Khalid-Memburu Syahid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Buku / Novel
Buku Khalid-Memburu Syahid.gif
Khalid-Memburu Syahid
Siri
Pengarang Asal Abdul Latip Talib
Penterjemah
ISBN ISBN 9831920562 / ISBN 9789831920565
Kod Buku
Saiz
Genre Tidak diketahui
Terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Negara Malaysia
Bahasa Melayu
Tahun Keluaran 24-Jun-2008
Bilangan Muka Surat 383
Harga Tidak diketahui

Buku Khalid-Memburu Syahid ditulis oleh oleh penulis novel sejarah Islam, Abdul Latip Talib dan diterbitkan pada 24-Jun-2008. Ia diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd dalam bahasa Melayu. Buku ini mengisahkan panglima perang Islam Khalid bin al-Walid dari sebelum beliau memeluk Islam sehingga tamat riwayatnya.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Novel ini dibahagikan kepada 43 bab. Pada halaman pertama setiap bab ditulis tajuk bab tersebut serta diiringi sama ada potongan ayat Al-Quran, hadis Nabi Muhammad SAW atau kata-kata para sahabat dan tokoh-tokoh tertentu.

Sumpah Pahlawan "Orang-orang yang menerima petunjuk, Dia tambahkan kepada mereka petunjuk itu dan Dia berikan kepada mereka takwa."- Surah Muhammad: 17

Perjalanan yang direstui "Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka."- Surah al-Talaq: 23

Di Sini Tumpahnya Kasih "Sesungguhnya yang paling utama antara kamu di sisi Allah adalah mereka yang paling bertakwa."- Surah al-Hujurat: 13 Pahlawan-pahlawan Islam "Perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah dan adalah agama sekaliannya bagi Allah. Sekiranya mereka berhenti, sesungguhnya Allah maha melihat apa-apa yang mereka kerjakan."- Surah al-Anfal: 39

Pahlawan Tiga Serangkai Nabi Muhammad SAW berkata,"Siapa yang dapat mengundurkan mereka itu daripada kita,maka balasannya syurga, ataupun temanku di syurga."- Direkodkan oleh Imam Muslim daripada Anas bin Malik.

Darah Syuhada "Janganlah kamu lemah melawan kaum itu. Sekiranya kamu mendapat kesakitan, mereka juga mendapat kesakitan sebagaimana kamu mendapat kesakitan, sedangkan kamu mengharapkan daripada Allah barang yang tiada mereka harapkan."- Surah an-Nisak: 104

Helah Pahlawan "Dan ingatlah ketika dua golongan daripada kamu hendak berundur dan Allah jua wali, memelihara mereka berdua. Dan hanya kepada Allah hendaklah orang-orang beriman menyerah diri."- Surah Ali Imran: 122

Retak Menanti Belah "Kamu sudah paksa Rasulullah SAW supaya keluar, sewajibnya serahkan sahaja urusan ini kepada baginda."- Saad bin Muaz dan Usaid bin Hadhir.

Mekah ditawan Nabi Muhammad SAW berkata,"Sebaik-baik hamba Allah dan saudara dalam satu suku iaitu Khalid bin Walid, Saifullah yang pedangnya akan dihayunkan kepada orang-orang kafir dan munafik."- Abu Bakar as-Siddiq.

Tiada Dendam "Allah akan jauhkan kamu, kamu memang musuh Allah, Allah akan menyempurnakan kerja rasul-Nya tanpa kehadiran kamu."- Abdullah bin Hiram.

Jejak-jejak Rasul Tidak sesuatu pun bagimu dari urusan mereka, sehingga Allah menerima taubat mereka, atau menyeksa mereka, sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim."- Surah Ali Imran: 128

Nabi Palsu Nabi Muhammad SAW berkata,"Darjat orang yang berjuang di jalan Allah lebih utama daripada sembahyang di rumah selama 70 tahun."- Direkodkan oleh Tarmizi.

'Hak dan Batil "Sesungguhnya nereka yang kafir membelanjakan harta mereka untuk menyekat dakwah ke jalan Allah. Dan mereka berbelanja, kemudian perbelanjaan itu mendatangkan penyesalan, seterusnya mereka ditewaskan."- Surah al-Anfal: 36

Cinta Palsu Nabi Muhammad SAW berkata,"Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah kaumku lantaran mereka tidak mengetahui."- Direkodkan oleh al-Tabrani.

Salah Faham "Di sana aku nampak seorang manusia yang mencakar seterunya, lalu aku mara ke hadapannya. Sebaik sahaja aku hendak menetaknya, tiba-tiba dia menjerit. Baru aku tahu yang dia seorang perempuan. Aku tidak jadi membunuhnya kerana menghormati pedang Rasulullah SAW, daripada membunuh seorang perempuan."- Abu Dujanah.

Musailamah al-Kazab Nabi Muhammad SAW berkata,"Aku memohon kepada Tuhanku tiga perkara, dua permohonan itu diperkenankan dan satu ditolak. Aku memohon kepada Tuhanku supaya umatku tidak dihapuskan (dari muka bumi ini) dan dia menerimanya. Aku memohon umatku tidak mati kelaparan, dan dia menerimanya. Aku memohon supaya umatku tidak berselisih pendapat dan berpecah-belah antara mereka, dan dia menolaknya."- Direkodkan oleh Muslim.

Bukan Bunuh Diri "Wahai sekalian Ansar, sekiranya Muhammad sudah terbunuh dan mati, maka sesugguhnya Allah tetap hidup dan tidak mati. Ayuh, berperanglah kamu kerana agama kamu! Sesungguhnya Allah membantu dan memenangkan kamu."- Thabit bin Dahdah.

Bukan Taman Syurga "Bergembiralah kerana kamu akan melihat setiap seorang menghadapi bencana masing-masing."- Khalid bin Walid.

Perjuangan "Katakanlah, hai ahli kitab, mengapa kamu memandang kami bersalah lantaran kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan sebelumnya...."- Surah al-Maidah: 59

Raja Parsi yang Sombong Nabi Muhammad SAW berkata,"Sekiranya kamu dapati kami diganyang, jangan sekali-kali kamu tinggal tempat-tempat kamu sehingga aku memberitahu kamu. Sekiranya kamu dapati kami berjaya mengalahkan musuh dan dapay melanyak mereka, jangan pula kamu kosongkan tempat kamu itu sehingga aku menyuruh kamu turun."- Direkodkan oleh Bukhari.

Maunah Dan mereka menjawab:"Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalh sebaik-baik pelindung. Selepas (pergi mengekar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia daripada Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah. Dan ingatlah, Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar."- Surah Ali-Imran: 173-174

Darah Pahlawan Nabi Muhammad SAW berkata,"Tidak ditimpa luka seseorang di jalan Allah, kecuali dia datang pada hari kiamat dalam keadaan lukanya masih berdarah, warnanya tetap merah dan baunya seperti bau kasturi."- Direkodkan oleh Abu Daud.

Api Sengketa Terus Menyala "Sekiranya Nabi Muhammad SAW sudah terbunuh, maka baginda sudah pun mencapai tujuannya, sedang kamu pula hendaklah mempertahankan agama kamu ini."- Al-Ansar.

Buku Bertemu Ruas "Bagaimana boleh berjaya sesuatu kaum yang melukakan muka nabi mereka, mereka mematahkan giginya semasa baginda menyeru mereka kepada Allah."- Hadis Sahih.

Kami Bersama Khalid "Ayuh ke mari, berperanglah ke jalan Allah itu, ataupun setidak-tidaknya bertahan."- Abdullah bin Hiram.

Sungai Berdarah "Allahu akbar! Marilah kita berebut-rebut mencium bau syurga."- Khalid bin Walid.

Khabar Gembira "Kami tempuhi hari-hari di Allais dengan gempita, singa-singa jantan bertempur gagah, belum pernah aku menyaksikan perang yang dahsyat seperti itu, antara tokoh tokoh terbesar, kami membunuh tujuh puluh ribu, saki-baki yang hancur menjadi tawanan." Abu Makran Aswad.

Racun Diminum Menjadi Penawar "Sesungguhnya orang-orang yang mempelajari kitab Allah, mendirikan sembahyang, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepadanya baik dengan diam-diam ataupun secara terang-terangan ibarat perniagaan yang tidak merugikan kerana Allah akan meyempurnakan pahala mereka dan menambah kurniaan-Nya bagi mereka. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha mengasihani."- Surah al-Fathir: 29-30.

Kota Anbar "Dan sekiranya Allah tidak menolak keganasan sesuatu kaum terhadap kaum yang lain, tentulah mereka sudah merobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi, dan masjid-masjid yang di dalamnya ramai orang beribadat. Sesungguhnya Allah pasti menolong mereka yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar kuat lagi maha berkuasa."- Surah al-Haj: 40.

Wasiat Khalifah "Jangan berlaku khianat, jangan menipu, hangan bunuh lawan secara kejam, jangan bunuh anak-anak, lelaki yang lanjut usia, dan wanita. Jangan tebang pohon kurma ataupun pohon yang sedang berbuah, jangan lakukan pembakaran, jangan sembelih sapi, unta ataupun ternakan kecuali sekadar keperluan untuk dimakan dagingnya. Sekiranya bertemu dengan orang-orang yang sedang beribadat dalam biara atau gereja, biarkan mereka dan jangan ganggu mereka."- Abu Bakar as-Siddiq.

Hati Rindu Seorang Pahlawan "Allah SWT mengutuskan kepada kami seorang rasul daripada bangsa kami, tetapi ada yang mempercayainya dan ada yang mendustakannya. Aku termasuk di kalangan orang yang mendustakannya, tetapi Allah membuka hatiku kepada Islam. Lalu aku menghadap Rasulullah SAW bagi memeluk Islam dan janji setia kepadanya. Baginda menyatakan: Engkau adalah sebilah pedang daripada pedang Allah."- Khalid bin Walid.

Catatan Penyair "Kami perangi tentera Rom dan Parsi di Firadh, mereka merobek suasana damai sekian lama, kami musnahka mereka apabila berjumpa, kami perangi juga kelompok Bani Rizam, selepas tentera Islam menyerang, kami lihat tentera musuh seperti kambing di kandang, seratus ribu musuh berjaya ditewaskan." Qa'qa.

Lambaian Kaabah Nabi Muhammad SAW berkata,"Akan datang suatu masa di mana umat-umat lain mengelilingi kamu seperti mereka mengelilingi makanan." Apabila ditanya,"Wahai Rasulullah, apakah ketika itu umat Islam sedikit?" Baginda menjawab,"Tidak, tetapi kalian bagaikan buih di lautan kerana dalam hatimu ada wahan. Rasa takut musuh kepada kamu sudah dicabut kerana kamu mencintai dunia dan takur mati."- Direkodkan oleh Bukhari dan Abu Daud.

Hari-hari Terakhir Seorang Khalifah "Ada antara orang-orang mukmin itu menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah (berjihad), maka ada antara mereka yang gugur. Dan ada antara mereka yang masih menunggu-nunggu (untuk syahid)dan mereka sedikit pun tidak merubah janjinya."- Surah al-Ahzab: 23

Dendam Berdarah "Nama Khalid dapat mengalahkan musuh sebelum peperangan bermula."- Adi bin Hatim.

Perang Yarmuk "Dan buatlah persediaan bagi menentang mereka (musuh-musuh kamu) dengan segala jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan seperti pasukan-pasukan tentera berkuda yang lengkap bersedia, bagi menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang kamu tidak ketahui sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya."- Surah al-Anfal: 60.

Singa-singa Padang Pasir "Diizinka berperang abgi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka dianiaya, dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan), iaitu mereka yang keluar dari negeri mereka tanpa hak kecuali mereka berkata Tuhan kami hanyalah Allah."- Surah al-Haj: 39-40.

Kepala Besi "Wahai Khalid, j=hendaklah kamu berkata benar kerana setiap orang yang merdeka tidak akan berbohong. Apakah benar Tuhanmu menurunkan kepada nabimu sebilah pedang dari langit lalu diberikan kepadamu, dan sekiranya dihayunkan kepada seseorang, dia pasti kalah?"- George.

Hidayah "Kami hidup bersama Rasulullah SAW dan kami lihat tanda-tanda kenabian serta mukjizatnya. Kami benar-benar melihat dan mendengarnya, lalu kami memeluk Islam dengan mudah. Tetapi kamu tidak pernah melihat dn mendengarnya, kiranya kamu beriman dengan apa yang tidak kelihatan, maka ganjaranmu adalah lebih besar sekiranya kamu beriman kepada Allah dengan jiwamu."- Khalid bin Walid.

Warkah Pilu "Wahai orang -orang yang beriman, mengapakah kamu? Apabila dikatakan kepada kamu; berangkatlah kamu untuk berperang di jalan Allah, kamu berasa keberatan. Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? Kesenangan hidup di dunia ini hanya sementara sahaja berbanding dengan kehidupan di akhirat kelak."- Surah al-Taubah: 38.

Berjuang kerana Tuhan "Janganlah kamu menyangka orang yang terbunuh pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." Surah Ali Imran: 169.

Tiga Pahlawan "Allah tidak meninggalkan orang-orang mukmin dalam keadaan yang kamu sedang berada, sehingga dia memisahkan yang buruk daripada yang baik, dan Allah tidak memberitahu kamu yang ghaib; tetapi Allah memilih daripada rasul-rasul-Nya siapa yang Dia kehendaki. Maka percayalah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, dan jika kamu mempercayai dan bertakwa, maka bagi kamu upah yang besar." Surah Ali Imran: 179.

Perginya Pahlawan Terbilang "Khalid bin Walid sudah menjadi raja dengan sendirinya. Tuhan rahmatkan Abu Bakar kerana sesungguhnya dia tahu mengenai lelaki itu lebih daripada aku."- Umar bin Khatab.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]