikanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Terkenal keranaPenerima pingat Panglima Gagah Berani
PangkatMejar Jeneral

Mejar Jeneral Dato Khairul Anuar Abd Aziz adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Batu 3, Kampung Busut Jin, Jalan Temerloh, Pahang. Beliau telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani pada 2 Oktober1994 di atas keberaniannya semasa terlibat dalam misi menyelamat 70 orang US Rangers dan lima orang krew Udara Tentera Amerika yang dikepung di kawasan Pasar Bakara oleh Militia Farah Aideed.

Pada 4 Okt 1993, ketika itu Mej Jen Dato Khairul Anuar, telah terlibat dalam misi menyelamat 70 orang US Rangers dan lima orang krew Udara Tentera Amerika yang dikepung di kawasan Bakara Market oleh Militia Farah Aideed. Setelah puak militia menggunakan senjata anti kereta kebal, Mej Jen Dato Khairul mengarahkan anggota-anggotanya membalas tembakan. Tindakan berani yang diambil olehnya menyebabkan militia berundur dari medan pertempuran.

Misi menyelamat ini dilaksanakan dengan cemerlang oleh anggota MALBAT walaupun seorang anggota terkorban dan sembilan anggota tercedera serta empat buah kereta perisai pengangkut anggota (KPPA) rosak akibat ditembak dengan senjata anti kereta kebal oleh Militia Farah Aided. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 2 Okt 1994.

Rujukan[sunting | sunting sumber]