Khalid Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tan Sri Dato' Paduka Haji

Khalid Abdullah

PSM; DHMS, DSDK (Kedah); KMN, JP, AMN
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk Alor Merah
Dalam jawatan
1982–1986
Didahului olehMohammad Abu Bakar Rautin Ibrahim
Digantikan olehAzizan Taib
Butiran peribadi
LahirKhalid bin Abdullah
5 November 1922
Seberang Perak,
Alor Star, Kedah
Meninggal dunia18 November 2020(2020-11-18) (umur 98)
Kedah Medical Centre, Alor Setar, Kedah
PasanganPuan Sri Hajar Zainuddin (meninggal dunia)
Puan Sri Norjannah Khairuddin
Anak-anak6
PekerjaanAhli politik

Tan Sri Dato' Paduka Haji Khalid bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Khalid Julong (5 November 1922 - 18 November 2020) dilahirkan di Seberang Perak, Alor Star, Kedah. Beliau merupakan ahli politik UMNO dan menjadi Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu - media arus perdana di Malaysia. Beliau pernah dilantik menjadi Senator mewakili Kedah menang pilihan raya umum di DUN Alor Merah. Beliau meninggal dunia pada 18 November 2020 kerana sakit tua.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Seberang Perak dan Sekolah Sungai Korok, Alor Star, Kedah. Seterusnya belajar di Maktab Mahmud, Kedah (1934).

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Isterinya pertama beliau adalah Hajar Zainuddin dan kemudian beliau bernikah dengan Puan Sri Norjannah Khairuddin mereka dikurniakan 6 orang anak.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau kenal rapat dengan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sama-sama pernah terlibat dalam pertubuhan Melayu berhaluan kiri, Syarikat Berkerjasama Am Saiburi (SABERKAS) semasa mulai menceburkan diri dalam bidang politik.

Beliau pernah menjadi Pengerusi dan Pengarah Julong Sdn Bhd (1987 -1995); Pengarah Jawatankuasa Audit, Pernas International Holdings Berhad sejak (1982); Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd.

Politik[sunting | sunting sumber]

Khalid Abdullah menyertai Parti SABERKAS (1948) ; Pengerusi Tetap UMNO Bahgaian Kedah Utara ; Bendahari Perhubungan UMNO Negeri Kedah ; Nazir Amanah, UMNO Negeri Kedah (1956) ; Timbalan Ketua UMNO Alor Star pada tahun (1962); Ketua UMNO Bahagian dan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah ( 1969) ;Senator dan ADUN kawasan Alor Merah (1975-1980) ; Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (1982) dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO (1985 / 1990).

Beliau pernah menjadi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kedah (1975-1980) dan menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO (1982-1986).

Aktiviti sosial[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (1983); Pengerusi Muzium Negeri Kedah ; Yang Di Pertua Dewan Perhimpunan Melayu Kedah ; Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu dan Perusahaan Negeri Kedah (1977- 1995) ; Pengerusi Yayasan Al-Maahad Al-Mahmud ; Pengerusi Madrasah Insaniah dan Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Pelajar Al-Maahad Al-Mahmud .

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau telah meninggal dunia di Kedah Medical Centre, Alor Setar, Kedah pada 18 November 2020 pada jam 5.50 pagi. Jenazah beliau dikebumikan berdekatan kubur ibu, isteri pertama dan anak kedua di masjid yang dibina oleh beliau.[1][2]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K), Jaksa Pendamai (J.P), Kesatria Mangku Negara (K.M.N) dan Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri. [3]

  •  Kedah
    • Darjah Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (DHMS) - Dato' Paduka (2007)
    • Darjah Dato' Setia DiRaja Kedah (DSDK) - Dato' (2001)

Pada 29 Disember 2008, beliau diumum sebagai Tokoh Maal Hijrah 2008 bagi negeri Kedah oleh Sultan Kedah. Beliau menerima hadiah sumbangan kerajaan negeri berupa wang tunai RM7,000, trofi, hadiah iringan dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Raja Muda Kedah, Tunku Abdul Malik Sultan Badlishah. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tokoh politik Khalid Abdullah meninggal dunia
  2. ^ Ahli politik veteran Kedah meninggal dunia
  3. ^ "Tan Sri Dato' Haji Khalid bin Abdullah". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-15. Dicapai pada 2012-05-12.
  4. ^ Tan Sri Khalid Abdullah Tokoh Maal Hijrah Kedah