Khaldoon Al Mubarak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Khaldoon Al Mubarak
Khaldoon Al Mubarak.jpg
Khaldoon Al Mubarak semasa Forum Ekonomi Dunia di Davos pada bulan Januari 2008.
KelahiranAbu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu
Pusat pendidikanUniversiti Tufts
PekerjaanCEO Mubadala Development
Ahli Abu Dhabi United Group
Pengerusi Manchester City
AnugerahCommendatore OSSI medal BAR.svg Commander of the Star of the Order of the Italian Solidarity

Khaldoon Khalifa Al Mubarak[1](Bahasa Arab: خلدون المبارك‎; lahir 1975)[2][3][4] ialah seorang ahli perniagaan Emiriah Arab Bersatu.

Menerima pendidikan di Amerika Syarikat, dia memasuki kerjaya dalam pembinaan dan hartanah, menjadi CEO Mubadala Development Company. Beliau menganggotai beberapa Lembaga pengarah termasuk First Gulf Bank, Aldar Properties dan Ferrari.[5] Al Mubarak juga ahli Majlis Eksekutif Abu Dhabi dan Pengerusi Lembaga Eksekutif Hal Ehwal.

Dia menjadi pengerusi Manchester City selepas kelab itu dibeli oleh Abu Dhabi United Group pada bulan September 2008.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Al Mubarak dilahirkan di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu dan menerima pendidikan di Amerika Syarikat, di mana beliau memperolehi ijazah dalam bidang Ekonomi dan Kewangan dari Universiti Tufts, Boston, Massachusetts.[6][7] Jawatan pertamanya adalah sebagai eksekutif jualan di Abu Dhabi National Oil Company.[8]

Karier[sunting | sunting sumber]

Al Mubarak terlibat dalam pembinaan dan hartanah.[9] Selepas bekerja di syarikat minyak itu, beliau telah diambil bekerja oleh UAE Offsets Group, dimana dia memegang beberapa jawatan dalam syarikat itu.[7] Sejak itu beliau merupakan Naib Presiden Eksekutif Korporat di Dolphin Energy. Dia adalah CEO dan pengarah urusan syarikat pelaburan milik kerajaan Mubadala Development, yang melaksanakan projek kilang aluminium $5 billion di King Abdullah Economic City. Syarikat beliau juga memiliki saham yang besar dalam syarikat-syarikat lain, termasuk 5% bahagian dalam Ferrari,[7] 8.1% bahagian dalam AMD,[7] 7.5% bahagian dalam Carlyle Group dan satu bahagian dalam General Electric.[10][11] Pada bulan Mei 2005, beliau telah dilantik sebagai Naib Pengerusi Oasis International Leasing, sebuah syarikat pajakan berpangkalan di Abu Dhabi.[12] Melalui Mubadala Development, Al Mubarak merupakan pengerusi Pusat Diabetes Imperial College London (ICLDC) yang dibuka di Abu Dhabi pada tahun 2006,[13] Naib Pengerusi Piaggio Aero,[14] dan Naib Pengerusi LeasePlan.[15] Selain itu, dia berada dalam banyak lembaga pengarah termasuk ALDAR Properties, Emirates Foundation dan First Gulf Bank.[16]

Apabila kerajaan Abu Dhabi telah disusun semula pada tahun 2006, Al Mubarak menjadi pengerusi Lembaga Eksekutif Hal Ehwal dan ahli Majlis Eksekutif Abu Dhabi.[17][18] Beliau juga merupakan ahli Majlis Pendidikan Abu Dhabi,[19] pengarah Majlis Abu Dhabi bagi Pembangunan Ekonomi (ABCED),[20][21] dan Pengerusi Jabatan Organisasi dan Pentadbiran.[12] Al Mubarak merupakan pengerusi bersama Majlis Perniagaan AS-UAE United States Chamber of Commerce, yang ditubuhkan pada tahun 2007,[22] pengerusi Pihak Berkuasa Zon Abu Dhabi Media,[23] dan naib pengerusi Majlis Perancangan bandar Abu Dhabi yang ditubuhkan pada tahun 2007.[24][25]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, Al Mubarak telah dijadikan Commander of the Star of the Order of the Italian Solidarity atas sumbangan beliau kepada hubungan ekonomi antara Itali dan Emiriah Arab Bersatu.[19][26] Al Mubarak adalah pembantu yang dipercayai Mohammed bin Zayed Al Nahyan.[4] Sebagai sebahagian daripada pengambil alihan Manchester City F.C. oleh Abu Dhabi United Group pada 21 September 2008, ia telah dilaporkan bahawa Al Mubarak akan menggantikan Thaksin Shinawatra sebagai pengerusi.[27] Ia juga dilaporkan bahawa pengambil alihan itu akan siap sepenuhnya pada 24 September 2008.[28] Sebagai pengerusi Abu Dhabi Motor Sport Management Company,[29] Al Mubarak juga seorang tokoh utama dalam rundingan untuk Grand Prix. Beliau juga berpengaruh dalam mendapatkan Piala Dunia Kelab FIFA untuk diadakan di Abu Dhabi.[30] Al Mubarak juga ahli Lembaga Pemegang Amanah Universiti New York dan setakat 2013 beliau telah menyelia pembangunan kampus di Abu Dhabi.[31]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "NYU to Open Campus in Abu Dhabi". NYU Today. 21 (4). Dicapai 28 December 2008. 
  2. ^ http://edition.cnn.com/2007/BUSINESS/09/27/mubarak.interview/index.htmlGimbel, Barney (12 March 2007). "The richest city in the world". CNN Money. CNN. Dicapai 16 February 2009. 
  3. ^ Norrish, Mike (23 September 2008). "Manchester City manager Mark Hughes is a 'gem', says the club's new owner". The Daily Telegraph. Telegraph Media Group. Dicapai 16 February 2009. 
  4. ^ a b Thomas Jr., Landon (31 October 2008). "The Suave Public Face of Abu Dhabi's Billions". The New York Times. The New York Times Company. Dicapai 16 February 2009. 
  5. ^ "Khaldoon Khalifa Al Mubarak". Mubadala. Dicapai 12 July 2012. 
  6. ^ Gimbel, Barney (12 March 2007). "The richest city in the world". CNN Money. CNN. Dicapai 16 February 2009. 
  7. ^ a b c d Bhoyrul, Anil (18 September 2008). "Mubadala boss poised to take helm at Man City". Arabian Business. ITP Publishing Group. Dicapai 13 October 2010. 
  8. ^ Cushnan, David (20 July 2009). "Khaldoon Al Mubarak is Abu Dhabi's man of sport". SportsPro. Dicapai 21 October 2009. 
  9. ^ "Corporate Info – Khaldoon Al Mubarak". Manchester City F.C. Dicapai 13 October 2010. 
  10. ^ Heath, Thomas (15 February 2008). "Pair of Proposals Take Aim at Carlyle Group". Washington Post. Katharine Weymouth. Dicapai 22 September 2008. 
  11. ^ "GE & Mubadala Partnership". General Electric. Dicapai 16 February 2009. 
  12. ^ a b Golden, Lara Lynn (7 May 2005). "Khaldoon Khalifa Al Mubarak appointed Oasis Leasing Vice Chairman". AMEinfo.com. AME Info. Dicapai 22 September 2008. 
  13. ^ "Imperial College London and UAE Development Agency launch world-class diabetes centre in Abu Dhabi". Imperial College London. 14 August 2006. Dicapai 17 October 2009. 
  14. ^ "Khaldoon Mubarak, CEO, Mubadala Development Company". CNN. 28 September 2007. Dicapai 17 October 2009. 
  15. ^ Bailey, Chris (19 September 2008). "Plans take shape at City". Manchester Evening News. Dicapai 17 October 2009. 
  16. ^ Bailey, Chris (19 September 2008). "Plans take shape at City". Manchester Evening News. Dicapai 13 October 2010. 
  17. ^ Defterios, John (20 September 2008). "Two trips, one new program". CNN. Dicapai 17 October 2009. 
  18. ^ "Abu Dhabi govt restructuring to spur efficiency". Khaleej Times. 6 March 2006. Dicapai 17 October 2009. 
  19. ^ a b "Chairman of the Executive Affairs Authority". Abu Dhabi Government. Dicapai 17 October 2009. 
  20. ^ "Board of Directors". Abu Dhabi Council for Economic Development. Dicapai 17 October 2009. 
  21. ^ "The Abu Dhabi Economic Vision 2030" (PDF). Government of the General Secretariat Executive Council of Abu Dhabi. Dicapai 17 October 2009. 
  22. ^ "About the U.S.-U.A.E. Business Council". Dicapai 17 October 2009. 
  23. ^ Hagey, Keach (12 October 2008). "Media brands focus on Abu Dhabi". The National. Dicapai 17 October 2009. 
  24. ^ "Council Members". Abu Dhabi Urban Planning Council. Dicapai 13 October 2010. 
  25. ^ "UAE President sets up Urban Planning Council". UAE Interact. Trident Press Ltd. 20 September 2007. Dicapai 17 October 2009. 
  26. ^ "Al Mubarak Dott. Khaldoon Khalifa" (dalam bahasa Italian). President of the Italian Republic. Dicapai 17 October 2009. 
  27. ^ Rich, Tim (21 September 2008). "Robinho inspires Manchester City slickers". Telegraph.co.uk. Hollinger Inc. Dicapai 21 September 2008. 
  28. ^ "Takeover Tuesday: Man City's new owner talks about the future". News of the World. News International. 21 September 2008. Dicapai 21 September 2008. 
  29. ^ Khan, Alam (27 August 2008). "Abu Dhabi is right on track for GP". The National. Abu Dhabi Media Company. Dicapai 22 September 2008. 
  30. ^ "Sheikh's promise suits Hughes". ESPN Star Sports. 22 September 2008. Dicapai 13 October 2010. 
  31. ^ "Chairman of the Executive Affairs Authority". Executive Affairs Authority. Abu Dhabi Government. Dicapai 13 October 2010. 
Jawatan perniagaan Pengerusi Manchester City F.C.
2008 – sekarang
Pemegang jawatan kini